Assalamu'alaikum... Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada... Untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita. Tak l...

Shopping Bila ada ANAK

/
3 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada... Untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita.

Tak lama lagi... Bulan ramadhan akan menjelma. So, mesti ramai yang dah buat persiapankan. Aku pun. Disebabkan jauh dari bandar... Dapat gaji bulan ni. Hubby terus ajak shopping barang dapur dan sempat jugak beli baju raya Alia. Raya tahun ni sepasang je... Sebab ada lagi baju. Nampaknya tema gray color confirm untuk raya tahun ni. Haha... Sekarang. Tinggal baju aku lagi belum beli. Belum ada yang berkenan di hati.

Bercakap pasal shopping. Bila ada anak. Untuk shopping dalam waktu yang lama dah tak boleh dah. Mesti macam- macam hal timbul termasuklah anak nak kacau baranglah... Nak lepaslah. Meragamlah... Malah. Macam-macam lagi peel anak akan buat. 

Bagi aku... Cara aku untuk mudah shopping bila ada anak. Nak cepat. Kena buat list barang yang nak dibeli mengikut kategori. Barang basah tulis dalam satu notepad. Barang mandi satu notepad. Barang dapur satu notepad. Pendek kata... Tulis by categories. Senang dan cepat untuk cari barang. Jadi... Taklah lama sangat shoppingnya seperti belum ada anak.


Bila ada anak. Banyak perubahan berlaku dalam hidup aku. Tapi... Aku tetap happy dengan adanya dua cinta hati di sisi.

Wallahu'alam. Apa-apa pun. Itu hanya pendapat seorang wanita yang baru beranak sorang. Masih banyak yang perlu aku pelajari tentang ilmu rumahtangga. Bukan senang nak jadi yang terbaik. Tapi... Bukan susah untuk kita pergi ke arah itu. Yang penting nawaitu dan usaha.

Orait! Itu saja cerita aku untuk entri kali ni. Hehe. 

Selamat berhujung minggu semua. Have a nice day!




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. sama juga seperti mama bila keluar rumah mesti kena buat list..
    kalau tak nanti, terlebih sudah belanjanya bila si kakak main ambik itu ini.. adui

    ReplyDelete
  2. muni bil dha ada ank kecik brg dapur semua en suami belikan.muni listkan je..:) klu shopping luar kami tak beli barang basah,lgpun en suami meniaga ikan,jadi stok brg basah fresh sentiasa ada..:)

    ReplyDelete
  3. waa,,bagusnya cadangan akk tu..kalau saya tulis dalam 1 list segala barang.pastu pening..haha..

    kak, macam mana nak buat tulisan yang kat gmbar akk tu..ape eh orng pnggil? watermark ke? ala,tak tahu..hehehe
    blh ajarkan?

    ReplyDelete