Assalamu'alaikum... Hari ni dah masuk 6 Jun 2013. Maka genaplah 3 tahun aku bergelar isteri Encik Hussien Bin Jaya. Lagi 20 har...

Ulangtahun Ke-3 Usia Perkahwinan Kami

/
2 Comments


Assalamu'alaikum...
Hari ni dah masuk 6 Jun 2013. Maka genaplah 3 tahun aku bergelar isteri Encik Hussien Bin Jaya. Lagi 20 hari aku akan sambut ulangtahun kelahiran pulak... Very special month for me. Heee...

Alhamdulillah... Tak terasa dah 3 tahun berlalu. Begitu pantas masa berlari kan. Semenjak bergelar isteri orang. Banyak benda yang aku pelajari. Terutamanya sikap lebih berjimat cermat. Kalau dulu... Aku boleh dikategorikan boros jugaklah. Tapi... Bila dah berteman. Aku lebih bersikap berjimat cermat. Aku rasa itu perlu. Lebih-lebih lagi bila ada anak. Harus pandai uruskan wang Taklah baru tengah bulan dan sengkek.

Apa-apa pun... Harapan aku. Semoga ikatan perkahwinan kami kekal hingga hujung nyawa. Amin...

Takde yang lebih bermakna selain saling cinta-mencintai antara satu sama lain. Kini... Kami semakin bahagia dengan hadirnya seorang cahaya mata bergelar anak. Kami sangat sayang akan Nur Qalesya Alia yang bermaksud Cahaya yang tinggi. 




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. selamat bahagia sll...mg ikatan antara kalian makin tambah berseri seri

    ReplyDelete