Assalamu'alaikum ♥,
Bahang mentari seawal pagi. Hubby dah keluar Bintulu seawal jam 6 pagi. Beli barang. Aku pulak malas nak ikut sebab ada cikgu baru nak tumpang pergi Bintulu beli barang jugak. Kesian pulak tengok diorang takde transport. 

Alia pulak still tidur lagi. So... Aku ambiklah kesempatan yang ada untuk kemas rumah dan sidai pakaian. Alhamdulillah dah settle. Jam 11 nanti nak masak pulak untuk Alia. Huhu... Cabaran puasa masak tak boleh merasa. Masin atau tawar... Alia tetap nak kena makan jugak. ^_^.

Dah bagi Alia tidur... Plan nak buat kuih seri muka buat juadah berbuka. Menu minuman berbuka hari ni. Ribena Blackcurrant epal, susu cair dan sedikit gula di'blender. Hubby kata bagi nama sebab dia kata sedap. Jadilah 'Blackcurrant 2 rasa blended'. Haha... Semalam saja try buat. Tak tau sedap pulak. Sedap bagi aku lah. Hubby pulak kata rasa macam aiskrim. Dek kerana suka akan rasanya, hubby dah awal-awal request masa sahur tadi suruh buat lagi. Haha...

Boleh pulak begitu ^_^.