Assalamu'alaikum... Petang semalam... Isteri pakcik Jerman datang rumah bawak jagung . Apalagi... Borong beli RM6 sekaligus. 4b...

Jagung oh Jagung

/
2 Comments


Assalamu'alaikum...

Petang semalam... Isteri pakcik Jerman datang rumah bawak jagung. Apalagi... Borong beli RM6 sekaligus. 4biji... 2 Ringgit. Pakcik Jerman tukang kebun di SK Long Gang... Dulu tukang masak. Disebabkan sekarang makanan budak diambil alih oleh kontraktor... So, tugas pakcik Jerman ditukarkan... Dia berbangsa Iban. Baik orangnya. Rajin tanam sayur dan buah-buahan di waktu lapang. Pada dialah aku selalu beli sayur. Nasib baik ada dia... Kalau tak jarang ler nak dapatkan sumber sayur. Nak harapkan aku atau hubby tanam sayur. Jangan harap ler. Jauh langit dari bumi.

Hehe... Balik jer isteri pakcik Jerman. Apalagi. Masuk dapur terus rebus jagung. Konon untuk minum malam sambil tonton bintang mencari bintang... Kahkahkah... Sekali tengok dah habis before tu.

Dah nak habis... Baru terhegeh-hegeh snap picture ^_^.

Pagi ni... Sekali lagi breakfast dengan jagung dan nasi goreng sayur campur. Haha... Kenyang eh! Kata hubby.

Lama haishh tak makan jagung! Sedap giler ^_^. Alia pun suka... Tapi kena blend ler untuk dia.

Kata Hati : Bagi aku bintang mencari bintang semalam tak berapa best lah walaupun peserta buat persembahan bersama sifu mereka. Acey pun kurang menyerlah dan menjadikan ia jatuh ke anak tangga kedua. Siapa ek Juara bintang mencari bintang. Adakah Acey juara?...




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. en suami pun baru beli jagung.sepulah ringgit ada dalam sebelas bijik.ktdlm peti ais ada dah bancuhan cucur jagung.satg nak goreng la.haha

    ReplyDelete