Assalamu'alaikum ♥, Di Sini takde pilihan sangat untuk tapau juadah berbuka. Kalau ada pun sebuah. Maklumlah jauh dari bandar. Na...

Masak Sendiri Lagi Untuk Berbuka

/
2 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Di Sini takde pilihan sangat untuk tapau juadah berbuka. Kalau ada pun sebuah. Maklumlah jauh dari bandar. Nak tak nak... Kena masak sendiri.


Rabu... Untuk berbuka hari ke-8 berpuasa aku sempat sediakan ayam goreng. Rendang hati lembu, sayur, popia sardin, air bandung laici plus jagung dan rojak buah. Rojak buah koboi. Haha...

Potong epal dan lai. Lepas tu gaul dengan kuah rojak buah instant. Berselera jugak makan walaupun tangkap muat je bahan. Alhamdulillah!

Alia pulak layan makan buah tanpa kuah rojak, popia dan makan nasi berlaukkan sayur dan ayam goreng kesukaannya. Sudah semestinya.

Alhamdulillah rezeki hari ke-8 berbuka. Setakat 8 hari berpuasa lauk-pauk habis tanpa berbaki. Masak sikit-sikit jer. Bertiga je kan. Syukur sesangat ^_^.




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. salam jumaat&salam ramadhan # 10

    ReplyDelete
  2. mak aih kak..makan ber-2 je..tapi meriahnyaaaaaa menu..hihi

    ReplyDelete