Assalamu'alaikum... Satu soalan cepu emas aku kira. Siapa tak nak jantung sihat right! Untuk ke arah itu sebenarnya banyak tip ...

Nak jantung sihat tak?

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...

Satu soalan cepu emas aku kira. Siapa tak nak jantung sihat right! Untuk ke arah itu sebenarnya banyak tip dan petua telah disarankan. Just google... Tak sampai 5 minit pasti akan dapat jawapannya. Tu kalau line internet oklah. Bhaha...

Bukan petua atau tip yang nak aku share... Tapi pasal minuman yang mampu menyihatkan jantung. InsyaAllah.

Baik... Based on apa yang aku baca di dalam majalah iSIHAT, terdapat 5 jenis minuman untuk kesihatan jantung, iaitu kopi, jus delima, anggur merah, teh hitam dan teh hijau.

Antara 5 jenis minuman tersebut, aku tak jumpa lagi teh hitam. Menurut info yang aku perolehi daripada meng'google... Rata-rata mengatakan teh hitam dihasilkan melalui proses fermentasi setelah daun teh dijemur dan dikeringkan.

Apa itu proses fermentasi?
Apa yang aku faham ia adalah satu proses pengolahan untuk mengubah komposisi kimia dari daun sehingga menghasilkan beberapa antioksidan yang kuat untuk membantu menyokong kesihatan jantung. Wosehhh! Panjang lebar penjelasan aku yer.Hakikatnya makanan juga mampu membantu kita untuk jaga kesihatan. Yang penting kita kena tahu tentang kebaikan dan keburukan sesuatu makanan tu. Kena rajin membacalah jawabnya. Jangan malas macam aku sudah. Hehe.

Orait... Itu saja kot aku rasa untuk entri kali ni. Salah dan silap... Harap dimaafi yer ^_^.

Wassalam...




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: