Assalamu'alaikum... Isnin... Kemuncak teduhan kasih episod 3 berakhir dengan Iffa dibawa ke rumah ibu tirinya setelah kematian ibu ...

Episod 4 dan 5 Teduhan Kasih

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...
Isnin... Kemuncak teduhan kasih episod 3 berakhir dengan Iffa dibawa ke rumah ibu tirinya setelah kematian ibu kandungnya. Still dalam flasback ibu tirinya lagi okeh! Malam Selasa... Kisahnya bersambung dengan penderitaan Iffa di rumah ibu tirinya... Dia disuruh buat itu dan ini. Sementara ayahnya pulak sakit sehinggalah meninggal dunia. Iffa terus tinggal di rumah ibu tirinya... Namun, harus menghadapi sumpah seranah ibu tirinya... Flashback terhenti apabila ibu tirinya tersedar dari lamunan.

Tetiba... Datang pulak Ijat, adik lelaki tiri Iffa datang mengetuk bilik untuk memberi selimut dan bantal. Iffa sempat jugak mintak tolong Ijat untuk temankan dia ke mahkamah keesokan harinya... Untuk uruskan hal penceraian dia dan Redza. Datang pulak ibu tirinya... Menyuruh Iffa mencuci pinggan mangkuk. Iffa akur dan menurut perintah.

Keesokannya Iffa dan Ijat pergi ke mahkamah. Sampai di mahkamah... Kemain lagi Redza dan Ayu. Bekas mak mertua Iffa pun ada. Akhirnya sahlah Iffa dicerai... Kemuncak cerita teduhan kasih episod 4 berakhir dengan Ayu... Yang turut berangan untuk terus menyusahkan Iffa sebagai membalas rasa sakit ditampar Iffa sebelumnya.

Manakala Episod 5 teduhan kasih... Lagi kisah terus menerus Iffa diperlakukan seperti orang gaji. Ayu pulak menunda perkahwinan mereka dalam tempoh 6 bulan. Terlebih dahulu... Ikatan pertunangan diteruskan.

Part Ehsan pulak... Still enjoy dengan perempuan dan club malam. Manakala ibu Ayu tidak berapa happy dengan keputusan Ayu untuk berkahwin dengan Redza... Kerana Iffa seorang yang baik dan merupakan sahabat baik Ayu sendiri.

Suatu hari balik dari checkup... Iffa terserempak dengan ibu Ayu... Ibu Ayu memohon maaf Kepada Iffa terhadap apa yang telah dilakukan oleh Ayu... Hakikatnya, Iffa dah memaafkan Ayu dan menerima apa yang berlaku sebagai ujian. Episod 5 berakhir dengan perjalanan Iffa balik ke rumah... Apakah yang terjadi seterusnya kepada Iffa. Kenalah tonton episod 6. Hurmmm... Tapi sayang. Semalam tak tengok. Sampai jer Bintulu terus shopping. Alahai! Dah skip one episode... Apa daa...




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: