Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus berkongsi cerita. Hari ni dah hari ke-3 p...

Lansung Tak Bangun

/
1 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus berkongsi cerita. Hari ni dah hari ke-3 puasa. Tak terasakan. 

Hari-3 bersahur. Before tu... Lepas bagi Alia menyusu jam lebih kurang 1:40 pagi. Aku terlelap. Nasib baik hubby kejutkan. Bertuah punya bini. Aku kepenatan sebenarnya. Tapi... Aku syukur punyai suami yang baik dan ringan tulang. Juga tak cerewet pasal makan. Walaupun begitu... Takdelah aku nak ambik kesempatan sediakan juadah berbuka dan sahur seperti melepaskan batuk ditangga. Kaw-kaw jugak aku masak weii... Siap makan ayam masak kicap lagi walaupun di perkampungan orang Ulu ( takde kaitan lansung. Dah tu... Ambik bakul angkat sendiri pulak tu ). Haha...


Alia pulak... Lansung tak terbangun walaupun aku bising di dapur. Orang rumah sebelah tak tau la... Dengar atau tidak. Nak buat macam mana... Sabo jelah yer :)

Lepas sahur tak tidur lagi dah... Kemas rumah dan cuci pakaian. Selesai sahur hari ke-3 berpuasa. Moga puasa dan ibadah kita hari ini diterima oleh Allah.












ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: