25 May 2013

Menariknya Di Kampung



Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Tepat 7:30 malam. Baru sampai rumah. Pukul 10 dari Bintulu tau gara-gara singgah di shopping komplek... Fuh! Penat giler. Tapi sampai kampung. Penat hilang bila berkumpul ramai-ramai. Ada saja nak disembangkan. Alia pun tumpang sekaki. Pukul 1 baru tido siotttt... Mana tak nyer, 2 kali tido sepanjang perjalanan tau. Takde yang menarik sangat pun kat kampung. Cuma... kumpul ramai-ramai tu yang menyeronokkan. Hehe...

Sepanjang perjalanan Alia takde meragam sangat dan jadi budak baik. Apa tipnya. Jangan tanya aku. Haha... Takdelah... Bagi aku. Cara aku... Nak bawa bayi atau budak dalam perjalanan jauh. Aku dah download siap-siap abc songs for baby... Biasa, beberapa video Upin Ipin, Baby songs, lawak-lawak baby... Dan jugak sedikit mainan untuk curi perhatian dia. So, automatik Alia akan leka. Sila jangan ikut okeh!

Selain tu jugak... Selang 3 atau 4 jam. Aku akan bagi Alia minum atau makan snek. Heeee.... Jadi tak sempat ler dia nak meragam. Sebabnye... Perut baby atau kanak-kanak akan kembali kosong atau hilang kenyang around 2 jam. Tak silap aku info ni pernah aku baca dalam majalah Pa&Ma.

Cuma... 2 jam before sampai kampung. Dah ler Alia tido. Hujan lebat giler. Ayah yang sekarang dok berada di Perlis dah berapa kali call aku tak jawab. Siapa berani nak angkat hujan lebat giler dengan kilat sabung-menyabung. Sampai rumah baru aku telefon balik.

Ayah pergi Perlis sebenarnya hadiri hari perkahwinan adik aku sepertimana pernah aku ceritakan dalam entri bertajuk Planning Cuti Sekolah 2 Minggu 2013. Alhamdulillah... Tepat 9:00 malam tadi. Sahlah adik aku jadi suami orang. Selamat pengantin baru aku ucapkan.

Nanti... Majlis belah aku. InsyaAllah akan aku updated. Kalau ingatlah yer.

Sekian. Wassalam...


No comments:

Post a Comment