Assalamu'alaikum... Kisah semalam menjadikan aku berminat untuk kongsikannya di belog. Semalam... Before tidur aku baca majalah...

Menariknya Tip Diet Orang Jepun

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...

Kisah semalam menjadikan aku berminat untuk kongsikannya di belog. Semalam... Before tidur aku baca majalah iSIHAT (***Nak kena bagitau ke? Haha...). Permulaan cerita sebenarnya. Aku terbaca mengenai satu artikel yang aku kira sangat menarik dan mungkin berguna kepada mereka yang sedang berdiet... Iaitu 3 tip diet orang Jepun.

Pertama, orang Jepun dikatakan akan mulakan waktu makan mereka dengan sup Mean, setiap kali makan... Sup kena adalah kiranya. Apa faedahnya pada pemikiran mereka? Pada mereka... Sup dapat membantu agar berasa kenyang lebih lama. Advantage'nya kat sini. Mereka jarang nak ambik snek lain after makan sampailah tiba waktu makan seterusnya. Oh! Ya... Kalau aku. Memang tak boleh. Kalau boleh... Setiap jam nak makan je keja. Nampak badan kecik. Tapi... Nafsu makan. Macam orang tak makan 3 hari. Haha...

Kemudian... Mereka suka guna konsep "Mewarnai pinggan". Bukan ambik color dan warnakan pinggan maksudnya tau... Totally wrong. Tapi... Apa yang dikatakan dengan mewarnai pinggan ialah mereka gemar memasukkan lima warna dalam menu mereka iaitu warna merah, biru, hijau, kuning, putih dan hitam. Dengan menambah pelbagai warna berbeza dalam hidangan bermakna makanan tersebut rendah kalori, lebih tinggi serat, lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

ketiga iaitu tip yang terakhir ialah "Hara hachi bu"... Iaitu berhenti sebelum kenyang. Pepatah ini amat terkenal di Okinawa, Jepun. Tapi... Dalam Islam pun ada menyuruh kita... Atau afdalnya berhenti sebelum kenyang. Apa yang menarik jugak. Tip mereka ialah tunggu dulu 5 minit setelah selesai satu hidangan dan berfikir sebelum membuat keputusan nak tambah hidangan.

Menarik bukan... Tapi bagi akulah. Kalau orang lain, aku tak tahu. Hehe. Begitulah 3 tip diet mudah orang Jepun. Moga ia menjadi pengetahuan baru buat mereka yang sedang berdiet. Kepada yang sudi singgah di belog aku, ribuan terima kasih aku ucapkan ^_^.

Sekian. Wassalam...





ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: