Assalamu'alaikum... Seawal jam 6 masukan pakaian kotor dalam mesin basuh. Sendiri masuk dapur sediakan breakfast. Breakfast pagi ...



Assalamu'alaikum...
Seawal jam 6 masukan pakaian kotor dalam mesin basuh. Sendiri masuk dapur sediakan breakfast. Breakfast pagi tadi simple jer... Nasi goreng sayur campur, nugget, milo panas dan sandwich. Milo dan nasi goreng jer mampu aku makan.

Sebabnya... Konon hari ni dah plan nak buat puding roti seperti IntanBerlian punya. Kalau nak resepi try selongkar blog IntanBerlian okeh!

Tak sangka menjadi jugak akhirnya. Tapi aku buat dalam bentuk hati. Senang! Terus ngap masuk mulut. Tak nak guna loyang. Haha... Leceh nak potong bagai. Dasar pemalas semua nak simple je kan. 


Not bad lah rasanya. Wallah! Thanks to IntanBerlian kerana berkongsi resepi puding roti yang simple tapi sedap.

Nanti boleh lah buat lagi untuk juadah berbuka puasa. Hikhik...



Assalamu'alaikum... Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada... Untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita. Tak l...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada... Untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita.

Tak lama lagi... Bulan ramadhan akan menjelma. So, mesti ramai yang dah buat persiapankan. Aku pun. Disebabkan jauh dari bandar... Dapat gaji bulan ni. Hubby terus ajak shopping barang dapur dan sempat jugak beli baju raya Alia. Raya tahun ni sepasang je... Sebab ada lagi baju. Nampaknya tema gray color confirm untuk raya tahun ni. Haha... Sekarang. Tinggal baju aku lagi belum beli. Belum ada yang berkenan di hati.

Bercakap pasal shopping. Bila ada anak. Untuk shopping dalam waktu yang lama dah tak boleh dah. Mesti macam- macam hal timbul termasuklah anak nak kacau baranglah... Nak lepaslah. Meragamlah... Malah. Macam-macam lagi peel anak akan buat. 

Bagi aku... Cara aku untuk mudah shopping bila ada anak. Nak cepat. Kena buat list barang yang nak dibeli mengikut kategori. Barang basah tulis dalam satu notepad. Barang mandi satu notepad. Barang dapur satu notepad. Pendek kata... Tulis by categories. Senang dan cepat untuk cari barang. Jadi... Taklah lama sangat shoppingnya seperti belum ada anak.


Bila ada anak. Banyak perubahan berlaku dalam hidup aku. Tapi... Aku tetap happy dengan adanya dua cinta hati di sisi.

Wallahu'alam. Apa-apa pun. Itu hanya pendapat seorang wanita yang baru beranak sorang. Masih banyak yang perlu aku pelajari tentang ilmu rumahtangga. Bukan senang nak jadi yang terbaik. Tapi... Bukan susah untuk kita pergi ke arah itu. Yang penting nawaitu dan usaha.

Orait! Itu saja cerita aku untuk entri kali ni. Hehe. 

Selamat berhujung minggu semua. Have a nice day!


Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk bercerita dan berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri ci...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk bercerita dan berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta. Hehe... Semangat ni dapat rezeki daripada pihak nuffnang. Kali ni... Cerita aku berkisar lagi tentang anak. Bukan mudah untuk mendidik anak sebenarnya... Tak semudah yang kita sangkakan. Bukan nak takutkan sesiapa. Terutamanya pada yang belum berkahwin. Tapi itulah realiti yang harus dipercayai.

Nak didik anak perlukan tahap kesabaran yang tinggi dan aku pun budak baru belajar. Masih banyak yang harus aku pelajari untuk mendidik Alia. Right now, Alia mulai memahami arahan kompleks... So, insyaAllah mudah sikit nak ajar dia benda-benda mudah step by step.  Langkah pertama yang cuba aku terapkan sekarang ni ialah belajar untuk menabung. Actually, kebetulan sebenarnya. Hehe... Boleh pulak kebetulan yer.

Haritu... Ada ceramah mengenai menabung di peringkat awal dianjurkan oleh pihak SEDC ( ***Lupa singkatan SEDC for what... ) di sekolah. Nak dijadikan cerita... Dapatlah satu tabung kids and cash satu. So... Hubby pun hadiahkan buat Alia... Dari situlah start menabung. Alhamdulillah... Dah 3 kali penuh dah. Ni nak penuhkan kali ke-4 pulak. Nanti boleh masukkan ke dalam akaun SSPN-i Alia... Untuk bekalan masa depan.


Beginilah gelagat Alia tiap kali nak masukkan coins dalam tabung. Nak jugak main dengan tabung. Habis coins mulalah carik benda lain pulak. Macam-macam peel ada...

Bilalah tabung Alia nak penuh yer?... Mana nak penuh. Main hentam je. Besar kecik syiling. Semua masuk... Ambik kau!


Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Seawal 1 pagi aku berpeluang untuk update blog. Tu pun dek kerana bangun tukar pampers anak ...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Seawal 1 pagi aku berpeluang untuk update blog. Tu pun dek kerana bangun tukar pampers anak dara aku. Biasalah... Bila ada anak. Mana mungkin boleh tidur lena. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kan.

Nak dijadikan cerita. Lama dah aku tak check akaun nuffnang. So... Tetiba rasa nak login. Wah! terkejut jugak tengok duit tabungan nuffnang aku naik secara mendadak walaupun ciput. Tak kisahlah kan... Dan satu lagi. Merasa jugak aku sekali lagi CPUV ke-6 yang berstatus on going. Thanks a lot kepada pihak nuffnang kerana terus memberi kepercayaan kepada blog aku untuk terus memaparkan iklan terbaru daripada nuffnang.

BE/CPUV terbaru dari nuffnang, cara cepat dapat BE,

Then, terima kasih jugak buat rakan-rakan yang sudi singgah dan baca cerita yang entah apa-apa di blog aku. Tu je kot rasanya aku nak share.

Bicara Hati : Entri ini bukan nak menunjuk atau apa. Just nak share... Dengan berblogging pun boleh jana income tau...

 

Assalamu'alaikum... Seperti biasa... Dapat gaji. Kami tiga beranak akan keluar bandar. Shopping barang keperluan untuk sebulan. B...



Assalamu'alaikum...
Seperti biasa... Dapat gaji. Kami tiga beranak akan keluar bandar. Shopping barang keperluan untuk sebulan. Begitulah lumrah hidup jauh dari bandar. Walaupun jauh... No problemo... Still boleh lagi harungi. Hehe...

rojak buah sedap,

Sampai bandar. Seperti biasa... First thing kena makan dulu. Siap urusan bayar itu dan ini. Hubby terus hantar aku dan Alia ke hotel untuk check in. Then... Hubby keluar balik carik news. Balik-balik bawak rojak buah. Wah! Lama dah tak makan. Nampak macam sedap. Tapi... Indah khabar dari rupa. Bukan main pedas lagi. Sampai separuh mineral water 1500ml aku minum. Mungkin pedas bagi aku yang kurang menggemari makanan pedas kot.

Namun... Tetap dapat merasa rojak buah kan. Lama haihhh tak merasa ^_*.


Assalamu'alaikum... Selepas  episod 18 , aku dah lama tak update. Semuanya dek kerana kekangan masa untuk menyusun kata. Haha... Y...



Assalamu'alaikum...
Selepas episod 18, aku dah lama tak update. Semuanya dek kerana kekangan masa untuk menyusun kata. Haha... Yolah tu!


Seperti biasa... Habis setiap episod pasti ada ulasan dari aku. Alhamdulillah... Akhirnya perkahwinan antara Ehsan dan Iffa berlansung jugak.

Mak tiri Iffa tak hadir. Sakit kaki. Kak long Iffa pun sama. Sakit hati punya pasal... Tak mungkin ler nak hadir kan. Namun... Ijat, adik tirinya yang sudi menghadiri majlis kawin mereka.

Ayu pulak... Hadir dengan Ridzal. Tapi bila sampai di tempat majlis. Sakit hati tengok majlis yang meriah. Tak jadi. Sudahnya balik tanpa menunggu pengantin keluar. Pelik betul.

Selepas kawin... Iffa dan Ehsan merancang untuk pergi berbulan madu. Manakala Ayu pulak still merancang untuk merosakan rumahtangga Iffa.

Manakala ibu tiri Iffa pulak pengsan disebabkan kesakitan kakinya yang melampau. Dan telah dihantar ke hospital. Semua perbelanjaan urusan hospital ditanggung oleh Ehsan dan Iffa.

Ayu yang tidak puas hati dengan Iffa... Masih menghasut Nurlisa untuk merebut kembali cinta Ehsan. Namun... Ehsan tidak menerimanya malah memarahi Nurlisa. Walaupun gagal lagi, Ayu still tidak puas hati walaupun hakikatnya Ridzal sakit di rumah. Ayu semakin biadab dengan mak mertuanya. Malah turut semakin hambar dengan suaminya Ridzal.

Kehidupan mereka semua seperti biasa... Sehinggalah sampai suatu masa Jeny setiausaha Ehsan menghadapi masalah kewangan apabila suaminya berhutang dan diburu along. Jeny try mintak bantuan Ehsan. Setiap kali Jeny nak bersuara... Ada jer halangan. Sampailah suatu masa... Ayu menangguk di air yang keruh. Cuba merosakan rumah tangga Iffa dengan mempergunakan Jeny.

Jeny akhirnya menerima tawaran Ayu untuk merosakan rumahtangga Iffa. Yelahkan... Sapa tak nak duit banyak tanpa perlu bayar balik. Kemudian... Jeny pun menelefon Ehsan untuk mengajak Ehsan minum... Katanya ada hal penting. Jeny memerangkap Ehsan dengan memasukan ubat tidur aku rasa... ke dalam air Ehsan. Apalagi... Bila Ehsan dah mamai. Datang pulak Ayu untuk ambik Ehsan. Ehsan di bawak ke hotel dan mereka di tangkap khalwat.

Apakah kisah seterusnya... Kenalah tonton episod 26 teduhan kasih next week. Huhu... Nampaknya. Lagi 2 episod akan berakhir. Apalah kesudahannya yer. Tak sabar nak tengok episod akhir teduhan kasih.

Orait! tu jer kot rumusan aku untuk jalan cerita teduhan kasih bagi minggu ni. Hehe... Lintang-pukang cerita aku mak aiii...

Sabo jelah!


Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk update cerita di ruang yang aku sendiri cipta. Kisah sema...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk update cerita di ruang yang aku sendiri cipta.

Kisah semalam... Bila keboringan melanda. Tetiba hubby request suruh buat sweet corn untuk minum petang. Alamatnya... Jadilah sweet corn ala tempat membeli belah buatan sendiri. Sebijik rasanya bak kata hubby. Haha... Pandailah! Saja nak ambik hati kan.

cara buat jagung kukus paling sedap, sweet corn mudah,

Nak buat sweet corn... Bagi aku senang je. Kukuskan jagung. Lepas tu... Bila jagung dah panas. Campurkan mentega dan garam secukup rasa. Lepas tu gaul sehinggala masak. Itu saja. Sangatlah simple nak buat sweet corn kan.

Maka... Siaplah hidangan mudah untuk minum petang. Untuk pengetahuan. Alia suka sangat makan jagung kukus. Senyum lebaq lagi kalau aku yang suapkan. Sabo jelah...

Begitulah kisah pendek tiga beranak yang jauh dari family dan bandar. Sian!


Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan yang mulia.  Kalau mengikut kalender, kita ...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan yang mulia. Kalau mengikut kalender, kita akan start berpuasa pada 10 Julai 2013 iaitu hari Rabu. Tapi seperti biasa tarikh sebenar masih bergantung kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja.

Namun begitu... Pihak JAKIM telah mengeluarkan Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013/1434H. So, berikut adalah link untuk download Jadual berbuka puasa dan imsak bagi 2013 mengikut negeri :-
So, apa-apa pun selamat menyambut bulan ramadhan yang menjelang tiba dari Fiza sekeluarga. Semoga beroleh pahala berlipat ganda. Wallahualam...


Assalamu'alaikum... Patung ke-2 selepas si Ted  untuk Alia. Ayah belikan. Tidur siang bertemankan Kitty. Malam pulak... Ted dica...



Assalamu'alaikum...


Patung ke-2 selepas si Ted untuk Alia. Ayah belikan. Tidur siang bertemankan Kitty. Malam pulak... Ted dicari. Hehe...

Assalamu'alaikum... Ambik mu... Botol air kosong pun nak tayang di blog . Lately... Apa saja barang baru Alia ada... Pasti menja...



Assalamu'alaikum...
Ambik mu... Botol air kosong pun nak tayang di blog. Lately... Apa saja barang baru Alia ada... Pasti menjadi bahan untuk aku update blog. Just nak catat yang Alia pernah memilikinya suatu ketika. Chewah!


Actually... Botol ni memang cute di mata aku. Kalau tak, mana mungkin sanggup beli harga mahal pun bantai. Tak mahal mana pun. Cuma RM13. Botol ni ada penyedut yang lembut, boleh diisi 300ml air. Alia guna just untuk minum air kosong. Sehari... Alhamdulillah! Alia boleh habiskan 3 botol.

Aku cuba untuk mendidik Alia agar gemar minum air kosong tanpa memaksanya. InsyaAllah... Tu adalah antara impian aku. Caranya... Aku try tarik minat Alia dengan botol cantik berwarna cerah. Aku tak nak Alia seperti aku yang kurang gemar minum air kosong... Itu dulu. Tapi sekarang bolehla dan aku juga dalam proses untuk belajar banyak minum air kosong.

Wallahualam...


Assalamu'alaikum... Kisah semalam... Minum petang sambil menonton Iman Nabila . Sebab ada pisang masih berbaki. Aku mintak tolong...



Assalamu'alaikum...
Kisah semalam... Minum petang sambil menonton Iman Nabila. Sebab ada pisang masih berbaki. Aku mintak tolong en. Hubby belikan kelapa tua. Konon nak buat lempeng pisang. Syukur... Akhirnya menjadi. Hehe...


Sedap jugak minum dengan kopi. Nak resepi lempeng pisang tak seberapa ni... Meh! Salin yang ni ( *** ada ke yang nak salin resepi simple giler ni... Perasan tak sudah ).

Kalau adalah ek!

Bahan untuk lempeng pisangku :-

  • 6 biji pisang 
  • 3 sudu besar gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kelapa diparut
  • Garam dan mentega
Cara membuatnya :-
  • Lenyek pisang sampai halus.
  • Masukkan gula, garam dan kelapa parut.
  • Tambahkan tepung dan gaul hingga sebati.
  • Lepas tu... sapukan kuali yang dah panas dengan sedikit mentega.
  • Masukkan sesenduk adunan dan ratakan ke dalam kuali. Balikkan sehingga masak.
Dah siap untuk di makan... Haha. Alia pun tumpang sekaki ^_*. Alia sekarang kemain lagi. Apa yang kita makan... Dia pun nak makan jugak. Sabo jelah.



Assalamu'alaikum... Tak sangka... Tekaan aku semalam betul. Sememangnya Syura juara masterchef selebriti 2 . Time pengumuman si...



Assalamu'alaikum...
Tak sangka... Tekaan aku semalam betul. Sememangnya Syura juara masterchef selebriti 2.

Time pengumuman siapa juara. Aku pulak yang berdebar. Tapi... Jauh di lubuk hati tetap berkata yang Syura akan menang.

Tahniah Syura. Dapat 2 tiket free tu ke Paris. High class lagi. Dapat pulak sumbangkan 60,500 kepada badan amal yang diwakili. Memang best. Rezeki anak. Bercakap pasal anak. Tak sangka Syura dah ada 3 orang anak. Hehe... Lama dah kan tak mengikuti perkembangan Syura. Alih-alih... Tengok dia dekat MasterChef selebriti 2 pulak dah.

Masterchef selebriti 2 dah berakhir... Bila pulak Masterchef selebriti 3 akan menyusul? Hehe...


Assalamu'alaikum... Selamat pagi alam maya... Mood ceria seawal pagi walaupun kat luar mentari dah terasa bahangnya. Namun syukur...



Assalamu'alaikum...
Selamat pagi alam maya... Mood ceria seawal pagi walaupun kat luar mentari dah terasa bahangnya. Namun syukurilah nikmat yang ada. Semoga jerebu yang melanda berakhir secepatnya... Secepat Alia membesar di mata kami ( *** Takde kaitan lansung ).


Actually... Just nak kongsi cerita tentang budak kecik ni ha... Gambar yang sempat aku snap sepanjang dia membesar di depan mata kami. Pantang tengok buku. Sungguh sejuk perut mengandung andai sikap ini berterusan sampai bila-bila.

Benarlah kata bijak pandai... Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang cuba kami terapkan dalam mendidik Alia. Semoga nilai-nilai murni bercambah di hati Alia ya Allah. Hanya Engkau tempat hambaMu bermohon... Lindungilah kami dari segala kesulitan dan sinarilah hati kami dengan Nur ya Allah.

Sayang Alia sangat-sangat.


Assalamu'alaikum... Haha... Ambik kau tajuk panjang berjela. Lately... Aku rajin pulak layan tv . Gila tengok Teduhan kasih denga...



Assalamu'alaikum...
Haha... Ambik kau tajuk panjang berjela. Lately... Aku rajin pulak layan tv. Gila tengok Teduhan kasih dengan masterchef pulak dah.

Semalam tak layan masterchef. Layan bintang mencari bintang. Tak sangka pulak. Kencana Dewi tersingkir semalam. Tapi still hebat apa. Top four tu. Dah kira terror apa.

Malam ni pulak. Separuh akhir. Tak sangka pulak Rozita Che Wan terkeluaq. Syura pulak dapat markah tertinggi. 46/50... Tinggi tu. Nampak macam simple je Syura masak. Tapi... Ramai chef puji. Tahniah buat Syura dan Celina.

Agak-agak... Siapa juara masterchef selebriti musim 2 ek?. Hehe... Kalau tanya aku. Aku pilih Syura sebagai juara masterchef selebriti 2. Tapi... Betul atau tidak. Malam esok jawapannya.


Assalamu'alaikum... Chewah! Dah sebut pasal raya kau ye... Padahal puasa pun belum . Tadi ha... Tengah whatsapp dengan adik ipar....



Assalamu'alaikum...
Chewah! Dah sebut pasal raya kau ye... Padahal puasa pun belum. Tadi ha... Tengah whatsapp dengan adik ipar. Cakap pasal raya bagai. Tu yang dok terpikir dapat idea untuk update blog.

Raya tahun ni giliran balik rumah mak mertua. Raya ke-4 baru balik kampung. Nampaknya first day raya... Rumah kat kampung sunyi. Mesti mak dan ayah sedih. Yelah. Ada yang beraya di Perlis. Ada yang bertugas di hari raya.

Tapi... Apakan daya. Itulah adat berumahtangga dan kerja makan gaji. Kena ada perancangan Kalau tak nanti wujud bermasam muka dek kerana tak puas hati.

Aku bersyukur setakat ni takde lagi masalah pasal balik beraya... Hehe. Sebabnya dah buat akur janji before kawin lagi. Kahkahkah... Ambik kau. Balik selang-seli. Adil dan saksama kan. Mak ayah tak kira mertua atau parents sendiri pun senang hati.

Perancangan raya dah ada. Tapi... Baju raya tak beli lagi. Konon raya tahun ni... Bertemakan gray color. Sudah! Shopping haritu tak menyempat. Lain dicarik... Lain pulak yang dibeli.

Huhu... Tak sabar tunggu bulan puasakan. Nampaknya. Puasa tahun ni. Aku berpuasa bersama hubby dan Alia. Keluar hujung bulan ni terus shopping barang dapur untuk sebulan puasa. Almaklumlah... Jauh dari bandar. Susah sikit nak dapatkan bekalan. Sabo jelah... Kena masak sendiri. Cuma sayur je senang nak dapat di sini.

Bicara Hati : Nampak gayanya... Puasa tahun ni tak merasalah nak pergi bazaar ramadhan. Kena masak sendiri. Nak tak nak kena gak carik resepi. Huhu...


Assalamu'alaikum... Haha... Ambik kau 3 jam layan bintang mencari bintang semalam. Akhirnya Achey dinobatkan sebagai juara bintan...



Assalamu'alaikum...
Haha... Ambik kau 3 jam layan bintang mencari bintang semalam. Akhirnya Achey dinobatkan sebagai juara bintang mencari bintang. Dah agak dah. Confirm! Menang punya. 200 ribu tu menang. Berbaloi... Puas hati la tengok persembahan Achey semalam.

Apa-apa pun tahniah buat Achey. Tengok hari ni Achey kat Selamat pagi malaysia kalau berkesempatan.



Assalamu'alaikum... Terbaca satu soalan di FB pasal pertanyaan seorang mum ni pasal apakah makanan yang bagus time loya di awal keh...



Assalamu'alaikum...
Terbaca satu soalan di FB pasal pertanyaan seorang mum ni pasal apakah makanan yang bagus time loya di awal kehamilan... Teringat pulak pasal sendiri. Pengalaman akulah ek. Kalau diikutkan loya, pening, muntah dan kekadang takde selera nak makan... Memang alamat tak makan ler jawabnya. Tapi mengenangkan ada nyawa manusia yang dibawak. Nak tak nak kena makanlah jugak.

Pada aku... Takde makanan spesifik yang sesuai. Yang penting. Makanan yang dimakan haruslah berkhasiat. Kalau aku dulu... Makan dalam kuantiti sikit tapi kerap. Itulah amalan aku. Yang kerap aku makan biskut dan buah-buahan jer. Kesannya... Berat badan aku menurun dengan mendadak. But... Itu normal pada 3 bulan pertama kehamilan. Itu nurse yang kata. Bukan aku. Haha... Tapi graf berat aku naik secara normal sehinggalah hari kelahiran first baby kami. Alhamdulillah ^_^.

So, secara keseluruhannya. Makan jer apa yang kita rasa boleh masuk dan memenuhi selera anak tekak. Yang penting berkhasiat.


Assalamu'alaikum... Kalau orang lain mungkin lebih suka pergi jenjalan hujung minggu. Lain pulak kami 3 beranak. Lebih suka duduk...



Assalamu'alaikum...
Kalau orang lain mungkin lebih suka pergi jenjalan hujung minggu. Lain pulak kami 3 beranak. Lebih suka duduk rumah. Tambahan... Sekarang musim jerebu. So, lebih baik duduk rumah. Malas nak bawak Alia keluar rumah... Lagi pulak. Hari ni. Hubby ada seminar integriti. Balik pun tengahari.


So, seperti biasa... Hujung minggu dihabiskan dengan kemas rumah... Cuci peti sejuk dan freezer. Cuci bilik air. Haha... Lepas lunch hour. Melingkar depan tv. Konon nak layan cerita hindi. Hari ni punya cerita berjudul I am singh. Not bad ler citer dia... Alia pulak. Bermain dengan segala benda termasuklah remote tv.

Hajat di hati... Petang ni lepas habis tengok cerita hindi. Kalau rajin nak buat cucur pisang tanduk. Buat juadah minum petang... Maka. Padatlah time table untuk sabtu punya hari. Haha...

Ahad pulak tak tau lagi. Nak buat apa. Sabo jelah ^_~.



Assalamu'alaikum... Kini negara kita mengalami jerebu. Walaupun indek udara di Sarawak tidak seteruk di Johor atau tempat-tempat ...



Assalamu'alaikum...
Kini negara kita mengalami jerebu. Walaupun indek udara di Sarawak tidak seteruk di Johor atau tempat-tempat lain. Tempias jerebu itu tetap dirasai terutamanya mata. Mudah sangat nak pedih bila berada di luar rumah.

