Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Sekali lagi berkesempatan untuk update blog. Kali ni... Sambil hayun buai Alia. Aku try testing bl...

Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Sekali lagi berkesempatan untuk update blog. Kali ni... Sambil hayun buai Alia. Aku try testing bloggerdroid untuk update blog dengan mudah dan pantas. Zaman moden kan. Semua nak cepat. Betul tak?

Assalamu'alaikum ♥,



Assalamu'alaikum ♥,




Assalamu'alaikum ♥, Selamat pagi dunia maya. Seawal pagi dah check Nuffnang .  Alhamdulillah... Duit tabung Nuffnang Alia makin ...



Assalamu'alaikum ♥,
Selamat pagi dunia maya. Seawal pagi dah check Nuffnang.  Alhamdulillah... Duit tabung Nuffnang Alia makin bertambah. Star leaderboard pun bertambah. Thanks pada yang sudi isi tabung Alia yer. 


Walaupun star cuma satu dan tidak seperti blogger-blogger famous. Tapi aku tetap bangga dengan pencapaian diri sendiri... Yang penting kita kena sabar dan rajin berusaha. Chaiyokk! Semangat nak isi tabung Alia bila earning naik. Tapi... Kalau earning tak gerak. Mulalah malas nak update blog. Huhu...

Korang ada tak rasa macam tu?


Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus berkongsi cerita. Memandangkan hari ini m...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus berkongsi cerita. Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan Julai. Jom! Checklist sifat-sifat yang ada buat mereka yang lahir pada bulan Julai. Hubby pun lahir pada bulan Julai. Hikhik...

lahir bulan Julai, sifat kelahiran julai, keistimewaan lahir bulan julai,
Sumber daripada www.syahirahfazilah.blogspot.com

Macamana? Ada tak sifat terserlah wujud. Kalau hubby... Adalah jugak. Tapi satu jelah ek! Pada pendapat aku... Jangan terlalu taksub untuk mempercayainya. Cukup sekadar untuk mengetahuinya dan as a guideline untuk memperbaiki diri agar menjadi lebih baik. Pada yang lahir bulan Julai... Selamat harijadi aku ucapkan. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Hurmmm... Esok dah 1 Ogos. Ada beberapa hari je lagi. Umat Islam akan sambut hari raya. Cepatnya rammadhan berlalu :(





Assalamu'alaikum ♥, Semenjak balik kampung ... Sukanya Alia ke dapur. Ada je keja dia nak buat. Kalau kat quarters guru dia meman...



Assalamu'alaikum ♥,
Semenjak balik kampung... Sukanya Alia ke dapur. Ada je keja dia nak buat. Kalau kat quarters guru dia memang tak boleh ke dapur sebab hubby dah buat pagar.

Tengok jelah... Gelagat dia ^_^


Apa je kita nak buat. Dia pun nak buat. Bila kita kata 'jangan' dan try alihkan dia. Pasti! Dia akan kata 'mau' yang bermaksud tak nak sambil tolak tangan kita. Maklumlah budak baru belajar. Hikhik...


Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Sedang sibuk aku masak di dapur. Tetiba adik kedua aku hulurkan sampul duit raya . Untuk Ali...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Sedang sibuk aku masak di dapur. Tetiba adik kedua aku hulurkan sampul duit raya. Untuk Alia katanya. Tak raya lagi dah dapat duit raya. Haha... Nampaknya duit raya pertama Alia, datangnya dari pak yak.


Actually, 6hb nanti dia akan fly ke KL then terus ke Perlis. Beraya bersama family belah isteri. Aku pulak... 6hb akan ke Kuching. Turn beraya rumah mak mertua gak.

Nampaknya... Tahun ni. Rumah mak aku sunyi. Ada yang kerja time raya pun ada. Apa boleh buat. Dah adat berumahtangga. Kenalah ikut turn.


Assalamu'alaikum ♥, Lama dah tak menjengok web plkn. Rasanya start 2006. Last aku jadi jurulatih modul pembinaan karektor. 2 hari...



Assalamu'alaikum ♥,
Lama dah tak menjengok web plkn. Rasanya start 2006. Last aku jadi jurulatih modul pembinaan karektor. 2 hari lepas anak saudara terpilih untuk turut serta dalam plkn di Sibu. Dah Check dah di laman plkn. Sah dapat. Pada yang ingin mengetahui status pemilihan plkn bagi 2013 dan 2014, bolehlah melawati laman web seperti berikut :-

semak plkn 2013, semak status plkn 2014, status pemilihan plkn terkini,

Selain daripada menyemak secara online. Semakan status pemilihan plkn 2013 juga boleh di buat melalui sms. Taip PLKN semak <No KP anda> hantar ke 15888. Telefon terus pun boleh melalui 03-40274747.

Pada yang berjaya. Tahniah! Diucapkan. Seronok tau join plkn. Hikhik...


Assalamu'alaikum ♥, Begitulah Alia tiap kali bangun tidur. Tak pernah merenggek atau menangis. Sebaliknya tersenyum sambil...



Assalamu'alaikum ♥,


Begitulah Alia tiap kali bangun tidur. Tak pernah merenggek atau menangis. Sebaliknya tersenyum sambil tayang gigi yang belum tumbuh melata. Biasa... Dah lama tidur siang. Memanglah puas kan. Kita pun orang tua confirm segar-bugar... Kalau tidur sampai 3 4 jam. Ye tak?







Assalamu'alaikum ♥, Habis exam haritu... Aku dan Alia terus stay di kampung. Hubby pulak balik Belaga. Ada 5 hari lagi berbaki w...



Assalamu'alaikum ♥,
Habis exam haritu... Aku dan Alia terus stay di kampung. Hubby pulak balik Belaga. Ada 5 hari lagi berbaki waktu persekolahan before cuti kan. Walaupun malas kata hubby. Terpaksa balik jugak demi tugas.


Semenjak di kampung... Bukan selera makan je. Alia bertambah-tambah. Tidur siang pun lama. Sampai 3 jam lebih tidur. Apalagi... Bila anak tidur siang agak lama... Aku dan mak pulun buat kuih raya. Kalau tak takde maknanya nak buat popia ikat semalam kalau dia tak tidur. Confirm! Tumpang sekaki. Kalau tolong takpe jugak. Ni... Tolong mengacau adalah. 

Maybe... Suasana kampung yang masih agak sunyi kot. Tak ramai lagi yang balik kampung. Tu yang Alia syokkk tidur tu. Cakap pasal sunyi. Kalau kat bandar sekarang. Memang sesak. Orang shopping raya. Nasib baik baju raya Alia dan hubby dah ada aku beli. Baju aku pulak belum lagi. Maybe masa balik beraya rumah mak mertua di Kuching kot baru beli. Biasanya aku rembat kat butik Almas je baju. Dengar citer sekarang ada sales di butik Almas. Harap-harap ada yang berkenan di hati nanti ^_^


Assalamu'alaikum ♥, Bila anak dah reti berjalan. Tak sabar pulak rasanya nak tengok dia pandai bercakap. Itulah hukum alam... Dan...



Assalamu'alaikum ♥,
Bila anak dah reti berjalan. Tak sabar pulak rasanya nak tengok dia pandai bercakap. Itulah hukum alam... Dan itulah jugak yang dok bermain di fikiran aku sekarang. 

Menurut Doktor Carol Cooper dalam bukunya berjudul 'Soal Jawab Bayi dan Kanak-kanak' yang pernah aku baca... Beliau ada memberikan beberapa kaedah untuk mengajar anak bercakap. Antaranya, ialah :-
  • Berikan banyak masa, perhatian dan hubungan mata ketika bercakap dengannya.
  • Beritahunya apa yang sedang kita lakukan dengan jelas dan ringkas.
  • Semasa berbual, pastikan tidak banyak benda yang boleh mengalihkan perhatiannya.
  • Berceritalah kepadanya dan bacakan buku. Ajarkannya lagu dan puisi kanak-kanak.
  • Lakukan pengulangan bila bercakap dan jangan bercakap pelat seperti percakapan bayi. Contohnya... Dia mungkin berkata 'kut-kut'. Tetapi dia perlu mendengar kita menyebut 'biskut'.

Tu antara 5 tips menggalakkan anak bercakap yang Doktor Carol Cooper sarankan. Sekarang ni aku pun dok cuba terapkan 5 tips tersebut dengan Alia. Semoga Alia reti bercakap dengan cepat yer ^_^.


Assalamu'alaikum ♥, Kisah semalam... Biasanya hari Ahad mesti malas. Tapi... Ahad ni. Aku terlebih rajin lah pulak. Semalam... Ak...



Assalamu'alaikum ♥,
Kisah semalam... Biasanya hari Ahad mesti malas. Tapi... Ahad ni. Aku terlebih rajin lah pulak. Semalam... Aku dan mak buat popia ikat. Antara juadah yang WAJIB ada setiap kali raya. Inti popia pun tak pernah berubah. Pada aku. Inti popia yang mak buat memang sedap. Dah ler 3 bahan je yang digunakan iaitu udang kering, serbuk cili dan sedikit perencah maggie secukup rasa. Nak buat pun senang. Basuh udang kering dan kisar lepas tu goreng tanpa minyak yang dicampurkan dengan cili dan perencah maggie secukup rasa.


Hehe... Dah siap ikat. Tak banyak pun nak tayang gak. Siap popia.... Mak plan nak buat kuih orang lama. Kuih rose. Aku suka mak guna acuan rose sebesar syiling 50sen. Cute bila letak dalam bekas biskut.

Nanti... Siap! Aku update. Seronok buat kuih raya kan. Tapi... Sayangnya bulan puasa makin hampir ke penghujung. Rasa hibalah pulak. Bagi aku bulan mana paling best adalah bulan puasa. Dapat berkumpul dengan family time berbuka memang best. Tak terasa dah 20 ramadhan kan ~_~.



Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Selesai jugak urusan exam aku. Semalam... Seawal 3 pagi gerak dari rumah dan sampai di tempa...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Selesai jugak urusan exam aku. Semalam... Seawal 3 pagi gerak dari rumah dan sampai di tempat exam. Wisma persekutuan Sibu around 7 pagi. Hubby dan ayah sempat tidur lagi. Haha... Part sahur paling best. First time sahur dalam keta... Mak bekalkan juadah sahur buat kami bertiga. Alia pulak masih tidur aku tinggalkan. Rasa nak menangis tau. Mana pernah berenggang dengan dia.

Namun aku bersyukur. Mak kata Alia senang dijaga dan tak nangis pun. Alhamdulillah.


Cakap pasal exam pulak. Memang kena cepat jawab. Soalan banyak masa sikit. Pulunlah jawab. Section A. Bagi aku senang. Banyak berkaitan database ditanya. Network pun sama. Macam topologi semua tu masuk. Then... Isu semasa berkaitan keselamatan ICT juga turut ditanya selain daripada Entity Relationship Diagram dan juga pembangunan sistem.

Section B pulak banyak pengiraan dan logik. 50/50 je aku rasa. Untuk Esei... Kena mengarang ler jawabnya. Untuk penaksiran personaliti. Ada 94 soalan yang kena jawab dalam masa 30 minit. Sama macam KPLI. Tips jawab penaksiran personaliti pada aku. Jawapan kena positif. Tu je...

Habis exam... Kami terus balik. Sepanjang perjalanan aku tido weii... Yelah. Malam sebelumnya tak tido kononnya study. Hikhik...


Assalamu'alaikum ♥, Kisah tengahari before nak mulakan perjalanan balik kampung . Ingat... Before keluar. Nak bagi Alia maka...



Assalamu'alaikum ♥,
Kisah tengahari before nak mulakan perjalanan balik kampung.

Ingat... Before keluar. Nak bagi Alia makan dulu. Sebab perjalanan dari sekolah ke pusat bandar Bintulu ambik masa 3 jam. So... Di saat sup hampir masak... Gas pulak habis. Alamak!!!. Buat hal betul.

Nak mintak tolong hubby belikan gas dah alang-alang nak balik. Sup pun dah hampir masak sebenarnya. Apa perlu aku buat? 


Haha... Teringat masa di universiti dulu. Aku dan roomate. Guna rice cooker goreng nasi. Masak mee lah. Dari situ aku dapat idea. Apalagi... Masak jugak sup Alia akhirnya guna rice cooker. Korang pernah buat?


Assalamu'alaikum ♥, Muka kepenatan. Konon misi balik kampung. Sempat jugak tangkap gambar time tunggu kereta di servis.  Ta...



Assalamu'alaikum ♥,
Muka kepenatan. Konon misi balik kampung. Sempat jugak tangkap gambar time tunggu kereta di servis. 


Tapi... Alia tetap cergas dan happy.


Assalamu'alaikum ♥, Sambil study... Rest kejap. Bukak Facebook. Wah! Macam-macam ada. Aku tertarik pasal bagaimana nak pilih minyak ...



Assalamu'alaikum ♥,
Sambil study... Rest kejap. Bukak Facebook. Wah! Macam-macam ada. Aku tertarik pasal bagaimana nak pilih minyak wangi. Antara tips yang dibagi... Jangan gosok minyak wangi di pergelangan tangan.


Tapi... Hah! Tu lah... Yang dok aku selalu buat bila nak beli minyak wangi. Kalau aku simple je bila nak beli minyak wangi. Hidu... Gosok kat tangan. If wangi. Terus beli. Orang lain aku tak tau ler... Adakah menggunakan guidelines memilih minyak wangi seperti berikut... Atau ada cara lain nak pilih perfume...

Sumber : Facebook




Assalamu'alaikum ♥, Bersepah members update pasal bayaran khas untuk kakitangan kerajaan di Facebook. Ternyata dah diwar-warkan d...



Assalamu'alaikum ♥,
Bersepah members update pasal bayaran khas untuk kakitangan kerajaan di Facebook. Ternyata dah diwar-warkan di harian metro seperti petikan artikel berikut :-

'pemberian Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan raya kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam kenyataan hari ini, mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan itu yang akan dibuat pada 31 Julai ini '

Syukurlah daripada takde lansungkan. Apa yang penting. Ada ke. Takde ke. Kewajiban seorang pekerja seharusnya dilunasi. Amanah tu.

Bagaimana pulak nasib pekerja swasta. Haa... Persoalan tu kenalah tanya bos macam mana. Mesti ramai yang senyum lebaq. Apa taknya. Dapat bonus. Bolehlah shopping. Hikhik....



Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Berpeluang jugak update blog. Tengahari ni around jam 2:30 petang, kami bertiga akan memulak...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Berpeluang jugak update blog. Tengahari ni around jam 2:30 petang, kami bertiga akan memulakan misi balik kampung. Misilah sangat. Tapi... Hakikatnya. Exam!!!!!

Tolak tepi dulu exam. Rest kejap. Update blog. Nak cerita... Bila dah susah nak dapatkan bekalan makanan dan jauh dari bandar. Biasanya hubby akan belikan instant punya produk bila teringin... Tapi tak selalulah. Kadang... Kadang...

Baru-baru ni selain keropok lekor, hubby jugak ada belikan roti canai segera jenama lazat. Jenama ni memang dari dulu lagi menjadi pilihan kami. Termasuklah family aku di kampung nun jauh beratus kilometer. Cinta pandang pertama. Hikhik... First time merasa. Terus melekat. 


Pada aku. 10 keping, RM6+ memang berbaloi. Harga murah tapi sedap sesuai dengan jenamanya. Bukan bodek atau tolong promosi secara berbayar okeh! Just pendapat aku sebagai pengguna.

Selain tu. Bila nak panaskan guna minyak atau marjerin. Tekstur canai Tetap lembut tanpa berminyak. Berbaloi beli. Sahur tadi pun siap buat lagi... Hubby teringin nak makan... Cicah pulak dengan susu pekat. Memang tip top. Wallah!!!


Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Rezeki Allah nak bagi. Akhirnya tercapai jugak nak ada smartphone sendiri . Hubby bagi. Hikh...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Rezeki Allah nak bagi. Akhirnya tercapai jugak nak ada smartphone sendiri. Hubby bagi. Hikhik...

27hb ni ada exam pegawai IT... Esok petang mulalah perjalanan balik kampung. Bagi mak jaga Alia. Hubby tak confident nak jaga dia... Takut meragam. Biasalah kan orang lelaki. Transit di hotel Bintulu semalam. Hari Khamis pulak... Perjalanan ke Spaoh, Betong. Perjalanan selama 8 jam siot. Sebelum ke Spaoh. Singgah ke Bandar Sibu dulu. 4 jam dari Bintulu... Nak kena survey tempat exam dulu. Jumaat relax. Jam 3 pagi hari Sabtu bertolak ke Sibu. Exam!!!....


Study pulak bagaimana?... Entah! Setakat mana pun. Aku tak tau. Tepu dah otak nak faham segala maklumat. Tapi... Senang sikitla. Ada smartphone... Google je. Ada buku... Snap part penting. Tak payah nak buka satu-satu mukasurat kan. Boleh baca bila-bila time free. Waima time 'berak' sekalipun. Kahkah... Gila. Rajin sangat ke aku nak buat macam tu. 

Sejak dapat tahu ada exam, aku gunakan masa selepas sahur je untuk study. Time lain tak menyempat. Doakan semoga aku berjaya dalam exam ni yer ^_<.



Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Dalam Dok study sambil jaga Alia. Aku still punyai masa untuk update blog. Kali ni tentang i...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Dalam Dok study sambil jaga Alia. Aku still punyai masa untuk update blog. Kali ni tentang ilmu kecantikan. Ilmu orang pompuan. Harus dituntut... Terutamanya kepada yang suka bersolek.

Siapa suka guna blusher? (***Betul ke ejaan aku?). Aku suka... Tu pun kalau ada event. Teringat dulu. Mula-mula pakai. Main bantai je. Nampak sungguh tak berilmu. Sampai suatu ketika cousin aku ajar macam mana nak pilih pemerah pipi ikut warna kulit... Dan berikut adalah cara untuk pilih blusher yang aku maksudkan.

  • Wanita Berkulit Cerah : Merah Jambu atau Senada untuk nampak natural dan segar. Elak pilih warna terlalu terang. Ditakuti nanti seperti badut. Hikhik...
  • Wanita Berkulit Sawo Matang : Coklat Muda, oren atau perang agar lebih kelihatan menarik dan eksotik.
  • Wanita Berkulit Gelap : Gabungkan warna merah jambu dan coklat kerana ia memberi impak positif iaitu kesan cerah kepada wajah. Hehe... Nampak memang menarik keboomm... Nak-nak raya nanti. Mesti ramai yang nak cantik.

Nak pilih pemerah pipi pun ada caranya. Tak nanti macam badut ^_^.



Assalamu'alaikum ♥, Kisah semalam... Alia dah reti suap sendiri. Senang sikit maknya . Tapi kadang-kadang je suap sendiri. Selebihn...



Assalamu'alaikum ♥,
Kisah semalam...
Alia dah reti suap sendiri. Senang sikit maknya. Tapi kadang-kadang je suap sendiri. Selebihnya aku yang suapkan.


Breakfast semalam. Alia minum susu dengan sekeping canai. Aku dan hubby tukang tengok jelah. Bulan puasa. Kalau bukan bulan puasa. Confirm! Kami tumpang sekaki. Hehe... Suka usik Alia. Kalau kita mintak. Confirm! Dia akan cakap 'mau' mean 'sik mauk' ( tak nak ). Lepas tu tarik muka.

Sambil tengok dia breakfast, sempat jugak aku tangkap muat gambar dia. Nasib baik gambar cantik. Selalu... Lebih banyak shaking dari elok.

Begitulah kisah cinta hati kami untuk hari ahad yang malas. Hikhik... aku malas betul nak update blog. Study untuk exam pun entah apa-apa. Boleh ke tidak  aku jawab nanti ek!









Assalamu'alaikum ♥, Actually... Setiap ibu yang mengandung pasti akan rasa panas terutama pada trimester ke-3 kehamila n. Mean......



Assalamu'alaikum ♥,
Actually... Setiap ibu yang mengandung pasti akan rasa panas terutama pada trimester ke-3 kehamilan. Mean... Dari bulan ke-7 kehamilan akan mula berasa kurang selesa akibat rasa panas menyelubungi badan. Kenapa ek?

Aku pernah bertanya pada doktor dulu. Time mengandungkan Alia pasal masalah tersebut. Ternyata... Doktor kata ia disebabkan kandungan makin membesar dan perut semakin menegang. So, that why kita rasa kurang selesa dan suhu badan pun turut naik. Bagi mengatasi masalah tersebut... Berikut adalah beberapa tips hasil daripada pelbagai media yang telah aku cuba dan ternyata... Pada usia kandunganku mencecah 8 bulan... Alhamdulillah. Rasa panas tu kurang ^_^.

So,
  • Banyak minum air
  • Banyak makan buah-buahan 
  • Mandi 3-4 kali sehari 
  • Dan kurangkan aktiviti di luar rumah

Itu antara 4 step yang pernah aku buat masa mengandungkan Alia. Ternyata berkesan. Hehe... Bila bercakap pasal buah... Masa mengandungkan Alia dulu. Everday, betik wajib ada. Heran aku. 




Assalamu'alaikum ♥, Susah! Kalau budak yang sedang membesar semua benda dia nak tahu. Alia kalau part kita nak ambik gambar...



Assalamu'alaikum ♥,


Susah! Kalau budak yang sedang membesar semua benda dia nak tahu. Alia kalau part kita nak ambik gambar dia. Tengok je kita bawak handphone atau kamera dan hala ke arah dia. Confirm! Gambar akan nampak shaking. Bukan tangan aku bergetar. Tapi... Alia yang buat hal. Sebab tu kalau nak ambik gambar dia... Kena tunggu dia leka bermain atau apa jelah yang dibuat. Baru gambar nampak terang lagi nyata. Hikhik... Sabo jelah!




Assalamu'alaikum ♥, Semalam bukak puasa dan sahur... Berjuadahkan ikan kukus sebagai menu utama. Lama dah tak masak ikan kukus. ...



Assalamu'alaikum ♥,
Semalam bukak puasa dan sahur... Berjuadahkan ikan kukus sebagai menu utama. Lama dah tak masak ikan kukus. Fuh! Berselera makan weii... Nak-nak cicah dengan kicap yang digaul dengan cili, bawang putih, halia dan sedikit cuka yang dikisar. Memang tip top rasanya (***Confirm! Puji  sendiri masak kan...)


Ikan kukus yang aku buat. Guna ikan kembung. Cili, bawang putih, halia, asam jawa dan sedikit garam dikisar. Lepas tu sedikit minyak.

Lepas siap dikisar... Gaulkan minyak dan semua bahan lainnya dengan ikan yang hendak dikukus. Lepas tu letak sebatang serai untuk mewangikan ikan. Haa... Petua tu untuk hilangkan bau hanyir ikan. Then... Kukus selama sejam. Confirm! Masak dengan cantik.

Itulah resepi ikan kukus arwah nenek aku yang sehingga sekarang mendapat tempat pertama dihati aku. Sampai sekarang kalau nak masak ikan kembung kukus. Memang tak guna atau google resepi. Guna je resepi arwah nenek. Hehe... Hubby pun kata. Memang sedap. Tip top... 


Assalamu'alaikum ♥, Keluar ke bandar baru-baru ni. Hubby belikan lagi solivite walaupun dalam peti sejuk masih berbaki 8 botol. ...



Assalamu'alaikum ♥,
Keluar ke bandar baru-baru ni. Hubby belikan lagi solivite walaupun dalam peti sejuk masih berbaki 8 botol. 


Kalau sebelum ni free gift solivite, penanda buku dan sticker Monsters University. Kali ni... Terbaru dah tukar. Free gift dia dengan pembelian 1 pek dapat 2 keping sampul duit raya bersaiz 4x4cm. Comel sangat dengan  ilustrasi kartun Boboi Boy. Confirm! Budak suka. Hikhik...





Assalamu'alaikum ♥,



Assalamu'alaikum ♥,




Assalamu'alaikum ♥, Terbaca mengenai bila black akan kawin di mstar.com.my . Katanya September ni... Tapi tarikhnya tak dinyataka...



Assalamu'alaikum ♥,
Terbaca mengenai bila black akan kawin di mstar.com.my. Katanya September ni... Tapi tarikhnya tak dinyatakan pulak ^_^.

gambar black dan cira khairi, perkahwinan black, tarikh perkahwinan black, nama sebenar black, gambar tunang black,
Printscreen daripada www.mstar.com.my

Perkara baik. Memang afdal pun dipercepatkan. Bak kata orang tua-tua 'Jangan tunggu lama-lama. Nanti dikebas orang'. Hehe... Di bulan baik ni. Aku doakan semoga hubungan black dan Cira Khairi berkekalan hingga hujung nyawa. Amin...



Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Rezeki datang lagi. 27hb ni aku akan ada exam Pegawai Teknologi Maklumat F41 di Sibu . Semog...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Rezeki datang lagi. 27hb ni aku akan ada exam Pegawai Teknologi Maklumat F41 di Sibu. Semoga aku dapat menjawab dengan jayanya. Amin...

Hurmmm... Terpaksalah hubby cuti jugak dan hantar aku dan Alia sekali ke kampung. Tinggal dengan mak kejap. Sedang dok struggle study sempat jugak aku buat entri. Bengong!... Apalah soalan exam tu nanti yer. Yang pasti mesti soalan berkaitan isu semasa. Topologi semua tu... Lan, wan, ring... Database... Apalagi?. Normalization... Segala benda berkaitan teknologi... Masak aku nak kena flashback balik.

Part mengira... Confirm! Add mate masuk. Kalkulus... Linear Algebra, statistik. Mate diskrit. Fuh! Tak sanggup aku nak hadap add mate weii. 

Apa-apa pun soalannya. Aku kena buat persiapan jugak. Tak banyak sikit jadilah kan. Hehe... 

Tapi... Dalam dok pikir pasal exam. Terfikir pulak Alia. Setengah hari tu kena tinggal dengan neneknya. Mencari ke tidak tu nanti yer?


Assalamu'alaikum ♥, Dua seinggit... Trademark Ismail Bin Mail dalam kisah Upin Ipin yang selalu membuatkan kita rasa tercuit. Kep...



Assalamu'alaikum ♥,
Dua seinggit... Trademark Ismail Bin Mail dalam kisah Upin Ipin yang selalu membuatkan kita rasa tercuit. Kepala bisnis sungguh! Semua benda nak jual. Kalau kuih 2 bijik seinggit... Kira mahal tu. Tapi... Harga bahan pun mahal sekarang ni. Susah jugak nak cakap!

Tu lah... Semalam dok baca status members kat FB. Ramai yang merunggut kata kuih di bazar ramadhan mahal. 4 bijik 2 ringgit. Malah blogger pun meluahkan perkara yang sama.

Hurmmm... Susah nak kata. As a customers kita pun ada pilihan. Tak payah nak merunggut. Jalan penyelesaian. Jangan beli... Masak sendiri. Haha...

Tapi... Sebagai penjual janganlah ambik kesempatan pulak. Mentang-mentang ler bulan puasa. Mahal-mahal pun orang akan beli... Ikut sesuka hati nak letak harga. Ingat semua orang mampu ke nak beli. Orang pun bijak. Boleh kira bah berapa harga bahan mentah sekarang ni. 

Tulah aku malas nak pegi bazar ramadhan zaman sekarang ni... Macam tahun lepas. Bukan banyak mana pun juadah dibeli... Dah habis RM30. 

Haha... Emolah pulak entri aku kali ni.


Assalamu'alaikum ♥, Di Sini takde pilihan sangat untuk tapau juadah berbuka. Kalau ada pun sebuah. Maklumlah jauh dari bandar. Na...



Assalamu'alaikum ♥,
Di Sini takde pilihan sangat untuk tapau juadah berbuka. Kalau ada pun sebuah. Maklumlah jauh dari bandar. Nak tak nak... Kena masak sendiri.


Rabu... Untuk berbuka hari ke-8 berpuasa aku sempat sediakan ayam goreng. Rendang hati lembu, sayur, popia sardin, air bandung laici plus jagung dan rojak buah. Rojak buah koboi. Haha...

Potong epal dan lai. Lepas tu gaul dengan kuah rojak buah instant. Berselera jugak makan walaupun tangkap muat je bahan. Alhamdulillah!

Alia pulak layan makan buah tanpa kuah rojak, popia dan makan nasi berlaukkan sayur dan ayam goreng kesukaannya. Sudah semestinya.

Alhamdulillah rezeki hari ke-8 berbuka. Setakat 8 hari berpuasa lauk-pauk habis tanpa berbaki. Masak sikit-sikit jer. Bertiga je kan. Syukur sesangat ^_^.


Assalamu'alaikum ♥, Lepas sahur... Tak tidur lagi dah. Bacalah majalah wanita yang keluaran 2007 sementara tunggu pakaian dalam m...



Assalamu'alaikum ♥,
Lepas sahur... Tak tidur lagi dah. Bacalah majalah wanita yang keluaran 2007 sementara tunggu pakaian dalam mesin basuh siap dicuci. Aku adalah baca pasal jenis sayuran yang boleh membawa keburukan kepada badan

Ternyata...

Sayuran yang mengandungi 'salicytic asid' seperti terung, timun dan bendi adalah di antara makanan yang tidak elok untuk dimakan dalam kadar yang banyak dan setiap hari.

Kemudian... Sayuran yang mempunyai banyak bahan 'Acid Oxalic' yang mudah bercampur dengan kalsium dalam badan. Boleh menyebabkan batu karang seperti kubis, bayam dan pucuk ubi. That why... Ia perlu dicelur terlebih dahulu sebelum dimakan.

Akhir sekali... Sayur-sayuran diimport juga dikatakan mampu merosakan badan kerana ia dikatakan mengandungi bahan-bahan yang mendatangkan masalah kepada kesihatan.

Tu antara sayur-sayuran yang boleh merosakan tubuh badan. Alhamdulillah, setakat ni memang jarang makan timun, bendi dan terung. Kalau nak makan bayam pun memang masak terus. Begitu jugak kalau nak mengulam pucuk ubi. Memang celur dulu. Takdenya nak makan terus. Tak sedap!

Aku harap... Dengan sedikit info ni. Ia dapat menjadi panduan di masa-masa akan datang di dalam penyediaan makanan untuk family. InsyaAllah ^_^.

Wallahu'alam...


Assalamu'alaikum ♥, Semalam birthday hubby . Hari ni pulak genap umur Alia setahun 5 bulan . Dalam nak masuk umur setahun 5...



Assalamu'alaikum ♥,


Semalam birthday hubby. Hari ni pulak genap umur Alia setahun 5 bulan. Dalam nak masuk umur setahun 5 bulan ni... Perkembangan Alia sangat drastik. Gigi tumbuh banyak sekaligus. Tapi syukur alhamdulillah... Dia lansung tak demam. Mungkin kerana lasak. Atau antibodi dia kuat untuk melawan sakit. Harap-harap begitulah kan... Hasil daripada minum susu cap ibu. Haha... 

Mula nak belajar bercakap itulah juga antara lain apa yang Alia sedang lalui sekarang walaupun words yang disebutkan sekadar dihujung mulut. 

Apa paling best dah boleh tolong mak kemas rumah... Terutama mainannya sendiri walaupun cuma beberapa minit lepas tu bersepah balik. Means... Alia dah expert memahami arahan yang kompleks. Alhamdulillah!

Senyum dan tawanya di saat menonton tv jugak sekarang ni membuatkan aku geram nak gigit Alia. Apa taknya. Macam orang dewasa je tengok tv.

Semoga Alia terus membesar dengan sihat dan bijak ^_^.


Assalamu'alaikum ♥, Lagi 2 minggu mesti ramai yang dah start buat biskut atau kek untuk raya kan. Confirm!... Aku jenis yang suk...



Assalamu'alaikum ♥,
Lagi 2 minggu mesti ramai yang dah start buat biskut atau kek untuk raya kan. Confirm!... Aku jenis yang suka buat biskut simple tapi sedap. Murah... Nak jimat sebenarnya. Haha... Yelah! Bukan juadah untuk tetamu je kena kira. Banyak lagi right!

Bercakap pasal resepi biskut raya yang mudah. Entri kali ni... Aku nak share sikit antara resepi biskut yang pernah aku buat iaitu Biskut Aprikot dan berikut adalah resepinya :-


Sangat mudah untuk dibuat. Bahan pun senang je nak dapat. Hehe... Seawal pagi dah share resepi yer. 

Selamat mencuba! 



Assalamu'alaikum ♥,



Assalamu'alaikum ♥,


cara terbaik makan kurma, makan kurma ikut sunnah nabi, khasiat kurma,

Assalamu'alaikum ♥, Hari ni merupakan ulangtahun kelahiran hubby . Bertambah setapak lagi umur dia ye. Tak sangka tahun ni dia pu...



Assalamu'alaikum ♥,
Hari ni merupakan ulangtahun kelahiran hubby. Bertambah setapak lagi umur dia ye. Tak sangka tahun ni dia punya birthday jatuh pada bulan puasa.

Happy birthday sayang.

Semoga dipanjangkan umur dan sukses dalam kerjaya. Terima kasih sayang kerana telah memberi yang terbaik buat kami berdua. Engkaulah hero kami berdua tiada tandingan.

Semoga kita senantiasa bahagia hendaknya. Doakan 'kamek' agar berjaya dalam exam next week ok!

I love you so much ♥♡♥♡.



Assalamu'alaikum ♥, Semalam... Habis je menonton sinetron Annisa . Hubby tolong keluarkan ayam dari freezer. Macam batu dah. Beta...



Assalamu'alaikum ♥,
Semalam... Habis je menonton sinetron Annisa. Hubby tolong keluarkan ayam dari freezer. Macam batu dah. Betapa bekunya ayam tersebut. Sekali lagi hubby request ayam masak kicap. Favourate dia tu. Satu menu utama wajib aku buat. Then... Alhamdulillah. Siap jugak. Selain tu. Sempat jugak buat sayur bersos tiram dan lobak jeruk goreng bersama telur. Tu menu utama. Simple kan...


Tak lupa jugak air milo panas dan cucur sayur bercampur udang. Syukur! Rezeki berbuka hari ke-7 puasa.

Alhamdulillah! 


Assalamu'alaikum ♥, Since umur dah semakin bertambah . Skill pun turut bertambah. Pantang jumpa buku dan pen. Confirm! Alia akan ...



Assalamu'alaikum ♥,
Since umur dah semakin bertambah. Skill pun turut bertambah. Pantang jumpa buku dan pen. Confirm! Alia akan conteng. Pernah satu hari tu. Sedang aku sibuk di dapur. Sampai ke pipi dicontengnya. Entah! Dari mana dia dapat pen aku pun tak tau.

Sekarang ni dah reti menjengketkan kaki untuk capai barang atas meja tulis kitorang. Tu yang risau tu. Sekarang... Aku dan hubby mesti gandakan kewaspadaan. Alia semakin lasak dan pandai carik idea untuk dapatkan sesuatu.

mencapai benda, melekat, menconteng,

Bukan tu je... Tiap kali hubby beli solivite. Pasti! Hubby bagi sticker Monsters University kat Alia. Suka tengok Alia panjang akal untuk lekatkan ke dinding.

Lagi 2 hari... Umur Alia akan bertambah ke satu angka. Setahun 5 bulan. Baru sekarang... Gigi Alia nampak semakin banyak tumbuh. Aku bersyukur Alia tak demam lansung pun tumbuh gigi. Semoga anak ayah dan mak membesar dengan sihat.


Assalamu'alaikum ♥, Try carik aplikasi blogger untuk phone. Ni tengah explore lah ni...

Assalamu'alaikum ♥,
Try carik aplikasi blogger untuk phone. Ni tengah explore lah ni...

Assalamu'alaikum ♥, Bila pergi shopping barang dapur . Confirm! Ada ole-ole buat Alia. Itulah kebiasaan ayahnya yang sangat sayan...



Assalamu'alaikum ♥,
Bila pergi shopping barang dapur. Confirm! Ada ole-ole buat Alia. Itulah kebiasaan ayahnya yang sangat sayangkan Alia. Every months... Dapat gaji memang hubby dah bajet RM100+ untuk beli bahan bacaan kami 3 beranak.

kad imbasan murah tapi menarik, harga kad imbasan paling murah,

Tapi bulan ni terlebih pulak bajet. Ahad. hubby keluar beli barang sempat beli 2 kotak kad imbasan untuk Alia. Yang murah je. 1 kotak RM9.90. Beli 2... Baru RM19.80. Berbaloi beli. Berwarna-warni, material yang keras dan ilustrasi yang sangat menarik aku kira. Rasanya kad imbasan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur setahun lebih.

Lucunya... Bangun tidur pagi tadi terus Alia cari kad imbasan. Sukalah tu... Dapat hadiah baru dari ayah ^_^.


Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Kesampaian jugak hajat nak buat samosa sebagai juadah berbuka petang semalam. Ternyata Sedap...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Kesampaian jugak hajat nak buat samosa sebagai juadah berbuka petang semalam. Ternyata Sedap.


Dalam resepi tu. Aku tambah 1 lagi bahan sendiri iaitu daun sup. Alhamdulillah! Banyak jugak aku buat sampai 30 biji samosa. Hehe... Bukan bertiga saja makan tau. Sedekah dengan kawan-kawan jugak termasuklah jiran sebelah. Jiran sebelah aku non-muslim. Baik orangnya. 

popia, resepi samosa, inti popia yang mudah tapi sedap, inti popia senang dibuat,

Rezeki berbuka semalam. Berbaloi buat.  Oh! Ya abaikan sepotong yang dah nampak dipotong. Alia tak penyabar orangnya. Masak-masak je dah mintak. Actually... Sejak akhir-akhir ni, Alia semakin suka makan popia. Tu yang rajin nak cari resepi yang libatkan popia tu. Hikhik...


Assalamu'alaikum ♥, Semalam... Disebabkan tinggal berdua dengan Alia di rumah... Nak-nak time Alia tidur. Aku jadi keboringan. Ba...



Assalamu'alaikum ♥,
Semalam... Disebabkan tinggal berdua dengan Alia di rumah... Nak-nak time Alia tidur. Aku jadi keboringan. Bacalah majalah wanita yang lama. Biasa. Bulan puasa mesti tengok halaman resepi first. Tengok resepi samosa. Sangat simple... Bahan pun sikit. Cuma tauge, carrot, bawang merah, bawang putih, udang kering, popia dan garam secukup rasa. Cara membuat samosa pun senang.... Kisar bawang merah. Bawang putih dan udang kering. Carrot pulak hiris halus. Lepas tu. Tumis dan masukkan carrot dan tauge. Dah siap... Ambik popia. Gulung ikut suka patern macam mana...

Sangat-sangat senang. Plan nak buat petang ni... Sebab tengok macam ada semua bahan dalam peti sejuk. Hehe...

Kalau jadi. InsyaAllah... Nanti aku update.

Wallahu'alam. Selamat berbuka puasa semua ^_^.


Assalamu'alaikum ♥,  Seperti pernah aku kata. Pagi semalam hubby pergi bandar beli barang . Baliknya... Banyak jugak barang yang ...



Assalamu'alaikum ♥, 
Seperti pernah aku kata. Pagi semalam hubby pergi bandar beli barang. Baliknya... Banyak jugak barang yang tak tersenarai dibelinya. Biasalah bulan puasakan. Semua benda teringin nak makan. So, takpelah sekali-sekala berbelanja lebih. Hehe...

Antara yang dia beli kerana teringin sangat adalah keropok lekor segera yang disejukbeku. Sampai 2 bungkus dibelinya. Yang tak tahan tu. Sampai-sampai rumah first thing yang dia bagitau pasal dia ada belikan keropok lekor dan suruh gorengkan keropok lekor untuk minum malam. Sah! Teringin sangatlah tu.

keropok lekor dari negeri mana sedap, keropok lekor sejukbeku, keropok lekor instant, keropok lekor terengganu,

Bagi aku... Keropok lekor segera pek yang hubby belikan lebih kurang sama je dengan yang ori. Persamaanya cuma... Dari segi teksturnya.Lembut.... Tapi ada kurangnya. Tak sesedap yang keropok lekor ori fresh dari Terengganu. Maybe dah disejukbeku kot... Tu yang menyebabkannya kurang ummphh. Apa-apa pun pendapat... Tetap licin jugak pinggan. Hikhik... Alia pun tak ketinggalan. Siap mintak lagi.

Alhamdulillah rezeki hari ke-5 berpuasa. Hehe...






Assalamu'alaikum ♥, Layan gambar Alia menonton tv. Lansung tak perasan kita ambik gambar. Musykil aku!. Kalau hubby...



Assalamu'alaikum ♥,
Layan gambar Alia menonton tv.




Lansung tak perasan kita ambik gambar. Musykil aku!. Kalau hubby tengok bola pun dia boleh gak tumpang sekaki.Apalah yang dia fikirkan? Hikhik...


Assalamu'alaikum ♥, Bahang mentari seawal pagi. Hubby dah keluar Bintulu seawal jam 6 pagi. Beli barang. Aku pulak malas nak ikut...



Assalamu'alaikum ♥,
Bahang mentari seawal pagi. Hubby dah keluar Bintulu seawal jam 6 pagi. Beli barang. Aku pulak malas nak ikut sebab ada cikgu baru nak tumpang pergi Bintulu beli barang jugak. Kesian pulak tengok diorang takde transport. 

Alia pulak still tidur lagi. So... Aku ambiklah kesempatan yang ada untuk kemas rumah dan sidai pakaian. Alhamdulillah dah settle. Jam 11 nanti nak masak pulak untuk Alia. Huhu... Cabaran puasa masak tak boleh merasa. Masin atau tawar... Alia tetap nak kena makan jugak. ^_^.

Dah bagi Alia tidur... Plan nak buat kuih seri muka buat juadah berbuka. Menu minuman berbuka hari ni. Ribena Blackcurrant epal, susu cair dan sedikit gula di'blender. Hubby kata bagi nama sebab dia kata sedap. Jadilah 'Blackcurrant 2 rasa blended'. Haha... Semalam saja try buat. Tak tau sedap pulak. Sedap bagi aku lah. Hubby pulak kata rasa macam aiskrim. Dek kerana suka akan rasanya, hubby dah awal-awal request masa sahur tadi suruh buat lagi. Haha...

Boleh pulak begitu ^_^.


Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa . Kejapnya masa berlalu. Sejak berpuasa aku tak la...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa. Kejapnya masa berlalu. Sejak berpuasa aku tak layan slot akasia demi dia. First and second episod je aku tengok. Lagipun aku tak minat sangat dengan lakonan Elfira Loy. Cerita cinta antara Zack dan Azura macam tak best je aku tengok. Tapi... Itu cuma sekadar pendapat je. 

Dekat FB aku pun takde yang update status pasal demi dia. Hari tu... Masa teduhan kasih ditayangkan... Kemain lagi update status pasal teduhan kasih. Sampai boring aku baca. Ada pulak tu siap tukar nickname FB dengan teduhan kasih. Betapa popularnya hits teduhan kasih. 

Sumber gambar daripada www.freemalaysiatoday.com

Demi dia pulak... Entah! Adakah disebabkan bulan puasa atau memang tak berminat?

Aku... Memang tak minat nak tengok. ^_^.


Assalamu'alaikum ♥, Tertarik pulak aku dengan artikel " Di Rumah Sakit Zimbabwe, Ibu Melahirkan Didenda Tiap Kali Menjerit&q...



Assalamu'alaikum ♥,
Tertarik pulak aku dengan artikel "Di Rumah Sakit Zimbabwe, Ibu Melahirkan Didenda Tiap Kali Menjerit" yang dipaparkan oleh penulis blog www.borakkosong.com awal pagi semalam. 

Sumber : Printscreen dari blog www.borakkosong.com

Kalau baca kisah ni... Hai! Susah lah nak beranak kalau kena denda dengan bayaran bila menjerit time beranak. Beranak bukan boleh diduga reaction kita. Tapi... Aku beranakan Alia dulu jadi budak baik. Takde nak menjeritnya haa, walaupun hakikatnya dalam hati mahu je nak menjerit... Sebab mak dah pesan awal-awal. Mulut nurse bukan boleh diduga. Karang. Menjerit tak pasal-pasal kena 'sound'. 

Patutlah ramai wanita di Zimbabwe lebih memilih untuk beranak di rumah sebab tak mampu nak bayar denda if terjerit. Tapi kan... Kalau bidan tak pro... Risiko tinggi beranak kat rumah. Lagi-lagi yang ada sejarah tumpah darah. Bahaya!. Ngeri aku bila cerita bab-bab beranak di weii... 



Assalamu'alaikum ♥, Tadi... Seawal pagi aku blogwalking stuck di blog www.maszull.blogspot.com . Terbaca entri bertajuk 'Tam...



Assalamu'alaikum ♥,
Tadi... Seawal pagi aku blogwalking stuck di blog www.maszull.blogspot.com. Terbaca entri bertajuk 'Taman bunga paling ajaib, Miracle Garden Dubai"... Lalu membuatkan aku tertarik untuk mencari info di google mengenainya.

