Assalamu'alaikum... Selamat pagi. Baru sekarang berkesempatan baca online news. Baca pulak satu kisah berlaku di negara China. Na...

Rasa Nak Muntah Bila Baca

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...
Selamat pagi. Baru sekarang berkesempatan baca online news. Baca pulak satu kisah berlaku di negara China. Nasib baik dah breakfast!

Ru'ian (China): Seorang pelajar sekolah menengah menemui kepala tikus dalam hidangan nasi gorengnya ketika sarapan di kantin sekolah kelmarin.Penemuan itu menjadi sensasi apabial foto kepala haiwan itu dimuat naik di laman blog mikro Weibo.

Kebanyakan pengguna Internet negara itu menyatakan rasa terkejut ekoran penemuan menjijikkan itu. Dikatakan kepala tikus itu sebesar saiz jari kelingking orang dewasa.Pengetua Sekolah Menengah Rui Xiang, Weng Heng Xuan memberitahu Beijing Times apabila pihak berkuasa datang untuk melakukan pemeriksaan di sekolah itu pada 7 Mei lalu, mereka menemui rahang daripada seekor tikus bersaiz besar yang kelihatan seperti sudah dipanggang. 

Pihak berkuasa telah merampas sejumlah cendawan kering dan nasi pulut dari sekolah itu untuk siasatan lanjut.Pegawai keselamatan makanan memberitahu wartawan kepala tikus itu ditemui bersama cendawan kering yang dipesan kantin sekolah daripada pembekal. Dia juga memberitahu menemui tulang dalam bungkusan cendawan kering, tetapi tidak dapat memastikan jenis haiwan berkenaan. - AsiaOne... Petikan dari harian Metro

Rasa nak termuntah bila bayangkan ada tikus dalam nasi goreng. Pada aku ia jadi pengajaran buat kita terutamanya dalam menyediakan makanan. Besar impaknya tau kalau kita tak berhati-hati dalam menyediakan makanan. Tengoklah... Kan Dah Kena ^_^.




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: