Assalamu'alaikum... Haha... Statement tipu belaka . Cakap pun belum reti lagi. Inikan pulak nak baca doa. Yang sebenarnya......

Alia Dah Reti Baca Doa Tidur

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...
Haha... Statement tipu belaka. Cakap pun belum reti lagi. Inikan pulak nak baca doa.


Yang sebenarnya... Aku sekarang dalam proses melatih Alia belajar membaca doa dengan tertib yang betul. Walaupun ambik masa... Almaklumlah. Budak setahun 2 bulan. Mana mungkin terus faham, right?. Perlukan kesabaran yang tinggi kalau nak ajar sesuatu.

Namun... Alhamdulillah! Alia dah faham. Setiap kali nak tidur, bila aku kata " mak nak baca doa"... Confirm! Alia akan tadah tangan.

Alhamdulillah! Aku bersyukur dengan perkembangan positif yang Alia tunjukan... Dan ia menjadi satu kebiasaan kami before tidur. Aku pulak teruja tengok telatah Alia tadah tangan... Walaupun still nampak macam main-main. Namun, bagi aku itu petanda Alia memahami apa yang aku perkatakan. Alhamdulillah!

Semoga Alia menjadi anak yang bijak dan berguna ^_^.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: