Assalamu'alaikum... Semalam aku upload gambar Alia di Facebook. Aku ingatkan tak ada yang perasan tengok hidung Alia kekuning...

Berkunyit-kunyit jak idong!

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...

Semalam aku upload gambar Alia di Facebook. Aku ingatkan tak ada yang perasan tengok hidung Alia kekuningan. Rupanya ada juak orang perasan aihh! Siap komen lagi. Rupanya kawan aku pun guna cara yang sama untuk ubati selsema anaknya. Memang terbaiklah guna kunyit. Senang dan berkesan.


Sebenarnya, Alia selsema. Kali kedua sepanjang usianya setahun sebulan. Tu yang letak kunyit kat hidung. Kunyit asli dari ladang tau bukannya kunyit tepung yang dibeli dari kedai. Alhamdulillah! Sekarang selsema Alia dah hilang tanpa makan sebarang ubat. Just letak kunyit je kat hidung. Kalau nak tau cara penggunaannya. Jemputlah baca entri : Cara terbaik sembuhkan selsema bayi.

Lega rasa hati bila tengok Alia dah sembuh. Kalau tak sana-sini bawak sapu tangan lap hingus. Risau dibuatnya.

Mak mana tak sayangkan anak kan. Kalau boleh... Nyamuk pun tak bagi hinggap. Hehe...

Betapa sayangnya si ibu dengan si anak kan!^_^.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. woo guna petua kunyit ye..patut la smp kuning hidung si alia nie

    ReplyDelete