Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk update blog. Kali ni cerita aku berkisar tentang menu minum...

Menu Minum Petang Yang Mudah

/
3 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk update blog. Kali ni cerita aku berkisar tentang menu minum petang semalam buat kami tiga beranak. Cerita basi baru nak cerita. Haha...

Entah! Lepas lunch tengahari semalam terfikir pulak nak buat roti telur untuk minum petang memandangkan bahan masih ada berbaki selepas buat puding roti hari sebelumnya. Alhamdulillah! Merasa jugak roti telur akhirnya.

gambar roti telur, resepi roti telur mudah, cara membuat roti telur,

Senang jer nak buat. Bahan ada 4 jer diperlukan untuk buat iaitu mentega, telur, roti sandwich dan serikaya.

Cara buatnya pulak. Ni untuk hidangan 3 orang okeh! 3 biji telur dipukul bersama mentega. Then, sapukan 8 keping roti dengan serikaya dan tekapkan. Lepas tu... Panaskan kuali dan masukkan sedikit mentega. Celup roti yang dah disapu kedalam adunan tadi. Terbalikkan sehingga nampak rangup. Dah! Siap... Simple kan?

Huhu... Sedap weii! Lama dah tak buat. Sekali makan. Habis sepinggan.




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. mudah dibuat,..sedap dimakan..ehe

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan :) Ros follow sini, #785.
    sesekali buat roti telur tu, memang sedap.. Cicah pulak sos cili :)

    ReplyDelete
  3. lain dari yang lain ni kak..selalu saya kalau makan roti tu xde pun buh kaya..nti nak try la.. =)

    ReplyDelete