Back to Top

28 June 2013

Episod 19 hingga Episod 25 Teduhan kasih



Assalamu'alaikum...
Selepas episod 18, aku dah lama tak update. Semuanya dek kerana kekangan masa untuk menyusun kata. Haha... Yolah tu!


Seperti biasa... Habis setiap episod pasti ada ulasan dari aku. Alhamdulillah... Akhirnya perkahwinan antara Ehsan dan Iffa berlansung jugak.

Mak tiri Iffa tak hadir. Sakit kaki. Kak long Iffa pun sama. Sakit hati punya pasal... Tak mungkin ler nak hadir kan. Namun... Ijat, adik tirinya yang sudi menghadiri majlis kawin mereka.

Ayu pulak... Hadir dengan Ridzal. Tapi bila sampai di tempat majlis. Sakit hati tengok majlis yang meriah. Tak jadi. Sudahnya balik tanpa menunggu pengantin keluar. Pelik betul.

Selepas kawin... Iffa dan Ehsan merancang untuk pergi berbulan madu. Manakala Ayu pulak still merancang untuk merosakan rumahtangga Iffa.

Manakala ibu tiri Iffa pulak pengsan disebabkan kesakitan kakinya yang melampau. Dan telah dihantar ke hospital. Semua perbelanjaan urusan hospital ditanggung oleh Ehsan dan Iffa.

Ayu yang tidak puas hati dengan Iffa... Masih menghasut Nurlisa untuk merebut kembali cinta Ehsan. Namun... Ehsan tidak menerimanya malah memarahi Nurlisa. Walaupun gagal lagi, Ayu still tidak puas hati walaupun hakikatnya Ridzal sakit di rumah. Ayu semakin biadab dengan mak mertuanya. Malah turut semakin hambar dengan suaminya Ridzal.

Kehidupan mereka semua seperti biasa... Sehinggalah sampai suatu masa Jeny setiausaha Ehsan menghadapi masalah kewangan apabila suaminya berhutang dan diburu along. Jeny try mintak bantuan Ehsan. Setiap kali Jeny nak bersuara... Ada jer halangan. Sampailah suatu masa... Ayu menangguk di air yang keruh. Cuba merosakan rumah tangga Iffa dengan mempergunakan Jeny.

Jeny akhirnya menerima tawaran Ayu untuk merosakan rumahtangga Iffa. Yelahkan... Sapa tak nak duit banyak tanpa perlu bayar balik. Kemudian... Jeny pun menelefon Ehsan untuk mengajak Ehsan minum... Katanya ada hal penting. Jeny memerangkap Ehsan dengan memasukan ubat tidur aku rasa... ke dalam air Ehsan. Apalagi... Bila Ehsan dah mamai. Datang pulak Ayu untuk ambik Ehsan. Ehsan di bawak ke hotel dan mereka di tangkap khalwat.

Apakah kisah seterusnya... Kenalah tonton episod 26 teduhan kasih next week. Huhu... Nampaknya. Lagi 2 episod akan berakhir. Apalah kesudahannya yer. Tak sabar nak tengok episod akhir teduhan kasih.

Orait! tu jer kot rumusan aku untuk jalan cerita teduhan kasih bagi minggu ni. Hehe... Lintang-pukang cerita aku mak aiii...

Sabo jelah!


1 comment:

  1. suka baca sinopsis ayu ni sebab kdg² wina terlepas jugak uhuhuuu..

    tapi semalam sempat tgk..kesian ehsan

    ReplyDelete