Sumber info daripada foursquare.com

Dubai Miracle Garden... Sungguh cantik namanyakan. Taman yang dikatakan taman paling ajaib yang mempunyai pelbagai jenis bunga. Malah, direkabentuk dalam pelbagai rupa. Satu tempat yang menarik untuk dilawati. Itu komen aku yang just baca daripada komen-komen orang yang dah pegi sana. Tapi... Seriously... Tengok gambar pun kita dah tau ia memang menarik.

Kalau diberi peluang sapa tak nak pergi sana kan. Bercuti di Miracle Garden Dubai... Huhu. Pasti seronok. Berangan jelah... Di Sarawak pun baru sikit tempat aku pegi. Inikan pulak nak pegi jauh. 




Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Untuk berbuka semalam, aku masak ayam kukus . Try google. Jumpa resepi di myresepi.com. Aku...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Untuk berbuka semalam, aku masak ayam kukus. Try google. Jumpa resepi di myresepi.com. Aku ubah sikit ramuannya. Bagi simple. Tapi... Cuma sayuran dan asam jawa je pun aku tak letak. Lainnya lebih kurang sama je. Namun... Tetap sodap! Licin weii... Hubby kata 'nyaman'. Hehe...


Selain tu jugak, rezeki kami berdua... Kawan bagi nasi lemak daun pisang. Huhu... Aroma daun pisang best giler makan. Lama dah tak makan beralas daun pisang. Memang best. Alhamdulillah. Nikmat bulan ramadhan.

ABC jugak sempat aku buat. Ais batu aku blend je guna blender. Hebat kan! Nak buat macam mana... Jauh dari bandar kenalah kreatif. Haha... 

Dan... Sahur pagi ni aku goreng je bergedel Ayam dah aku buat dan simpan dalam freezer semalam. Harini punya resepi untuk berbuka tak tau lagi. Nak buat apa ek?


Assalamu'alaikum ♥, Dulu... Pernah buat resepi sotong bakar untuk juadah berbuka. Bahan pun sikit... Memang sedap dan mudah. Nak...



Assalamu'alaikum ♥,
Dulu... Pernah buat resepi sotong bakar untuk juadah berbuka. Bahan pun sikit... Memang sedap dan mudah. Nak-nak untuk berbuka puasa. Memang wallah. Marvelous!!! Bak kata Rajit dalam Upin Ipin. Yummy hingga menjilat jari ^_^.


So... Berikut adalah bahan dan cara buat sotong bakar paling mudah aku rasa yang aku maksudkan. Just right click and save image if ada yang nak resepinyalah kan. Sodap weii. Siap promote lagi...


Plan before puasa nak carik resepi mudah untuk berbuka dan tempek di blog sebagai rujukan. Alih-alih hajat tak kesampaian. Aku share jelah resepi mudah yang pernah aku buat.

Tapi... Resepi tak banyak mana pun. Still mengasah skill memasak lagi. Hehe...


Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus berkongsi cerita. Hari ni dah hari ke-3 p...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus berkongsi cerita. Hari ni dah hari ke-3 puasa. Tak terasakan. 

Hari-3 bersahur. Before tu... Lepas bagi Alia menyusu jam lebih kurang 1:40 pagi. Aku terlelap. Nasib baik hubby kejutkan. Bertuah punya bini. Aku kepenatan sebenarnya. Tapi... Aku syukur punyai suami yang baik dan ringan tulang. Juga tak cerewet pasal makan. Walaupun begitu... Takdelah aku nak ambik kesempatan sediakan juadah berbuka dan sahur seperti melepaskan batuk ditangga. Kaw-kaw jugak aku masak weii... Siap makan ayam masak kicap lagi walaupun di perkampungan orang Ulu ( takde kaitan lansung. Dah tu... Ambik bakul angkat sendiri pulak tu ). Haha...


Alia pulak... Lansung tak terbangun walaupun aku bising di dapur. Orang rumah sebelah tak tau la... Dengar atau tidak. Nak buat macam mana... Sabo jelah yer :)

Lepas sahur tak tidur lagi dah... Kemas rumah dan cuci pakaian. Selesai sahur hari ke-3 berpuasa. Moga puasa dan ibadah kita hari ini diterima oleh Allah.










Assalamu'alaikum ♥, Ni kisah semalam. Alhamdulillah... Sempat jugak aku buat agar-agar simple dan popia mini buat Alia dan se...



Assalamu'alaikum ♥,

Ni kisah semalam. Alhamdulillah... Sempat jugak aku buat agar-agar simple dan popia mini buat Alia dan sekali buat berbuka untuk second day puasa.

Alhamdulillah... Walaupun di sini tiada bazar ramadhan seperti di tempat lainnya. Al-maklumlah perkampungan orang Ulu. Nak tak nak masak sendiri. Takde masalah pun. Still boleh survive. Chewah! Bahasa... Tapi... Bagus jugak masak sendiri. Hehe... Boleh asah skill memasak sekali. Kebersihan pun tak diragui. Yolah! Macam bersih sangat.

Begitulah cerita second day puasa kami bertiga di tempat orang. Selamat menjalani ibadah puasa hari ke-3. Semoga hari ni lebih baik daripada hari semalam.

Wallahu'alam...


Assalamu'alaikum ♥, Daging masak kicap adalah kegilaan aku. Lebih-lebih lagi kalau air tangan mak di kampung. Wallah! Sedap seh...



Assalamu'alaikum ♥,
Daging masak kicap adalah kegilaan aku. Lebih-lebih lagi kalau air tangan mak di kampung. Wallah! Sedap sehingga menjilat jari.

So, dalam bulan puasa ni confirm aku akan buat untuk menu berbuka. Daging masak kicap paling mudah dan cepat. Aku dah buat resepinya cantik-cantik. Just right click and save. Kalau... Lah ada yang nak resepinya. Senang! Tak payah tulis atau copy satu-satu.

daging masak kicap mudah,

Bicara Kata : Sabtu ni hubby keluar pergi bandar Bintulu. InsyaAllah pesan daging. Nak buat resepi mudah ni untuk berbuka. WAJIB!!!


Assalamu'alaikum ♥, Sunah Nabi! Hehe... Alia tak puasa. Bangun pagi after menyusu. Confirm! Nak makan somethings.'mamam'...



Assalamu'alaikum ♥,
Sunah Nabi! Hehe... Alia tak puasa. Bangun pagi after menyusu. Confirm! Nak makan somethings.'mamam'... Tulah sebutan yang selalu keluar dari mulut comelnya menandakan nak makan. Lambat! Siap melalak kalau tak kena gaya. Biasa breakfast... Kalau tak nasi goreng simple. Mee goreng atau biskut akan jadi juadah dia...


Kalau makan biskut berinti... Begitulah perangainya. Dah habis inti baru makan roti. Suka sangat makan inti dulu dari makan roti. Pelik betul. Kita tak... Terus ngap sekali. 


Assalamu'alaikum ♥, Permulaan yang baik untuk second day puasa. Cerita kali ini pasal baby lagi... Mengenai bagaimana berjimat da...



Assalamu'alaikum ♥,
Permulaan yang baik untuk second day puasa. Cerita kali ini pasal baby lagi... Mengenai bagaimana berjimat dalam membeli produk bayi.

Aku bukanlah pro dalam merancang ekonomi. Tapi... InsyaAllah dengan sedikit info hasil pembacaanku... Kita berkongsi. Jimat jugak duit poket nanti. InsyaAllah. Hikhik...


Aku pernah terbaca di dalam majalah Pa&Ma, di mana untuk membeli produk bayi... Berikut adalah sedikit tips untuk mendapatkannya :-
  • Selalu bandingkan harga sebelum membeli.
  • Buat senarai beli-belah untuk mengelakkan pembaziran ketika membeli-belah. Yang ini sangat penting aku kira. Maklumlah kalau dah tengok barang baby yang cute lagi menarik hati. Confirm! Kalau takde senarai belian. Boleh tersasar bajet. Percayalah ^_^.
  • Belilah produk yang murah tetapi berkualiti tinggi. Baca label untuk mengenal pasti kandungan produk yang murah juga sama dengan jenama yang mahal.
  • Pek berkembar adalah belian yang berbaloi lebih-lebih lagi pek berkembar selalunya disertakan free gift.
Tu antara 4 panduan berjimat dalam membeli produk bayi yang aku kira bagus untuk dipraktikkan.

Diharap dengan sedikit info ni. Kita dapat menjimatkan duit poket kita. Tak banyak. Sikit pun jadilah...


Assalamu'alaikum ♥, Ni semalam punya cerita. Cerita first day puasa. Alia ada satu tabiat. Tabiat sejak umur setahun. Hikhik... ...



Assalamu'alaikum ♥,
Ni semalam punya cerita. Cerita first day puasa. Alia ada satu tabiat. Tabiat sejak umur setahun. Hikhik... Bila makan sesuatu tu mesti nak jugak suapkan ke mulut aku. Kalau tak puasa tak kisahlah. Layan je. Ni bulan puasa. Semalam makan jelly. Dah nak suap dah. Nasib baik aku ingat. Kalau tak... Ingat tapi sengaja. Comfirm! Batal. 

Memang menguji iman sungguh. Huhu.


Assalamu'alaikum ♥, Pageview harini naik mendadak gara-gara 2 keyword tersebut. Alhamdulillah ^_^.



Assalamu'alaikum ♥,

resepi mudah, resepi bulan puasa, jadual waktu berbuka,

Pageview harini naik mendadak gara-gara 2 keyword tersebut. Alhamdulillah ^_^.



Assalamu'alaikum ♥, Jangan pikir aku tak puasa pulak bila tengok tajuk. Hikhik... Actually. Nak citer pasal lauk juadah ma...



Assalamu'alaikum ♥,


Jangan pikir aku tak puasa pulak bila tengok tajuk. Hikhik... Actually. Nak citer pasal lauk juadah makan tengahari Alia. Masak jam 10 pagi tadi. Simple giler... Telur goreng, sup bayam dan ayam cincang. Demi anak. Walaupun puasa si kecik tetap makan. Jangan malas-malas yer Norlie ^_^.


Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang aku cipta sendiri... Untuk aku terus bercerita dan berkongsi ...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang aku cipta sendiri... Untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita.

Kali ni cerita aku berkisar tentang sedikit info mengenai panduan berpuasa untuk pesakit Diabetes yang aku petik daripada majalah iSIHAT keluaran bulan ni.

Menurut artikel yang telah aku baca, berikut adalah panduannya :-
  • Memulakan latihan berpuasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban... Kerana menurut doktor, dengan memulakan latihan berpuasa, pesakit diabetes dapat mengenal pasti tanda-tanda sekiranya berlaku sebarang komplikasi.
  • Melewatkan waktu sahur kerana ia boleh mengelakkan pesakit diabetes berpuasa dalam tempoh yang sangat lama.
  • Segera berbuka puasa setelah masuk waktu berbuka. Tetapi hidangan utama diambil selepas menunaikan solat maghrib.
  • Elakkan minuman manis kerana ia boleh mengakibatkan ketinggian paras gula dalam darah.
That it's antara 4 panduan utama untuk pesakit diabetes menjalani ibadah puasa. Diharap ia memberi manfaat kepada kita semua.

InsyaAllah ^_^.


Assalamu'alaikum ♥, Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk update blog selepas cerita sahur hari pertama puasa  . Perm...



Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk update blog selepas cerita sahur hari pertama puasa . Permulaan yang baik.

Alhamdulillah... Earning Nuffnang aku naik mendadak. Tapi tak nak cash out dulu. Nak tunggu satu amounts yang aku target. InsyaAllah.


Jutaan terima kasih buat pihak Nuffnang kerana terus memberi Click Per Unique Visitor atau CPUV Campaign selepas Sunsilk CnF kepada blog picisan seperti aku. Alhamdulillah! Rezeki Alia. Ni kempen ke-10 menari di blog aku.

Pada yang sudi berkunjung hari-hari ke blog aku tanpa rasa jemu ( ada ke? Ke aku syok sendiri ). Juga ribuan terima kasih aku ucapkan.

Akhir kata dari aku. Selamat berpuasa. Jangan puasa yang yok pulak okeh!. Hikhik...

Simbolik Cerita : Bukan mahu menunjuk atau apa. Jauh sekali... Tapi nak share dunia blogging juga boleh jana pendapatan dan nak bagi semangat kepada kawan-kawan supaya terus berblogging. Happy blogging okeh!


Assalamu'alaikum ♥, Firstly... Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua . Biasa... First day sahur. Confirm! Ada cerita. Hikhik...



Assalamu'alaikum ♥,
Firstly... Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua. Biasa... First day sahur. Confirm! Ada cerita. Hikhik...

Hari ni... Untuk first day sahur, aku hampir-hampir tak terbangun. Jam 4 baru tersedar. Tu pun dek kerana Alia himpit aku. Sejuk kot. Aku pun Alih dan pakaikan dia stokin. Then... Bergegas bangun. Huhu... Semalam dek kerana penat. Aku lupa set alarm. Nasib baik terbangun. Kalau tak... Memang aku dengan hubby puasa tak bersahur harini. Tapi... Itu perkara normal kan untuk first day puasa. 

Dengan kuasa yang aku ada. Aku sempat jugak masak. Simple manu untuk juadah sahur kami berdua. Ayam goreng, sayur kucai, telur rebus, buah kurma dan air milo panas tabur. Haha... Tabur tu wajib ada. Itulah kegilaan aku akhir-akhir ini.

Alhamdulillah, sempat jugak aku dan hubby makan before imsak.


Assalamu'alaikum ♥, Sambungan cerita slot azalea hujan episod 1  tapi separuh je sempat tengok. Hubby ajak pergi sungai asap. Bel...



Assalamu'alaikum ♥,
Sambungan cerita slot azalea hujan episod 1 tapi separuh je sempat tengok. Hubby ajak pergi sungai asap. Beli sayur dan sikit barang dapur untuk juadah sahur malam ni.

Yang sempat aku tengok. Azaril terjumpa radio rosak dalam tong sampah dan membawanya pulang. Sedang dia, Azura dan ibunya, Maryam dok sibuk cuba baiki radio tersebut. Tetiba ayahnya, Jalil datang mintak duit dengan Azaril. Biasalah... Kalau dah kaki dadah. Tak dapat bekalan. Sanggup buat apa saja.

Di suatu sudut lain pulak. Fazila, kawan baik rahimah cuba menggoda suami rahimah.

Azaril terus dengan aktiviti hariannya mencari tin. Manakala Azura pulak tinggal di rumah untuk menemani ibunya, Maryam yang semakin teruk batuknya.

Sedang Azaril sibuk selongkar sampah. Tetiba ayahnya, Jalil meluru ke arahnya dengan menyerahkan sebuah beg berwarna hitam untuk disembunyikan di rumah. Sedangkan dia sendiri cuba malarikan diri. Ni mesti kes mencuri.

Kemuncak cerita episod 2 hujan berakhir dengan slot Azura dan ibunya di rumah. Maryam tetiba batuk dan keluar darah. Azura melihat keadaan ibunya terus keluar mencari abangnya Azaril. 

Sambungan ceritanya kenalah tunggu episod 3 hujan esok.