Assalamu'alaikum... Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk kongsikan sesuatu di ruang alam maya. Lagi tentang ilmu k...

Rahsia Melatih Kanak-Kanak Setahun Bercakap

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk kongsikan sesuatu di ruang alam maya. Lagi tentang ilmu keibubapaan. Hakikatnya, tugas menjadi seorang ibu dan ayah bukannya mudah.

Aku dan en. Hussien lebih banyak berpandukan dengan buku dan internet berbanding menuntut ilmu daripada orang tua untuk mendidik Alia. Al-maklumlah, sekarang ni kami tinggal berjauhan dari mak ayah. Semuanya kerana tuntutan kerja.


Alhamdulillah! Daripada teori yang kami adaptasi... Sedikit sebanyak membawa keberhasilan. Right now, banyak gak words yang Alia begitu lancar menyebutnya. Antaranya mak dan ayah. Seperti orang tua jak rupanya. Tua ija! Haha... Bukan nak menunjuk. Tapi ingin berkongsi. Itulah niat di hati.

Bagaimana kami melatih Alia bertutur?... Rahsianya... Pertama aku atau ayahnya sering melakukan pengulangan dalam menyebut sesuatu perkataan. Lagi mudah! Alia sekarang dah reti meniru apa yang kita cakap atau buat.

Sesekali... Aku juga meniru apa yang Alia sebut. Namun, aku memperbetulkan apa yang Alia sebut. Contohnya... Aku sebut rama-rama. Dan Alia akan sebut ma-ma-ma. Tapi... Aku akan ulang semula dengan perkataan sebenar iaitu rama-rama. Alia suka tu kalau kita tiru gaya atau sebutan dia. Nakal betul!

Kemudian, aku atau ayahnya jugak... Ikut siapa free. Hehe... Akan bacakan Alia sebuah buku cerita setiap malam before Alia tidur. Saat paling Alia suka. Confirm! Alia akan carik buku. Buku tak jauh dari tilam aku letak. Saja... Nak tengok reaksi Alia macam mana.

Kemudian, kami gak selalu bagi Alia dengar Radio. Hehe... Part paling aku suka. Bukan apa... Alia pantang dengar lagu. Automatik akan goyang badan. Ikut gaklah... Kalau lagu tu rancak. InsyaAllah... Nanti kalau ada kesempatan akan aku upload video Alia menari ^_^.

Selain tu jugak... Kami banyak menggunakan kad imbasan sebagai pemudah cara dalam melatih Alia bercakap. Tak naklah nanti reti sebut tapi tak tau apa yang disebut. Payah jugak kan...

Kami juga sering mengajar Alia tentang bunyi-bunyian. Alhamdulillah! Sekarang Alia dah expert bagaimana nak buat bunyi lizard, ayam, kucing dan anjing. Hehe... Tapi lucu kalau Alia buat bunyi ayam... Macam ayam tengah berak sembelit. Kahkahkah... Pernah ke tengok ayam sembelit?

Begitulah antara cara mudah untuk melatih anak bercakap yang kami praktikkan. Ketahuilah otak kanak-kanak berkembang hebat pada usia setahun. Pada usia ni ternyata mereka cepat tangkap dan respon terhadap apa yang kita cuba katakan.

Hurmmm... Bukan mudah untuk mendidik anak. Bak kata mak aku... "Mun sik maok susah, jangan beranak". I like this words... Bernas dan panas.

Kata Hati : Hajat di hati... Target Alia pandai bercakap before usia 2 tahun. Tapi tak nak la paksa. Adakah tercapai? ^_^.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. boleh tu.anak perempuan biasanya lebih cpt bercakap dr lelaki..alia satu tahun pun dh nmpk perkembangan percakapan yg bagus.yg penting kit dedahkan anak dengan pembelajaran sejak kecil.target pandai bercakap tu bukan la penentu kejayaan anak2

    ReplyDelete