Assalamu'alaikum ♥,
Kisah semalam... Biasanya hari Ahad mesti malas. Tapi... Ahad ni. Aku terlebih rajin lah pulak. Semalam... Aku dan mak buat popia ikat. Antara juadah yang WAJIB ada setiap kali raya. Inti popia pun tak pernah berubah. Pada aku. Inti popia yang mak buat memang sedap. Dah ler 3 bahan je yang digunakan iaitu udang kering, serbuk cili dan sedikit perencah maggie secukup rasa. Nak buat pun senang. Basuh udang kering dan kisar lepas tu goreng tanpa minyak yang dicampurkan dengan cili dan perencah maggie secukup rasa.


Hehe... Dah siap ikat. Tak banyak pun nak tayang gak. Siap popia.... Mak plan nak buat kuih orang lama. Kuih rose. Aku suka mak guna acuan rose sebesar syiling 50sen. Cute bila letak dalam bekas biskut.

Nanti... Siap! Aku update. Seronok buat kuih raya kan. Tapi... Sayangnya bulan puasa makin hampir ke penghujung. Rasa hibalah pulak. Bagi aku bulan mana paling best adalah bulan puasa. Dapat berkumpul dengan family time berbuka memang best. Tak terasa dah 20 ramadhan kan ~_~.