Assalamu'alaikum... Weekend baru-baru ni... Biasa minggu gaji. Perkara utama akan kami tiga beranak buat adalah shopping. Alham...

Buku untuk Kanak-Kanak 3 Tahun

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...
Weekend baru-baru ni... Biasa minggu gaji. Perkara utama akan kami tiga beranak buat adalah shopping.

Alhamdulillah... Rezeki Alia bulan ni memang murah. Bukan setakat baju dan kasut hubby belikan... Tapi, buku pun turut hubby belikan.

Buku ke-12 dan 13 untuk Alia. Saya seekor anak Dinosaur dan saya seorang ahli Bomba. Buku saya seorang ahli Bomba sebenarnya siri cita-cita saya. So, banyaklah koleksi berkaitan cita-cita. Kalau nak beli one set... Mahal jugak harganya. Tapi... Kalau beli satu-satu... Murah jer. RM9.90.

Actually, buku ni tak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun ^_*. Itulah amaran terdapat di belakang buku yang harus diketahui. Sebab ada alatan kecik ( bahagian mata yang ada biji berupa mainan ) yang boleh menyebabkan tercekik.

Tapi... Aku dan hubby memang dah tahu before membeli. Tapi tetap jugak nak beli. Tak kisah ler... Yang penting, kami sentiasa ada kalau Alia nak pegang atau main buku tersebut. Hehe... Boleh pulak berfikiran begitu ek!


Bagi aku... Buku ni memang bagus untuk menarik minat anak agar sukakan buku. Bukan setakat gambarnya je yang menarik... Tapi isi kandungannya pun menarik dengan suku kata yang di'highlight'kan. Lagi memudahkan anak-anak untuk membacanya.

That it... Pendapat aku tentang buku terbaru hubby belikan untuk Alia.

Pada yang sudi singgah baca cerita aku yang entah apa-apa... Jutaan terima kasih aku ucapkan. Kalau ada masa singgahlah lagi ^_^.

Sekian. Wassalam...


ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. comelnya buku alia.takpe tak sesuai pun untuk budak under 3yr,klu kita pantau anak Insyaallah takde pape..lgpun boleh guna smp alia umo 3tahun plus2 nti

    ReplyDelete