Assalamu'alaikum... Aku... Kalau part pilih gincu memang tak reti . Main bantai je. Ikut hati. Bila berkenan, terus beli. Tak fik...

Tips Pilih Gincu Coklat

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...
Aku... Kalau part pilih gincu memang tak reti. Main bantai je. Ikut hati. Bila berkenan, terus beli. Tak fikir pun sesuai atau tidak. Ada tak alami situasi sebegini? Sila jangan ikut okeh ^_*.


Haha... Aku rasa tak ramai yang buat begitu. Terutamanya yang pentingkan kecantikan. Mesti pilih gincu yang terbaik ikut warna kulit kan... Betul tak?

Baru-baru ni... Aku adalah terbaca kat majalah mingguan wanita pasal tip memilih gincu warna coklat berdasarkan warna kulit. Aku rasa tip ni bagus untuk dikongsikan. Dan... As a guideline untuk aku membeli gincu coklat di masa akan datang. Aku cukup suka warna coklat karamel. Natural jer nampak. Maklumlah... Aku bukanlah jenis yang suka pakai gincu. Sebatang gincu pun hampir setahun aku pakai. Aku lebih senang guna lipgloss. Simple!



Orait! Berbalik kepada point utama cerita aku... Berikut adalah tip bagaimana nak pilih gincu berwarna coklat yang aku maksudkan :-

  1. Bagi yang berkulit cerah... Coklat muda dengan sedikit rona merah jambu akan menampakkan si pemakai kelihatan ceria. Bagi yang nak kelihatan natural, warna coklat jernih dikatakan sesuai dan seandainya mahu kelihatan matang dan meyerlah... Warna sesuai untuk pilihan adalah warna coklat tua.
  2. Bagi yang berkulit sawo matang pula... Warna yang dikatakan mampu menampakkan warna kulit lebih menonjol adalah warna coklat tua. Manakala warna coklat kopi pula dikatakan akan memberi kesan eksotik. Manakala coklat karamel pula sesuai bagi yang mahu kelihatan natural.
  3. Last... Bagi yang berkulit hitam manis, warna gincu coklat yang sesuai agar kelihatan menarik dan seksi adalah warna coklat gelap dengan sentuhan sedikit merah jambu atau warna coklat muda.
So, lepas ni bolehlah try this tip. Namun, bagi aku... Hakikatnya ia hanyalah cadangan. Selebihnya hak memilih di tangan kita. Kita yang nak guna. So, kita sendiri pasti tahu apa yang sesuai untuk kita.

Semoga tip ini memberi manfaat terutamanya kepada penggemar gincu berwarna coklat ^_^.

Sekian. Wassalam...




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: