Assalamu'alaikum... Kisahnya rentetan daripada episod 2 ... Kali ni pulak... Ibu Redza datang ke rumah dan menghalau Iffa. Iffa m...

Episod 3 Teduhan Kasih

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...
Kisahnya rentetan daripada episod 2... Kali ni pulak... Ibu Redza datang ke rumah dan menghalau Iffa. Iffa merayu untuk terus tinggal di rumah milik Redza dan dia suatu ketika dulu memandangkan dirinya mengandung dan lagi ibu tiri dan kakak tirinya yang sangat tidak menyukai Iffa. Namun... Ibu mertuanya tetap dengan pendiriannya dan terus pergi tanpa sebarang kata.

Kemudian... Iffa keluar untuk berjumpa Ayu. Setibanya di rumah Ayu dan sebaik saja Ayu membuka pintu. Satu tamparan hebat dari Iffa singgah di pipi Ayu... Iffa memarahi Ayu. Tergamak Ayu sahabat baik merampas suami kawan sendiri... Tapi... Ayu pandai pulak bukak cerita. Kata Redza yang menggoda dia. Selalu datang rumah merayu... Hah! Hebat sungguh permainan Ayu. Akhirnya Iffa dihalau oleh Ayu. Setelah Iffa balik... Ayu pun menelefon Redza sambil berlakon menangis teresak-esak mengadu yang dia kena maki hamun dan ditampar oleh Iffa.

Mendengar kata-kata Ayu itu, Redza balik dan terjerit-jerit memanggil Iffa lalu memarahi Iffa dengan macam-macam makian... Sebelum Redza keluar. Iffa sempat memohon ampun. Mintak dihalalkan makan minumnya dan paling penting Iffa membuat pengakuan yang dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan Redza.

Keesokannya Iffa keluar dan balik semula ke rumah ibu tirinya. Sebaik melangkahkan kaki ke laman rumah. Kakak dan ibu tirinya memarahi Iffa dengan bermacam-macam makian yang dilemparkan. Alahai! Malangnya nasib Iffa. Walaupun diterima masuk rumah. Namun... Iffa disuruh melewati pintu dapur. Kemas bilik stor dan tinggal disitu.... Bermula di situlah. Flashback kembali... Bila ibu tirinya mengingati kisah suaminya mengahwini ibu Iffa tanpa pengetahuan dia. Dia bersumpah... Sampai ke mati dia tak kan terima ibu Iffa.

Suatu hari... Ibu Iffa meninggal dilanggar kereta semasa Iffa dan ibunya keluar membeli-belah... Dan kemuncak teduhan kasih episod 3 diakhiri dengan kisah Iffa dibawa ke rumah ibu tirinya... Apa yang berlaku seterusnya, kenalah tonton teduhan kasih episod 4 malam ni.

Haha... Ada gaya penulis novel tak?





ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: