Assalamu'alaikum...

Dewasa ini macam-macam gaya bertudung ada. The latest... Penggunaan selendang dalam pelbagai cara. Ada yang guna stail hijab la, mafla la... Dan tak kurang jugak guna selendang sebagai skaf untuk ikat rambut. Kreatifkan wanita sekarang.

Tapi... Kalau tak tau kaedah penjagaan selendang pun tak guna gak. Nak-nak yang begitu obses terhadap selendang. Bukan apa... Nanti baru je pakai dah rosak. Maklumlah selendang sekarang ni bukan jer macam-macam corak tapi makin nipis aku nampak. Tu yang cepat rosak tu. Nak-nak kalau yang suka pin sana... Pin sini dengan keronsang. Sekali pakai... Confirm! Selendang berkedut.

Sumber gambar adalah daripada laman suehijab.com

So... Aku ada tip bagaimana menjaga selendang. Pertama, pastikan meminimakan penggunaan keronsang. Why? Penggunaan keronsang boleh menyebabkan selendang berkedut dan rosak terutama bagi selendang yang licin.

Kedua, cuci selendang menggunakan tangan. Kalau guna mesin basuh. Mintak maaf ler... Alamat berbululah selendang. Confirm! Sekali jer boleh pakai.

Ketiga pulak. Cara nak simpan selendang. Mudah jer. Samaada dengan cara menggulung selendang atau gantung selendang pada penyangkut khas untuk menjaga kualitinya.... Dan tip yang keempat, jangan jemur selendang pada panas yang terik... Kerana ia boleh melunturkan warna selendang.

That it... Antara 4 tip ringkas penjagaan selendang yang aku kira mudah untuk dipraktikkan. Semoga tip mudah ini memberi manfaat kepada kengkawan yang sudi singgah di belog aku.

Apa-apa pun... Thanks a lot kerana sudi singgah. Kalau ada masa jemputlah singgah kembali. Heeee...

Sekian. Wassalam...