Semalam tengok berita, kerana indek udara yang teruk... Terdapat beberapa buah sekolah telah ditutup. Satu tindakan yang wajar aku kira.

Teringat aku dengan Sarawak suatu ketika dulu, tak silap around tahun 1997... Sarawak diisytiharkan darurat kerana kualiti udara masa tu memang teruk. Kat kampung aku... Sunyi sepi jalan. Takde sangat orang nak keluar rumah masa tu. Memang terasa giler kesunyiannya... Sehinggalah kualiti udara dikatakan baik.... Barulah back to normal ^_^.

Hurmmm... Harap-harap keadaan jerebu di negara kita pulih dengan cepat ye. Almaklumlah... Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Apa-apa pun bersama-samalah kita beringat agar kurangkan aktiviti di luar rumah, banyak minum air kosong dan kalau boleh mandi 3 kali sehari. hikhikk...

Bicara Hati : Harap-harap jerebu melanda negara akan pulih dengan cepat.


Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Semalam plan nak buat cucur campur. Kenapa cucur campur ... Sebab dalamnya ada campuran jag...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Semalam plan nak buat cucur campur. Kenapa cucur campur... Sebab dalamnya ada campuran jagung, kentang, carrot, bawang merah dan ikan bilis. Sedikit garam diperlukan. Favourate Alia. Hehe...


Bagi aku... Ia jugak sesuai untuk siapa-siapa yang hadapi masalah anak pinky eater. Pinky eater bermaksud cerewet dalam hal makanan. Tak silap aku... Pernah disiarkan dalam majalah Pa&Ma pasal info mengenai pinky eater. Tapi tak ingat keluaran ke berapa. Paling parah... Tak nak makan lansung. Alia takdela sampai macam tu. Tapi... Cerewetla jugak. Dah pandai memilih... Namun still suka makan. Cuma tu jelah kena variasikan hidangan. Lagi satu... Jangan paksa mereka makan. Kalau aku. Kalau Alia dah tak nak makan sampai 1/2 lagi hidangan. Terpaksa ler buang. Tapi... Akan makan lagi selang beberapa jam.

Bukan senang nak membesarkan anak kan... Tu baru part makan, belum lagi hal lain ^_*. Kalau tak penyabar memang stress dibuatnya. Haha...


Assalamu'alaikum... Cantik kan... Kawan bagi. Ole-ole time dia buat umrah haritu. Bulan berapa dia bagi. Entah! Dah tak ingat...



Assalamu'alaikum...


Cantik kan... Kawan bagi. Ole-ole time dia buat umrah haritu. Bulan berapa dia bagi. Entah! Dah tak ingat dah. Haritu simpan dalam bekas. Pagi tadi... Time berkemas. Tetiba jatuh. Idea datang untuk update blog. Sebagai ingatan Alia di hari mendatang... Di atas pemberian orang.

Aku tak bagi pun Alia pakai. Takut nanti tertelan buah rantai berbentuk kaabah tu. Budak kecik bukannya tahu bahaya. Yang mereka tau... Semua nak dimasukkan ke mulut.

Hurmmm... Kawan dah merasa dah menjejakkan kaki ke Mekah. Bila pulak giliran aku?... Niat dan angan-angan jer lebih. Usaha nak menabung kurang. Hakhak...


Assalamu'alaikum... Tengahari tadi sempat tengok berita tv3. Terkejut jugak dengar tarikh pembentangan bajet 2014  telah diwar-war...



Assalamu'alaikum...
Tengahari tadi sempat tengok berita tv3. Terkejut jugak dengar tarikh pembentangan bajet 2014 telah diwar-warkan. Awal sungguh diumumkan bila tarikhnya. Tapi... Kira oklah kan. Nak kena buat reminder ni. Nanti terlupa pulak nak download bajet 2014. Penting tu...

Tapi... Macam tak percaya jer. Dek kerana tak puas hati. ke... Aku salah dengar. Try ler google balik. Ada... Terkini mengenai bajet 2014. 

Putrajaya : Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.-Petikan artikel di hmetro.com.my.


Sahlah apa yang aku dengar. Yelah... Kang buat cerita tanpa bukti. Bohong namanya. Apa-apa pun semoga intipati bajet 2014 akan membawa kebaikan kepada semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama sekalipun.


Assalamu'alaikum... Sekarang... Alia dah genap setahun 4 bulan . Rambut pun dah boleh ikat. Rambut Alia tak gunting lagi. Sayang!...



Assalamu'alaikum...
Sekarang... Alia dah genap setahun 4 bulan. Rambut pun dah boleh ikat. Rambut Alia tak gunting lagi. Sayang! Kata ayahnya ^_^.


Actually, rambut Alia kerinting. Ambik ayah dia kot. Sebab... Ayah dia kata dulu time kat u pernah simpan rambut panjang paras bahu sekali. Memang curly katanya. Hehe... Anak ayah!

Tapi... Alia tak macam budak lain. Paling lama pun 1/2 jam jer... Nampak cantik rambut tu. Lepas tu... Dia dah tarik dah. Sure!


Assalamu'alaikum... Tulah masalahnya... Bila dah start main game. Memang terjebak terus selagi tak mencapai target. Sebab tu... A...



Assalamu'alaikum...
Tulah masalahnya... Bila dah start main game. Memang terjebak terus selagi tak mencapai target. Sebab tu... Antara sebab musabab aku tak main game adalah takut untuk ketagih. Haha... Tapi terjerat jugak akhirnya ●_●.

Aku terjerat main candy crush pun time kenduri kawin adik aku. Adik pompuan aku kemain lagi main. Sambil suap anak dia makan pun sempat main. Haha... Yolah tu! Aku tengok dia main. Macam best. Apalagi... Download dan main. Fuh! Memang ketagih dibuatnya. Tapi... Sedih. Right now, aku still stuck di level 32. Huwaaa... Tapi. Aku ada tip. Kalau nak dapatkan lives candy crush saga tanpa connect FB, just tukar je jam di handphone atau laptop 2 jam kehadapan. Confirm! Dapat lives balik untuk terus bermain. Hehe...

Orait! Tu je...


Assalamu'alaikum... Sambungan episod 15 ... Kali ni 3 episod sekaligus aku share. Part paling best jer. Aku ambik. Haha... Apabil...



Assalamu'alaikum...
Sambungan episod 15... Kali ni 3 episod sekaligus aku share. Part paling best jer. Aku ambik. Haha... Apabila Ehsan melamar Iffa. Iffa tidak terus bersetuju... Sebaliknya mintak diberi masa untuk berfikir.


Disinilah... Orang gaji Ehsan, makcik Hanim memainkan peranan sehinggalah Iffa bersetuju. Manakala Ayu dan kak longnya mula menyusun niat buruk untuk menghancurkan Iffa agar tak jadi kawin. Tapi sayang. Niat jahat mereka tak menjadi.

Si Nurlisa pulak datang ke rumah dan memarahi Iffa kerana telah merampas Ehsan dari dia. Sian sungguh Iffa... Macam-macam masalah timbul. Nampaknya jalan ceritanya makin best... Bagi akulah. Tak sabar nak tengok episod 19 teduhan kasih malam ni. Huhu...

Assalamu'alaikum... Haha... Aku bukan nak bercerita pasal zaman dahulu atau nak ulas kartun pada zaman dahulu ciptaan Les' Co...



Assalamu'alaikum...
Haha... Aku bukan nak bercerita pasal zaman dahulu atau nak ulas kartun pada zaman dahulu ciptaan Les' Copaque. Eh! Betul ke ejaan aku. Tak kisah ler...


Tapi nak bercerita pasal budak kecik ni haa... Bukan Upin Ipin jer dia layan. Canimals dan pada zaman dahulu pun dia layan. Pernahlah... Sekali aku bukak channel tv9 tak silap kartun Ditektif Conan tengah bersiaran. Hai... Tak kisah lansung. Tak berminat pulak dia... Reti memilih pulak! Sabo jelah... Karenah anak-anak.


Assalamu'alaikum... Aku adalah pengguna setia google. Rasanya since 2007. Bagi aku... Google bukan jer user friendly. Tapi... Ak...



Assalamu'alaikum...
Aku adalah pengguna setia google. Rasanya since 2007. Bagi aku... Google bukan jer user friendly. Tapi... Aku suka akan logo google yang sentiasa berubah-ubah mengikut calender event. Satu Reminder buat aku.

Contohnya hari ni... Fathers day.
Kelihatan logo hari bapa 2013 tak kurang hebatnya. Kan!


Apa-apa pun selamat menyambut hari bapa buat hubby, ayah dan bapa mertua. Tak lupa jugak buat mereka yang bergelar bapa di alam maya. Semoga kalian terus menjadi bapa yang bertanggungjawab. Sesungguhnya isteri dan anak amanah dari Allah. Jagalah amanah itu dengan penuh kasih sayang.

Wallahu'alam...


Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Bila tengok Alia tidur. Sejuk jer mata memandang. Alia tidur punyalah lena walaupun pampers...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Bila tengok Alia tidur. Sejuk jer mata memandang. Alia tidur punyalah lena walaupun pampersnya basah.

Tapi... Masalahnya, Walaupun tak nangis. Dia pasti tak selesa tidur. Dia akan himpit aku sampailah aku bangun. Bila dah sedar tu... Seperti biasa. Sebab tak nangis... Aku try check pampers. Confirm! Perkara pertama akan aku buat adalah tukar pampers. Dah tahu sangat dah perangai Alia. Kalau nangis... Susu adalah penyelesaiannya... Kalau tak pun panas! Biasalah budak. Tu adalah antara masalah atau tanda mengapa bayi atau kanak-kanak menangis.

Lepas tukar pampers. Alia kuranglah nak himpit aku. Tapi... Masalahnya aku. Kalau dah bangun tu. Susah nak tidur balik. Take time tau! Apa akan aku buat... Bukak handphone... Online tengah-tengah malam buta. Kalau tak pun main game. Sekarang aku dah ketagih main candy crush saga lah pulak. Kata tak suka game. Tapi main... Terpikat dan terjebak sebenarnya. Haha... Cakap tak serupa bikin. Tulah manusia. Kekadang boleh berubah. Akulah tu...


Game kat FB memang aku tak layan. Aku install candy crush saga di handphone. Walaupun perlu connect ke FB bila game over. Namun... Tak connect pun takpe... Bagaimana nak dapatkan more lives candy crush tanpa connect FB?... Aku ada caranya. Nanti aku akan kongsikan di lain entri okeh! InsyaAllah ^_^.

Bicara Hati : Game tak boleh start. Kalau dah start memang terjebak. Lagi satu... Baru main dah tunjuk lagak. Padahal adik yang bagi hint main candy crush tanpa connect FB. Bhaha!


Assalamu'alaikum... Sejak slot akasia teduhan kasih diwar-warkan seterusnya ditayangkan pada 15 Mei 2013... Banyak betul carian d...



Assalamu'alaikum...
Sejak slot akasia teduhan kasih diwar-warkan seterusnya ditayangkan pada 15 Mei 2013... Banyak betul carian di blog aku mengenai kata kunci berikut :-
  1. Sinopsis Teduhan Kasih
  2. Tonton Teduhan Kasih
  3. Promo Teduhan Kasih
  4. Part Paling best Teduhan Kasih
  5. From time to time Teduhan Kasih dan sebagainya.
Alhamdulillah... Bila aku updated pasal teduhan kasih... Banyak traffik masuk. Dalam sehari bolehlah dapat 300-400 UV. Walaupun tak sebanyak blogger famous dapat. Namun... Aku tetap happy berblogging. Sekurang-kurangnya ada jugak yang sudi baca penulisan aku yang tak seberapa ni yer. 

hot keywords, kata kunci terkini paling hot, kata kunci paling dicari,

Nampaknya ramai yang dah terpikat tengok teduhan kasih. Haha... En. Hussien pun sekarang dok layan jugak ^_^.

Simbolik cerita : Bukan nak menunjuk. Lagi-lagi dengan traffik yang ciput. Just nak shared tentang kata kunci yang tengah hangat terkini.


Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Merasa jugak aku keropok lekor Terengganu asli. Bukan keropok lekor je... keropok yang kerin...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Merasa jugak aku keropok lekor Terengganu asli. Bukan keropok lekor je... keropok yang kering pun ada. Kawan bagi... Biasa... Cuti sekolah. Bila balik Semenanjung. Macam-macam pesanan penaja. Haha...


Hari tu nak kirim dengan adik ipar. Tapi... Sian pulak nak mencari. Perlis tu. Nak ke Terengganu... Mesti jauhkan. Nasib baik ada kawan balik Kelantan. Apalagi... Kirim lah beli keropok lekor. Sekali... Petang Isnin, dia hantar dan sedekah jer. Allah! Rezeki murah... Hehe.

Bicara Hati : Dah nak habis baru nak bercerita. Buat terliur je. Bhaha!


Assalamu'alaikum... Lagi kisah tentang dia... Siapa dia? Siapa lagi. Kalau bukan Alia... Puteri kesayangan kami. Seperti budak-bu...



Assalamu'alaikum...
Lagi kisah tentang dia... Siapa dia? Siapa lagi. Kalau bukan Alia... Puteri kesayangan kami. Seperti budak-budak lain yang dalam perkembangan fizikal dan mental... Kini... Alia semakin bijak dan mahir menggunakan tangannya.


Tengok jelah gelagat dia menutup botol susunya. Mahir dah... Sekarang. Lepas habis menyusu dia akan tutup botol susu tu dengan penutupnya. Kekadang reti pulak letak atas meja ( meja kat quarters guru ni rendah... Kalau Alia berjengket... Memang dapat capai ) Lucu jer tengok. Hehe... Bak kata ayah Alia... Kena train dari kecik barulah jadi budak berdisiplin...

Haha... Yelah tu!

Bicara Hati : Kata-kata umpama doa. Semoga Alia menjadi anak yang bijak ^_^.


Assalamu'alaikum... Tengok tajuk... Memang ketinggalan. Orang lain dah lama guna whatsapp. Aku baru dua hari lepas try download. ...



Assalamu'alaikum...
Tengok tajuk... Memang ketinggalan. Orang lain dah lama guna whatsapp. Aku baru dua hari lepas try download. Apa kes?


Lepas download dan install... Aku try whatsapp adik aku. Huhu... Lagi best kalau nak dibandingkan dengan sms biasa kita guna. Mudah dan pantas. Tapi... Sayang! Orang yang kita nak whatsapp kena ada whatsapp dan line internet jugak kalau tak silap aku. Kalau tak... Mana mungkin boleh guna. Tapi... Sekarang untuk family aku kira oklah... Sebab rata-rata guna android. Alhamdulillah!

Bicara Hati : Haha... Kejakunan sungguh ^_^.


Assalamu'alaikum... Semalam punya cerita... Dok tengok buku PSS baru sampai. Hubby sedang kemas Pusat Sumber Sekolah. Hehe......



Assalamu'alaikum...


Semalam punya cerita... Dok tengok buku PSS baru sampai. Hubby sedang kemas Pusat Sumber Sekolah. Hehe... Tetiba aku tertarik dengan satu kamus dwibahasa yang aku kira cukup menarik dan padat. Memang sesuai sangat la untuk pelajar tahap 1 yang sememangnya lebih tertarik kepada bahan belajar berbentuk gambar. Bahasa pun senang dan mudah untuk difahami.

Ok... Berikut adalah sedikit info mengenai kamus dwibahasa bergambar yang menarik yang aku kongsikan :-
  1. First... Murah je. Semenanjung Malaysia : RM9.95 dan Sabah & Sarawak : RM10.95... Seringgit jer beza ^_^.
  2. Mempunyai 110 mukasurat dan bersaiz kecik. Mean, bagi aku ia adalah kamus yang sangat cute.
  3. Kamus terbaru berdasarkan senarai kata KBSR tahun 1 hingga 3 yang diajar di sekolah.
Bagi aku... Kamus ni sangat menarik. Berbaloi beli untuk anak.


Assalamu'alaikum...



Assalamu'alaikum...




Assalamu'alaikum... Ambik mu... Tajuk panjang berjela. Hehe... Bukan nak riak atau menunjuk . Namun... Itulah kenyataannya di man...



Assalamu'alaikum...
Ambik mu... Tajuk panjang berjela. Hehe... Bukan nak riak atau menunjuk. Namun... Itulah kenyataannya di mana Alia jarang menghadapi masalah batuk. Rasanya sepanjang tempoh umur Alia setahun 3 bulan cuma sekali jer batuk. Tu pun tak lama... 2 hari jer.

Apa yang aku amalkan ialah :-

Bagi anak banyak minum air suam. Cara aku... Selalu letak air kosong dalam bekas atas meja. Alia dah reti ambik sendiri ^_^.

Mandikan 3 kali sehari supaya panas badan keluar.

Waktu tidur malam... Aku akan sapukan vick khas untuk kanak-kanak di belakang badan Alia antara jam 1 hingga 3 pagi.

Satu lagi... Bagi anak mandi pada waktu yang sesuai iaitu 8 pagi, selepas zuhur dan sebelum 7 malam. Kalau dah pukul 7 tu... Aku akan bagi Alia mandi air suam.

Tu antara tip yang aku amalkan. Alhamdulillah... Alia sihat tanpa batuk. Moga tip yang aku kongsikan berguna buat kita semua.



Assalamu'alaikum... Seperti biasa... Selepas menonton, sedikit cerita aku kongsikan. Kali ni sambungan cerita   episod 14 teduhan...



Assalamu'alaikum...
Seperti biasa... Selepas menonton, sedikit cerita aku kongsikan. Kali ni sambungan cerita   episod 14 teduhan kasih di mana Iffa telah keluar dari rumah ibu tirinya... Dan Ehsan sudah setia menunggu untuk menjemput Iffa dan Adam.


Sebelum balik ke rumah... Ehsan bawak Iffa dan Adam membeli belah di shopping komplek. Terserempak pulak dengan Ayu dan Rizal. Apalagi Ayu... Berabis sakit hati dia melihat Iffa dengan Ehsan. Tak cukup dalam kereta... Sampai rumah pun still marah. Dashyat sungguh.

Ayu mulalah report dengan kakak tiri Iffa. Apalagi... Kakak tiri Iffa pulak bercerita dengan ibunya. Mereka memang suka tengok Iffa hidup susah sebenarnya.

Kemuncak episod 15 teduhan kasih berakhir apabila kakak tiri Iffa menelefon Iffa. Nak cakap dengan Iffa sebaliknya... Ehsan yang sambut. Wah! Ehsan siap cakap nak kawin dengan Iffa lagi tu... Huhu. Marah sungguh kakak tiri Iffa dibuatnya.

Setelah berhenti berbual dengan kakak tiri Iffa. Ehsan juga turut mengajak Iffa kawin. Iffa terdiam tanpa kata. Apakah berlaku selanjutnya... Kenalah tengok episod 16 teduhan kasih malam ni. Hehe...

Nota Kaki : Aku terjebak menonton teduhan kasihlah pulak... Sekarang.


Assalamu'alaikum... First words yang keluar dari mulut mak bila dengar adik aku nak hantar sendiri isteri dia balik... Drive send...



Assalamu'alaikum...
First words yang keluar dari mulut mak bila dengar adik aku nak hantar sendiri isteri dia balik... Drive sendiri. First time tu bawak kereta ke Kuching. Kami semua tak berapa confident. Yela... First jauh. Second... Tempat nak pergi bandar. Risau dibuatnya. Biasa tumpang van sapu jer. Keta tak bawak...

Kalau tak bawak... Sampai bila tak belajar kan. Nanti sapa nak ambik kat airport. Alhamdulillah... Berkat sabar bawak keta slow-slow... Akhirnya sampai jugak ke Kuching hari Rabu dan alhamdulillah... Semalam selamat sampai ke rumah. GPS kan ada. Hehe... Siap tempah hotel tu di Damai Beach Resort, Kuching. Apalagi... Abang long. Lega ler... Kalau tak risau memanjang. Lepas ni... Tak ler risau lagi. Dah boleh bawak keta ke bandarlah nampaknya.

Pada aku... Berhati-hati dan doa itu penting. Sama-samalah kita beringat untuk mengamalkan doa naik kenderaan. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah.


Rumah dah start sunyi... Selepas sorang... Sorang balik. Kami 3 beranak pun dah balik sekolah di Belaga, Bintulu. Tinggal adik aku yang tengah tunggu konvo dan yang sedang bercuti jer di rumah dengan mak ayah aku.


Assalamu'alaikum... Ni sambungan cerita aku untuk episod 13 teduhan kasih . Dalam episod 13... Kisahnya berakhir time Ayu terlang...



Assalamu'alaikum...
Ni sambungan cerita aku untuk episod 13 teduhan kasih. Dalam episod 13... Kisahnya berakhir time Ayu terlanggar Ehsan. Masa tu Ehsan nak keluar makan dengan kawan sepejabatnya.


Manakala Iffa pulak masih di rumah ibu tirinya. Kehidupannya di rumah ibu tirinya still sama. Masih diperlakukan seperti hamba abdi. Sian Iffa. Satu saat pulak Ehsan menelefon Iffa. Rindu dengan Adam katanya. Apalagi... Walaupun dihalang ibu tirinya. Iffa tetap keluar bawak Adam berjumpa dengan Ehsan.

Hehe... Lelaki romantik. Ehsan dah tunggu di bus stop tempat first time mereka berjumpa dan kenal. Sepanjang jalan... Ehsan ada jugaklah pujuk Iffa supaya tinggal di rumahnya. Tapi Iffa enggan sebab dia dah banyak sangat dah terhutang budi dengan Ehsan.

Sampai di rumah... Orang gaji Ehsan pulak mengadu perihal Ehsan rindukan Adam. Tak keruan dibuatnya. Dalam masa yang sama... Ayu dan kakak tiri Iffa dok sibuk nak buat makan-makan kat rumah... Kononnya nak sakitkan hati Iffa. Malangnya Iffa takde kat rumah.

Balik jer rumah... Iffa kena maki dengan mak dan kakak tirinya. Dek kerana dah tak tahan Iffa menelefon Ehsan lalu meminta izin untuk tinggal di rumahnya. Ehsan bersetuju dan episod 14 berakhir apabila Iffa membawa Adam keluar dari rumah ibu tirinya. Hanya Ijat, adik tirinya melihat Iffa keluar dari rumah. Apakah yang berlaku seterusnya... Kenalah tonton teduhan kasih episod 15 dulu malam ni... Baru boleh cerita. Hehe...


Assalamu'alaikum... Semalam setengah hari kami 3 beranak atas jalan. Misi balik ke sekolah atas sebab cuti dah habis... Hehe... B...



Assalamu'alaikum...
Semalam setengah hari kami 3 beranak atas jalan. Misi balik ke sekolah atas sebab cuti dah habis... Hehe... Berumah dalam kereta ler jawabnya. 8 jam perjalanan sepatutnya... Tapi telah menjadi 10 jam. Semuanya gara-gara ada excident 2 buah lori gudang makanan. Berlaku di Jalan Sarikei... Sesak hampir 1 jam tau. Mana taknya... Orang yang tinggal area tu ambik kesempatan pulak aku tengok... Kutip makanan. Hai... Boring betul menunggu.

Lepas tu... Biasa ler bawak budak kecik mesti banyak karenah... Beraklah... Tak selesalah. Tapi... Sempat jugak Alia tidur. Ni time tunggu ayah dia pergi sembahyang. Sempat jugak aku capture gambar. Baju baru nenek bagi... Oleh-Oleh pergi semenanjung hari tu. Beli di Thailand katanya.


Ted dia pun baring sama. Haha...

Around 7 malam baru sampai Bintulu. Bermalam di hotel. Hari ni pulak akan mulakan misi terakhir balik ke sekolah. Tengah hari kot.

Sekian. Cerita pendek aku pagi ni...


Assalamu'alaikum... Aku ingatkan Alia takut dengan neneknya. Rupanya tidak. Almaklumlah... Lama dah tak tengok. Ternyata sangkaan...



Assalamu'alaikum...
Aku ingatkan Alia takut dengan neneknya. Rupanya tidak. Almaklumlah... Lama dah tak tengok. Ternyata sangkaan ku silap. Syukurlah dia tak takut lagi dah.


Hari tu... Masa balik cuti bulan 3. Tengok jer muka nenek dia terus nangis.

Dengan mak mertua aku pulak. Tak takut tapi ambik masa baru boleh pegang. Mungkin disebabkan jarang berjumpa kot. Balik pun... Sekejap-sekejap. Mana taknya takut. Biasalah budak. Nanti dah besar... Takde dah nak takut lagi kan...



Assalamu'alaikum... Bercakap pasal senam. Aku rasa... Akulah manusia paling malas nak bersenam . Walaupun dulu time mengandungkan...



Assalamu'alaikum...
Bercakap pasal senam. Aku rasa... Akulah manusia paling malas nak bersenam. Walaupun dulu time mengandungkan Alia. Tak pernah pun terfikir pasal nak bersenam. Yang aku fikir... Rasa penat, malas dan nak tidur jer keja.


Aku ada terbaca... Dalam majalah Pa&Ma. Sebenarnya bersenam bagus untuk ibu mengandung. So, dikesempatan ini... Chehhh! Aku nak gak buat catatan pasal tip bersenam ketika hamil. Nanti bolehlah dipraktikkan untuk second baby if ada rezeki. Heee... Kena buang sikap malas bersenam ni sebenarnya.

So... Berikut adalah antara 5 tip bersenam semasa hamil.
  1. Berjalan, meregangkan badan dan mengangkat benda ringan bagi membantu mengeluarkan peluh.
  2. Elakkan aktiviti yang boleh membuatkan diri tidak seimbang.
  3. Hentikan senaman if mengalami sebarang masalah kesihatan seperti pening, sesak nafas, berdebar-debar atau sebagainya. 
  4. Mulakan sesi senaman selama 15 minit sebanyak 3 kali seminggu. Tingkatkan tempoh bersenam beransur-ansur agar tidak mudah letih.
  5. Paling penting minum banyak air kosong untuk mencegah penghidratan. Mean, dalam erti kata lain untuk mencegah kekurangan air dalam badan.
Tu antara 5 tip bersenam time pregnant yang pernah aku baca. Semoga ia menjadi satu info berguna buat kita semua.

Sekian. Wassalam...



Assalamu'alaikum... Seminggu berada di kampung... Aku macam orang dah ada anak 10 dibuat Alia. Riuh serumah... Galak sungguh Alia...



Assalamu'alaikum...
Seminggu berada di kampung... Aku macam orang dah ada anak 10 dibuat Alia. Riuh serumah... Galak sungguh Alia bila bertemu sedara sebaya. Tak reti nak duduk. Tidur siang lagilah... Totally kurang ~_*.


Dahlah tu... Tengok tv kemain dekat lagi. Almari tv rumah kat kampung rendah... Apalagi Alia. Untuk dapatkan kepuasan menonton tahap maksima tanpa gangguan orang lain. Kemain lagi... Tercegat depan tv seperti nak conquer jer aku tengok. Bijak sungguh ^_^. Kalau lama berperangai gitu... Mahunya rabun. Naik risau dibuatnya tau. Macam-macam ragam sungguh si Alia sekarang weiii...


Assalamu'alaikum... Hari ni dah masuk 6 Jun 2013. Maka genaplah 3 tahun aku bergelar isteri Encik Hussien Bin Jaya. Lagi 20 har...



Assalamu'alaikum...
Hari ni dah masuk 6 Jun 2013. Maka genaplah 3 tahun aku bergelar isteri Encik Hussien Bin Jaya. Lagi 20 hari aku akan sambut ulangtahun kelahiran pulak... Very special month for me. Heee...

Alhamdulillah... Tak terasa dah 3 tahun berlalu. Begitu pantas masa berlari kan. Semenjak bergelar isteri orang. Banyak benda yang aku pelajari. Terutamanya sikap lebih berjimat cermat. Kalau dulu... Aku boleh dikategorikan boros jugaklah. Tapi... Bila dah berteman. Aku lebih bersikap berjimat cermat. Aku rasa itu perlu. Lebih-lebih lagi bila ada anak. Harus pandai uruskan wang Taklah baru tengah bulan dan sengkek.

Apa-apa pun... Harapan aku. Semoga ikatan perkahwinan kami kekal hingga hujung nyawa. Amin...

Takde yang lebih bermakna selain saling cinta-mencintai antara satu sama lain. Kini... Kami semakin bahagia dengan hadirnya seorang cahaya mata bergelar anak. Kami sangat sayang akan Nur Qalesya Alia yang bermaksud Cahaya yang tinggi. 


Assalamu'alaikum... sana-sini dok heboh bercakap pasal assignjobs.com.  Apalagi... Dengan sifat minah kepo nak tahu segala info t...



Assalamu'alaikum...
sana-sini dok heboh bercakap pasal assignjobs.com. Apalagi... Dengan sifat minah kepo nak tahu segala info terbaru... Terjahler jugak laman www.assignjobs.com


Pada aku... Menurut kefahaman aku. Ia adalah platform buat kerja yang ditawarkan dan akan dibayar. Contohnya promote laman assignjobs akan dapat RM1.00 sebagai contoh. Hehe... Berminat! Try ler terjah. Dah ramai blogger join. 


Assalamu'alaikum... Sambungan kisah episod 12 ... Akhirnya Iffa kembali ke rumah ibu tirinya. Seperti biasa... Iffa disambut deng...



Assalamu'alaikum...
Sambungan kisah episod 12... Akhirnya Iffa kembali ke rumah ibu tirinya. Seperti biasa... Iffa disambut dengan makian Ibu dan kakak tirinya sebelum dibenarkan masuk ke dalam rumah.


Di rumah ibu tirinya... Iffa takde peluang untuk rehat. Iffa disuruh buat itu dan ini walaupun Adam menangis. Sian Adam. Manakala Ehsan pulak asyik menelefon Iffa untuk bertanyakan pasal Adam. Ehsan begitu rindukan Adam. Ehsan kembali mabuk dan club semata-mata untuk hilangkan rasa bosan.

Manakala... Ayu pulak try tipu ibu mertua dia kata keluar nak jumpa kawan dia. Kata ada kawan excident. Sebaliknya berjumpa dengan kakak tiri Iffa. Biasa dendam menguasai jiwa. Bergosip lagilah pasal Iffa. Sementara di rumah... Rizal bertanya itu dan ini ke mana Ayu pergi. Tetiba Ayu tercegat di depan pintu lalu masuk mencelah. Pandai sungguh berlakon haish!

Kemuncak teduhan kasih episod 13 berakhir apabila Ayu terlanggar Ehsan di shopping komplek seraya berkata... Begitu kacaknya Ehsan. Dalam masa yang sama. Rizal juga berada di situ. Apakah yang berlaku? kenalah tonton episod 14 teduhan kasih malam esok.  Hehe...


Assalamu'alaikum...



Assalamu'alaikum...

Oat Cookies Quakers terbaru,



Assalamu'alaikum... Sumber info adalah daripada sinar harian Pada aku... Tiada yang pelik pun. Cuma kita jarang melihat. ...



Assalamu'alaikum...

cicak, cicak berekor tiga,
Sumber info adalah daripada sinar harian

Pada aku... Tiada yang pelik pun. Cuma kita jarang melihat. Semuanya atas kuasa Allah. Manusia tak mampu untuk memikirkannya. Betapa berkuasanya Allah S.W.T kan...


Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Alia dah fleksibel sekarang. Mana-mana boleh jer tidur. Tak berbuai pun boleh. Tak kisah pun...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Alia dah fleksibel sekarang. Mana-mana boleh jer tidur. Tak berbuai pun boleh. Tak kisah pun ^_^.


Sekarang still di kampung... Dengan cuaca yang panas. Tengah hari mesti Alia tidur tak berbaju. Seksi betul kata nekwan dia. Kalau berbaju... Confirm! Tak sampai 1/2 jam dah bangun. Panas kan... Aku yang tua ni pun... Gelisah tidur dalam keadaan panas. Inikan pulak budak kecik. Mahunya tak tidur. Haha...




Assalamu'alaikum... Dalam entri sebelum ni aku pernah cerita pasal hubby belikan Alia Teddy bear time kami shopping. Sekarang t...



Assalamu'alaikum...
Dalam entri sebelum ni aku pernah cerita pasal hubby belikan Alia Teddy bear time kami shopping.

Sekarang teddy bear tu dah ada nama. Si Ted... Alia begitu sukakan si Ted. Before tidur Alia mesti cium dan bermain dengan si Ted. Tengok jelah gaya Alia tidur sambil memeluk si Ted. Tak lepas weihhh... Peluk erat!


Berbaloi ayah beli... Hehe ^_^.


Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Dapat jugak aku tonton episod 11 dan episod 12 teduhan kasih. Kisahnya still berkaitan denga...



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Dapat jugak aku tonton episod 11 dan episod 12 teduhan kasih. Kisahnya still berkaitan dengan Iffa dalam pantang. Masih lagi duduk di rumah Ehsan bertemankan orang gajinya.


Ayu dan kak long tiri Iffa masih tak puas hati dengan ke manakah menghilangnya Iffa. Mereka sungguh berdendam dengan Iffa. Sakit hati aku tengok watak Ayu tau... Berdendam sungguh orangnya.

Kemuncak episod 12 teduhan kasih malam ni berakhir dengan kisah Iffa yang telah habis tempoh berpantang... Dan ingin kembali ke rumah ibu tirinya... Apakah kesudahannya. Kenalah tonton episod 13 teduhan kasih malam esok punya ^_^.

Haha... Part penting jer aku highlight'kan dalam cerita aku. Maklumlah... Pencerita yang tak berapa nak pandai olah cerita. Bhaha...


Assalamu'alaikum... Terkejut jugak baca berita tentang kematian Allahyarham pelawak vateran S. Shamsudin pagi tadi yang dipaparka...



Assalamu'alaikum...
Terkejut jugak baca berita tentang kematian Allahyarham pelawak vateran S. Shamsudin pagi tadi yang dipaparkan dalam online news tau. Lama dah tak ikuti perkembangan artis ni.

pelawak malaysia yang terkenal, s.shamsudin meninggal dunia, gambar s.shamsudin sakit,
Sumber info adalah daripada mstar.com.my

Tak sangka beliau pergi meninggalkan kita. Apakan daya. Allah lebih menyayanginya. Al-fatihah... Buat Allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aku cukup menggemari lakonan beliau... Terutamanya apabila digandingkan dengan Allahyarham P. Ramlie dan Dato' Aziz Satar. Lawaknya memang menjadi giler... Susah nak carik galang ganti pelawak seperti mereka :'(


Assalamu'alaikum... Baru-baru ni... Kami 3 beranak pi Kuching. Biasa... Ziarah famili mertua sambil shopping. Ada sale... Gawai k...



Assalamu'alaikum...
Baru-baru ni... Kami 3 beranak pi Kuching. Biasa... Ziarah famili mertua sambil shopping. Ada sale... Gawai kan.

Nak dijadikan cerita... Pergilah shopping di Wisma Seberkas. Ingat nak shopping baju sendiri. Sekali... Banyak baju Alia yang dapat. Sale sampai 70%. Baju yang harga RM100+... Cuma 30+ jer. Apalagi... Baju jenama anakku dan Disney... 3 pasang sekaligus aku beli.

Lepas tu pulak. Sedang aku asyik pilih baju. Hubby pulak dok sibuk bawak Alia di bahagian patung. Alia apalagi capai 1 bear harga RM19.90... Dan tak nak lepas. Sampai di kaunter. Alia tak nak bagi lah pulak... Sian cashier. Terpaksa cari yang lain untuk key in harga.


Part cari barang hubby pulak. Adoi... Jenuh aku nak layan kerenah Alia yang suka sangat nak pegang dan tarik barang. Tula... Kekadang rasa malas nak pergi shopping. Alia dah cukup cerdik untuk capai barang sekeliling... Takut kang benda kaca dicapainya pecah. Percuma bayar. Pernah dulu... Botol susu jatuh. Nasib baik plastik. ^_^. Sampai 7 botol sekaligus jatuh. Apalagi sana-sini orang pandang. Malu haish!!!...


Assalamu'alaikum... Seperti biasa... Kalau keluar bandar Bintulu atau time cuti. Majalah Pa&Ma duluan aku beli untuk dibaca s...



Assalamu'alaikum...
Seperti biasa... Kalau keluar bandar Bintulu atau time cuti. Majalah Pa&Ma duluan aku beli untuk dibaca saat waktu senggang. Semenjak ada Alia ler... Aku rajin beli. Kalau tak sebelum ni. Jangan harap ler aku nak beli. Bukan rajin sangat pun baca. Haha...


Pada aku... Untuk Majalah Pa&Ma keluaran Jun. Banyak info yang menarik cuba dikongsikan. Best! Antaranya 20 makanan untuk otak. Bagi aku. Satu info menarik yang perlu kita ketahui. Kekadang kita makan jer tapi tak tahu dan tak nak ambik tahu pun pasal kebaikan atau keburukan sesuatu makanan tu right.

Selain tu jugak... Pasal teknik bersalin secara 'pukau' pun ada diselitkan. First time aku dapat tahu tau... Kononnya... Bersalin secara pukau mampu kurangkan rasa takut.

Risiko uri tersangkut pun turut dikupas... Takut aku baca weii.... Dan banyak lagi isu yang turut dimuatkan dalam Pa&Ma Jun 2013. Tak rugi beli... Hehe....

Bukan promote atau apa. Just nak berkongsi je sebenarnya tentang isi kandungan yang terdapat dalam majalah Pa&Ma keluaran Jun.  Apa-apa pun selamat malam semua ^_^.



Assalamu'alaikum... Sepertimana pernah aku cerita dalam entri before ni... This week aku memang busy sikit dengan majlis kenduri ...



Assalamu'alaikum...
Sepertimana pernah aku cerita dalam entri before ni... This week aku memang busy sikit dengan majlis kenduri kesyukuran di atas perkahwinan adik aku. That why aku tak updated pun sambungan episod 7 Teduhan kasih . Dah 3 episod dah aku ketinggalan. Episod 8. Episod 9 dan episod 10.

episod 8 teduhan kasih, episod 9 teduhan kasih, episod 10 teduhan kasih,

Tapi... Adik aku cakap kisah dalam ketiga-tiga episod tu masih lagi tentang Iffa dalam pantang tinggal di rumah Ehsan. Ayu... Kak long tiri dan mak tiri dia pulak dok sibuk mencari Iffa. Huhu... Nanti aku nak try tengok online pulak. Macam tak best dengar cerita dari orang kan... Macam tak puas.

Nak kena carik gak episod 8 hingga episod 10 teduhan kasih ni... Hehe.


Assalamu'alaikum... Beberapa hari ni... Aku jarang updated. Semuanya kerana busy nak sambut adik ipar baru. Orang jauh. Perlis. B...



Assalamu'alaikum...
Beberapa hari ni... Aku jarang updated. Semuanya kerana busy nak sambut adik ipar baru. Orang jauh. Perlis. Busy ler sangat. Busy ke hulu ke hilir kejar Alia adalah.

Kalau entri sebelumnya aku ada capture pelamin kami buat... Pelamin simple jer. Yang ni fasa separa siap. Tengok jelah anak buah aku. Mereka rasmi dulu. Dok sibuk mengacau haishh...

Simple giler pelamin kami buat. Menjadik jugak rupanya.



Hadoiii... Tak larat haishh nak updated pepanjang... Layan gambar jelah yer ^_~.