Back to Top

06 April 2013

Cara terbaik tingkatkan trafik blog



Assalamu'alaikum...

Hurmmm... Tengok tajuk. Macam serius dan macam blogger otai nak bercakap pasal trafik bagai. Haha... Nak menuju ke tahap blogger hebat bukan senang. Perlukan usaha tau! Takde benda yang datang bergolek. Hakikatnya, tiada yang percuma... atau Gratis!... Dan usaha itu tangga kejayaan.


Sebenarnya, ada banyak rahsia untuk tingkatkan trafik blog. Tak caya... Try google... Confirm! Ribuan website menceritakan tentang kaedah tingkatkan trafik blog. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkannya.

Ada yang guna SEO... Yang ni kena study lebih kalau nak berjaya. Aku tak nak ulas panjang. Tapi... Seriously, blog yang guna teknik ni... Memang trafik blog mencanak dengan cerita terkini. Kena rajin sebenarnya kalau nak jadikan blog sebagai sumber pendapatan utama.

Kemudian... Daripada apa yang aku baca gak. Ramai yang guna fanpage as a medan untuk promote entry. Good idea. Cara ni pun terbaik... Cara paling berkesan dan mudah untuk dapatkan trafik. Lagi-lagi kepada yang femes dan ramai followers... Lagi senang right.

Group di Facebook pun satu lagi cara untuk naikkan trafik. Ada banyak group kat facebook yang kita boleh join. Lepas join... Mulalah agenda promote entri. Kan... Trafik percuma tu. Janji kena rajin. Jangan jadi macam aku... Tahap kerajinan yang ada pasang surutnya. Hiksss...


Kena rajin blogwalking gak sebenarnya... Kalau nak trafik naik mendadak. Semakin banyak kita singgah di blog dan komen... Semakin banyak peluang kita untuk dapatkan trafik percuma dengan mudah. Tak caya try lah. Komen kat blog kita pun banyak gak kalau kita rajin blogwalking... Sebabnya, pasti jiran yang kita singgah akan singgah balik ke blog kita. Bertambah gak trafik. Tapi... Aku sejak akhir-akhir ni tak berkesempatan nak blogwalking. Trafik pun hanya datang dari carian google je lol... Apa nak jadi!

Hurmmm... Pada yang rajin ber'forum... Lagi bagus. Gunakan peluang yang ada untuk dapatkan trafik. Selain dok bersembang berbalas pendapat. Try ler promote blog. Sekurang-kurangnya masyuk gak trafik ke blog. Jangan jadi spammer udah.

Tu antara 5 teknik tingkatkan trafik blog paling mudah yang aku pernah cuba. Memang berhasil. Yang penting. USAHA dan USAHA sebenarnya. Semuanya dah terhidang cantik di google. Tinggal... Kita nak cedok dan ngapp! jer lagi. Hehe.

Cuma aku jelah... Yang terlalu banyak kekangan masa. So, trafik pun turun naik. Namun, aku tetap seronok berblog... Hilang stress tau! Bila berkongsi kisah tentang Alia. Si jantung hatiku... Sila abaikan ayat mengada okeh!

Apalagi ek! Cara tingkatkan trafik blog? (^_<).


2 comments:

  1. belum teruja nak tingkatkan trafik ni semua.berblog utk suka2 je kot.belum ada hasil so far.haha

    ReplyDelete
  2. 70% pengunjung ke blog saya adalah dari google

    ReplyDelete