Assalamu'alaikum... Chewah! Dah sebut pasal raya kau ye... Padahal puasa pun belum . Tadi ha... Tengah whatsapp dengan adik ipar....

Raya Tahun 2013

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...
Chewah! Dah sebut pasal raya kau ye... Padahal puasa pun belum. Tadi ha... Tengah whatsapp dengan adik ipar. Cakap pasal raya bagai. Tu yang dok terpikir dapat idea untuk update blog.

Raya tahun ni giliran balik rumah mak mertua. Raya ke-4 baru balik kampung. Nampaknya first day raya... Rumah kat kampung sunyi. Mesti mak dan ayah sedih. Yelah. Ada yang beraya di Perlis. Ada yang bertugas di hari raya.

Tapi... Apakan daya. Itulah adat berumahtangga dan kerja makan gaji. Kena ada perancangan Kalau tak nanti wujud bermasam muka dek kerana tak puas hati.

Aku bersyukur setakat ni takde lagi masalah pasal balik beraya... Hehe. Sebabnya dah buat akur janji before kawin lagi. Kahkahkah... Ambik kau. Balik selang-seli. Adil dan saksama kan. Mak ayah tak kira mertua atau parents sendiri pun senang hati.

Perancangan raya dah ada. Tapi... Baju raya tak beli lagi. Konon raya tahun ni... Bertemakan gray color. Sudah! Shopping haritu tak menyempat. Lain dicarik... Lain pulak yang dibeli.

Huhu... Tak sabar tunggu bulan puasakan. Nampaknya. Puasa tahun ni. Aku berpuasa bersama hubby dan Alia. Keluar hujung bulan ni terus shopping barang dapur untuk sebulan puasa. Almaklumlah... Jauh dari bandar. Susah sikit nak dapatkan bekalan. Sabo jelah... Kena masak sendiri. Cuma sayur je senang nak dapat di sini.

Bicara Hati : Nampak gayanya... Puasa tahun ni tak merasalah nak pergi bazaar ramadhan. Kena masak sendiri. Nak tak nak kena gak carik resepi. Huhu...




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. muni dua tiga tahun kebelakangan ni pun dh tk heran dengan bazar.msk sendiri lg sihat n sedap!

    tak sabo sgt fiza nak beraya nmpknya..:)

    ReplyDelete