19 May 2013

Dek Kerana Mintak Nasi!



Assalamu'alaikum...
Sempat jugak aku nak menonton masterChef Selebriti Malaysia minggu ke-5. Bagi rancangan malam sabtu iaitu semalam. Untuk first round... Masakan yang mereka kena buat adalah berasaskan manterang dan kelapa muda Masakan Syani menjadi juara dan habuannya Syani bebas keluar masuk ke pantri bahan untuk second round masakan.

Untuk second round adalah sajian citarasa bertemakan hari ibu. Mean, masakan ibu yang paling mereka suka. Tapi... Sian Enot. Tetiba terusik kalbu. Rupa-rupanya ibu Enot meninggal time umur Enot 3 tahun. Tapi Enot still ada sajian untuk di masak.

Radhi pulak... Tanpa dirasa masakannya oleh Chef juri. Dia terus disenaraikan ke pusingan penyingkiran malam ni. Why? Gara-gara nasi tak masak, dia mintak nasik dengan Cat Faris. Antara rule... Memang tak boleh buat macam tu. So, Radhi akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh chef juri.

Dalam sajian citarasa pulak... Micheal telah jadi juara sekaligus dia telah ditabalkan sebagai leader untuk sajian luar.

Selain Radhi... Celina, Enot dan Syura jugak turut tersenarai dalam pusingan penyingkiran. Siapakah yang akan tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2 untuk minggu ke-5? Kenalah tengokkk...

Haha... Untuk pusingan penyingkiran. Tak tau lagi. Aku boleh tengok ke tidak ^_~.

Bicara Kata : Dah jadi macam pengulas program tv pulak dah. Semenjak dua menjak ni aku suka menonton tv lah pulak ^_~.


No comments:

Post a Comment