Assalamu'alaikum ♥, Seperti pernah aku kata. Andai ada masa aku banyak habiskan masa melayan Alia bermain dan menonton tv bersama...

Episod 1 Hujan

/
0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Seperti pernah aku kata. Andai ada masa aku banyak habiskan masa melayan Alia bermain dan menonton tv bersama.

Petang tadi sempat jugak aku layan slot azalea terbaru hujan. For the first episod. Kisahnya still untuk memperkenalkan watak kepada penonton. Pada akulah...

Kisahnya bermula suatu malam 2 orang adik-beradik. Azaril dan Azura. Balik dalam hujan setelah seharian mencari tin. Mereka berlari dek dikejar oleh ayah mereka. Jalil... Seorang penagih dadah yang tegar. Tak bekerja. Yang dia tahu... Asyik mintak duit dengan anaknya.

Di sisi yang lain... Tergambar juga sebuah keluarga kaya milik Jahara. Apakah kaitan mereka. Nanti kita akan tahu kisahnya dalam episod yang akan datang.

Azaril seorang abang yang bertanggungjawab. Rajin dan minat dengan buku walaupun tak berpeluang ke sekolah. Ibu mereka pulak. Maryam... Sakit asyik batuk je. Tapi mintak duit dengan Azaril buat beli rokok. Fuh! Memang famili bermasalah betul. Bukan tu je... Kehidupan mereka sungguh menyedihkan... Tinggal di bangunan terbiar. Makan pulak... Kais pagi makan pagi... Kais petang makan petang. Sian sungguh.

Nanti esok. Kalau ada masa nak jugak tengok episod 2 hujan. Nak tau apakah nasib Azura dan Azaril.




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: