Assalamu'alaikum...

Tadi aku terbaca artikel mengenai perisian terbaru yang diperkenalkan oleh Facebook. Berikut adalah keratan akhbar kosmo online yang sempat aku baca...

MENLO PARK, California - Facebook semalam memperkenalkan perisian mobile baharu untuk menjadikan laman jaringan sosial tersebut sebagai ‘rumah’ telefon pintar Android. Perisian tersebut menjadikan Facebook paparan pertama apabila pengguna menghidupkan telefon pintar mereka.

Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun mulai 12 April 2013 ini manakala versi tablet pula sedang dibangunkan.

Dinamakan Home, perisian itu juga boleh didapati melalui telefon pintar HTC yang akan  melancarkan telefon pintar skrin Facebook pertamanya, HTC first juga pada tarikh yang sama."Home merupakan pengalaman baharu sepenuhnya yang membolehkan anda melihat dunia menerusi manusia dan bukan aplikasi," kata Facebook dalam satu kenyataan. -Afp

Mean, satu berita gembira buat pengguna yang gemarkan Facebook untuk berhubung dengan kengkawan.

Sama-sama kita tunggu 12 April ni. Nak gak tahu software baru facebook ni... Ye tak?