Back to Top

04 June 2013

Apa Yang Menariknya Pa&Ma Keluaran Jun 2013



Assalamu'alaikum...
Seperti biasa... Kalau keluar bandar Bintulu atau time cuti. Majalah Pa&Ma duluan aku beli untuk dibaca saat waktu senggang. Semenjak ada Alia ler... Aku rajin beli. Kalau tak sebelum ni. Jangan harap ler aku nak beli. Bukan rajin sangat pun baca. Haha...


Pada aku... Untuk Majalah Pa&Ma keluaran Jun. Banyak info yang menarik cuba dikongsikan. Best! Antaranya 20 makanan untuk otak. Bagi aku. Satu info menarik yang perlu kita ketahui. Kekadang kita makan jer tapi tak tahu dan tak nak ambik tahu pun pasal kebaikan atau keburukan sesuatu makanan tu right.

Selain tu jugak... Pasal teknik bersalin secara 'pukau' pun ada diselitkan. First time aku dapat tahu tau... Kononnya... Bersalin secara pukau mampu kurangkan rasa takut.

Risiko uri tersangkut pun turut dikupas... Takut aku baca weii.... Dan banyak lagi isu yang turut dimuatkan dalam Pa&Ma Jun 2013. Tak rugi beli... Hehe....

Bukan promote atau apa. Just nak berkongsi je sebenarnya tentang isi kandungan yang terdapat dalam majalah Pa&Ma keluaran Jun.  Apa-apa pun selamat malam semua ^_^.



No comments:

Post a Comment