Assala'mualaikum... Flasback again! Kali ni berkaitan rambut aku gugur selepas bersalin . Berlaku setahun sebulan yang lepas. P...

Cara Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin

/
7 Comments


Assala'mualaikum...
Flasback again!
Kali ni berkaitan rambut aku gugur selepas bersalin. Berlaku setahun sebulan yang lepas. Pada mulanya, aku tak kisah sangat pun... Kerana beranggapan mungkin disebabkan jarang bersyampu dalam berpantang, masa mandi kot yang menyebabkan rambut gugur.

Namun... Dah habis pantang pun still lagi gugur malah semakin banyak. Naik risau aku dibuatnya. Sakitkah aku?. Apalagi... Aku pun tanyalah dengan mak before aku carik kat internet. Mak kata... Biasa tu... Rambut gugur lepas bersalin. Mak dulu pun macam tu jugak. 9 kali beranak, 9 kali mengalami keguguran rambut selepas bersalin. Oh! Ye?... Tapi... Hati aku still lagi ragu-ragu dengan jawapan emak.

So, untuk memuaskan hati. Apalagi mulalah cari kat internet dengan hot keyword rambut gugur selepas bersalin. Banyak laman yang menawarkan jawapan kepada persoalan aku. Rata-rata mengatakan ia adalah perkara normal yang dihadapi wanita selepas bersalin. Mungkin disebabkan berlakunya berubahan hormon. Lega hati bila dapat tahu kenapa rambut gugur selepas bersalin. Ada gak yang kata... Rambut akan kembali ke normal bila anak berumur setahun. Lamanya tu. Huhu...

Selain itu, ada jugak laman yang menawarkan produk untuk atasi rambut gugur. Tapi... Aku tidak bertindak melulu untuk terus memilih produk sebagai cara untuk mengatasi rambut gugur yang aku alami. Maklumlah... Aku ni jenis susah makan ubat, sepertimana pernah aku bagitau dalam...


Apa-apa pun... First step aku ambik untuk atasi keguguran rambut yang aku alami before berjumpa dengan doktor adalah dengan memotong rambutku sedikit selain membuat urutan kepala secara tradisional. Itu adalah saranan emak aku untuk atasinya. Alhamdulillah! Tak silap aku... Umur Alia masuk 5 bulan. Rambutaku kembali ke normal. Rambut semakin kurang gugur dan sekarang... Jarang... Jaaaarang sekali rambut nak gugur.

Begitulah cerita basi setahun yang lepas... Yang masih segar dalam ingatan. First baby ler katakan. Haha... Baru sekarang nak kecoh bercerita. Nak buat macammana. First baby takde pengalaman. sudahnya belog dibiarkan berkubur buat sementara. Banyak masa dihabiskan untuk melayan si Alia.

But... Now, aku ada masa. So, boleh ler bercerita balik. Walaupun cerita dah basi. Oklah! Setakat ni jer kot cerita aku. InsyaAllah! Nanti sambung dengan cerita lain pulak. Okeh!

Pada yang sudi singgah, jutaan terima kasih aku ucapkan. Kalau sudi, singgahlah lagi ^_^.

Sekian. Wassalam...




ARTIKEL LAIN DI SINI

7 comments:

  1. Assalamualaikum.. nk tanye.. camne rawatan kepale tradisional tu? 1st time sy dgr ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. nk tanye.. camne rawatan kepale tradisional tu? 1st time sy dgr ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. Siti Liana : first thanks kerana sudi singgah di blog saya. Pasal urutan kepala tu. Setiap petang lepas mandi mak urutkan kepala fiza dengan minyak kelapa buatan sendiri :). Simple je lebih kurang 5 minit. Hikhik.

    ReplyDelete
  4. Assamualaikum admin,

    macam menarik je bab berurut rambut tu. tak pernah lagi jumpa orang yang boleh urut kepala, untuk atur urat bagi kepala rasa segar kembali, lebih-lebih lagi lepas bersalin. :)

    ReplyDelete
  5. tolog lea zai yg ari2 streas akybt rambt yg trus meneros gugur..iman dh hmpr 4 bln n rmbt mken bnyk gugur..sedh dn takot suami lari

    ReplyDelete
  6. Assalam.. Sukanya tips ni. Tak perlu nk mkn ubat @ produk2 yg banyak tu.. Saya baby nk masuk 4 bln, rambut gugur mcm umpaa mencabut rumput jerr rasanya... Stress rasanya.

    ReplyDelete
  7. Salam..thanks for your tip..sgt2 stress bile hari2 tgk rambut bertaburan..samp nak shampoo rambut pun takut..tp kepala teramatlah gatal..da sbln da rambut gugur ni..hope cepat la back to normal..

    ReplyDelete