Assalamu'alaikum... Flashback punya cerita . Ni citer setahun yang lepas... Teringat! Bila baca entri Puan Kutu  pasal mengidam a...

Mengidam Air Kelapa Muda

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...
Flashback punya cerita. Ni citer setahun yang lepas... Teringat! Bila baca entri Puan Kutu pasal mengidam aiskrim. Tapi aku mengidam air kelapa muda.

Masa tu... Aku tak tau lagi aku pregnant'kan Alia. 4 hari dah lewat period. Kepala memang dah start pening. Apalagi, hubby yang tak pernah menghampakan permintaan aku try ler pegi rumah kawan dia depan pagar sekolah. Kat sekolah ni... Cuma kat rumah kawan dia tu jer ada sebatang kelapa yang berbuah. Nasib baik!. Nak beli kat kampung orang Penan. Atau nak mintak tolong cikgu local malulah pulak.

Rezeki aku. 3 biji en. Hussien dapat. Apalagi aku yang mengidam dan sememangnya suka bangat minum air kelapa muda... Sampai 4 gelas aku minum sekaligus. Esoknya en. Hussien kena marah dengan Kak Su, Cikgu Sabahan yang turut mengajar di sini... Bila tahu aku teringin nak minum air kelapa. Sebab dia ramal aku pregnant. Dia kata air kelapa muda muda tak baik untuk ibu mengandung. Terutamanya di awal kehamilan. Tapi... Aku ok jer. Maybe time tu persenyawaan belum berlaku kot. Kahkah...Kah! Boleh pulak begitu yer.

Fakta atau auta untuk that info... Aku tak tau? Maybe sesetengah orang mungkin pernah mengalami. Mana tau kan.

Tapi... Kalau buah nenas. Aku taulah. Memang tak boleh. Seriously! Terutamanya nenas muda. Confirm! Kalau tak kena gaya boleh keguguran dibuatnya nak-nak di awal kehamilan. Na'uzubillah.

Hakikatnya, bila dah tau diri mengandung kenalah jaga pemakanan demi kesihatan bayi dalam kandungan. Sian baby. Hehe.



ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. rasanya takde bukti saintifik yg mengatakan nanas muda or air kelapa boleh sbbkan keguguran.tp org tua kata dua benda ni tajam.klu dlm kuantiti munasabah takde efek apa muni rasa.klu berlebihan tu mgkin bley sbbkan keguguran.benda ni jadi punca je.klu bley elakkan la dua benda ni masa awal mengandung.tp klu hujung pregnant air kelapa muda ni bagus kan..baru je nk buat entri pasal kelapa muda.hiks..

    ReplyDelete