Back to Top

14 May 2013

Sayur Popular Di Sarawak



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Akhirnya tercapai jugak cita-cita nak beli sayur midin Lama dah tak makan. Rasanya dah dekat 6 bulan kot. Lagipun di Sungai Asap ni susah nak dapat. Sayur ni mahal tau... Seikat kecik jer boleh mencecah RM2.50.


Yelah... Sayur ni sayur hutan. Sayur yang tak perlu di tanam. Tumbuh melata di tepi hutan. Susah nak dapat. Tapi... Sayur ni cepat tumbuh ^_^. Dulu... Masa kecik-kecik suka ikut nenek atau mak carik kat hutan... Seronok!

Sayur ni sedap. Kalau masak tumis, midin masak lemak... Mahunya tak toleh makan... Haha. Tipu betul. Tapi memang sedap arr kalau masak lemak. Masak campur sardin ikan ayam brand pun sedap.

Dengar citer sepinggan sayur ni kat hotel. Mahal! Tapi tak tau ler berapa. Hari tu menginap kat Rajah Court Hotel, Kuching... Tak terfikir nak order sayur midin. Huhu... Lain kali. InsyaAllah, kalau berkesempatan menginap lagi di hotel area kuching. Aku mesti order. Nak gak tahu harganya.



2 comments: