27 May 2013

Tragedi Di Hari Perkahwinan



Assalamu'alaikum...
Fuh! Baru berkesempatan updated blog. Semalam lansung tak updated. Separuh hari atas jalan... Dari Spaoh ke Kuching. Hajat di hati ingin menziarahi mak mertua tersayang sambil-sambil jalan-jalan carik makan. Tapi tak lama... 29hb ni balik kampung lagi. Kenduri kawin adik aku.


Bercakap pasal kenduri kawin. Biasalah cuti-cuti ni ramai yang ambik kesempatan buat kenduri kawin kan. Tapi tak sangka ek. Dalam kemeriahan pasti ada duka. Sedih gak baca kisah kanak-kanak umur setahun 6 bulan yang dipaparkan di harian metro. Dalam sedang bersama ibu dan bapanya menjamu selera tu. Tetiba sebuah kereta penjenayah yang dikejar polis terbabas lalu merempuh khemah majlis kenduri kawin di kampung kopisan. Malang tak berbau... Telah merempuh 3 beranak dan menyebabkan kanak-kanak tersebut meninggal. Sian betul kan :'(.

Siapa sangka kan...

Semoga majlis kami nanti berjalan dengan lancar hendaknya.


No comments:

Post a Comment