Assalamu'alaikum... Tak sah, kalau satu hari takde cerita tentang Alia. Apa pulak cerita kali ni. Biasalah kan bayi yang sedang m...

Gelagat Alia Makan

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...
Tak sah, kalau satu hari takde cerita tentang Alia. Apa pulak cerita kali ni. Biasalah kan bayi yang sedang membesar... Pasti ada saja kemahiran baru yang ditunjuk. Sebagai ibubapa pulak sudah pasti cukup gembira dan terhibur melihat bayi kita semakin bijak dan membesar dengan sihat.

Untuk mengingati setiap perkembangan Alia. Seperti biasa... Pasti ada catatan di belog picisan yang aku kira cukup memuaskan hati aku. Bhaha... Syok sendiri! 

kentang goreng, bayi makan kentang goreng, bila bayi makan kentang,

Alia kalau makan... Kiri dan kanan mesti pegang makanan. Tak sah kalau dua-dua tangan tak pegang makanan. Nak-nak kalau makan kentang goreng. Mak aii... Gelojoh sungguh. Hurmmm... Jangan nanti sampai ketua sudah. Tapi Alia memang gelojoh bila tengok kentang goreng jer... Sebab dia cukup gemar makan kentang goreng. Kekadang tergelak sakan tengok gelagat Alia makan kentang goreng. Macam berebut dengan orang lain jer. Padahal makan sorang-sorang.

Setiap bulan. Ayah akan belikan pack yang harga RM12.90 kentang goreng. Bak kata Ayah Alia... Stok kentang goreng mesti ada dalam freezer. Sian katanya... Bila tengok Alia suka makan kentang goreng. Tapi tak ler setiap hari aku bagi Alia makan kentang goreng. Kalau rajin jer aku akan gorengkan. Haha... 

Sekian. Catatan ringkas dari aku untuk Kisah Alia kali ni.

Oh! ya... Alia dah tak merangkak lagi dah. Kalau nak tengok gaya bayi setahun sebulan berjalan. Jemputla baca entri semalam : Alia dah tak merangkak lagi dah!

Pada yang sudi singgah tu... Thanks yer.

Wassalam...




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: