Back to Top

12 May 2013

Telur Goreng Bersambal Paling Mudah



Assalamu'alaikum...
Kata dilanda kemalasan. Tapi... Hakikatnya mana boleh malas bila ada suami. Kena masak gak walaupun hanya telur goreng sambal mudah.

Hubby dah bagi green light dah... Hari ni masak sajian biasa-biasa jer. Katanya nak bagi aku rehat. Hubby bukanlah jenis orang yang cerewet pasal makan. Alhamdulillah!

So, antara lauk paling mudah selain ikan goreng dan sayur kucai ialah telur goreng bersambal. Senang jer nak buat. Haha... Telur goreng. Semua orang boleh buat. Tu pun nak kongsi kat blog jugak. Nak buat macam mana... Dah minat ^_^. Ni haaa resepi telur goreng bersambal.


Bahan:
4 biji telur goreng bak mata lembu
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 sudu besar sos cili
Sedikit cili hijau dan merah
Sedikit tomato... Biasa aku letak dua biji jer

Cara membuat :
Goreng telur dan letak dalam pinggan.
Kemudian... Tumis bawang besar, bawang putih dan sos cili hingga baunya naik.
Then... Masukkan cili dan tomato... Gaulkan sehingga sebati. Lepas tu... Tuangkan ke atas telur. Dah siap!

Senang kan?.


No comments:

Post a Comment