Assalamu'alaikum ♥, Since umur dah semakin bertambah . Skill pun turut bertambah. Pantang jumpa buku dan pen. Confirm! Alia akan ...

Conteng Dan Lekat

/
0 Comments


Assalamu'alaikum ♥,
Since umur dah semakin bertambah. Skill pun turut bertambah. Pantang jumpa buku dan pen. Confirm! Alia akan conteng. Pernah satu hari tu. Sedang aku sibuk di dapur. Sampai ke pipi dicontengnya. Entah! Dari mana dia dapat pen aku pun tak tau.

Sekarang ni dah reti menjengketkan kaki untuk capai barang atas meja tulis kitorang. Tu yang risau tu. Sekarang... Aku dan hubby mesti gandakan kewaspadaan. Alia semakin lasak dan pandai carik idea untuk dapatkan sesuatu.

mencapai benda, melekat, menconteng,

Bukan tu je... Tiap kali hubby beli solivite. Pasti! Hubby bagi sticker Monsters University kat Alia. Suka tengok Alia panjang akal untuk lekatkan ke dinding.

Lagi 2 hari... Umur Alia akan bertambah ke satu angka. Setahun 5 bulan. Baru sekarang... Gigi Alia nampak semakin banyak tumbuh. Aku bersyukur Alia tak demam lansung pun tumbuh gigi. Semoga anak ayah dan mak membesar dengan sihat.




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: