Back to Top

30 April 2013

Pengalaman Kena Induce dan Drip

5:06:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum...
Flashback story... Again and again. Kenapa sekarang baru nak cerita. Kenapa tak sebelum ni. Seperti pernah aku katakan. First baby membuatkan aku perlukan banyak masa untuk sesuaikan diri. Dan itu antara punca aku biarkan belog aku terbiar dan jarang ber'update sepanjang aku mengandung dan berpantang.

Right now, bila baca entri kengkawan pasal mengandung dan beranak. Aku ingin mengingati kembali that moment. Lagi-lagi sekarang. InsyaAllah... Aku cuba untuk flashback again.

Bila terbaca entri Puan Kutu about induce. Aku tetiba rasa takut nak beranak lagi bila mengingatkan saat-saat aku melahirkan Alia dengan cara kena induce dan drip.

Ceritanya begini... 16 Februari 2012, jam lebih kurang 5:30 petang. Tengah menonton tv. Tetiba pecah ketuban. Aku tak tau air apa sebenarnya... Ingatkan kencing. Sekali makin banyak. Apalagi mak pun bergegas bawak aku pergi klinik. Sampai di klinik. Aku kena seluk. Fuh! Sakit... Tapi kalau kita keraskan kaki ler. Kalau lambutkan... Tak jugak. Baru 1cm. Aku dikejarkan ke hospital dengan Ambulan. First time naik ambulan. Laju giler. Perut sakit takyah cakap ler.

Sampai di hospital... Sekali lagi aku diseluk. Still 1cm... Aku dimasukkan ubat untuk elakkan jangkitan kuman pada baby di bahagian tangan kanan... Setiap kali kencing atau buang air besar. Nurse mesti tanya kencing atau berak color apa... Kalau kencing color hijau atau najis color hitam. Mean... Baby dah makan tahi kat dalam perut. Risau betul aku dibuatnya. Tak dapat tidur woo.

Lepas tu pulak. Doktor suruh scan. Still ok. Check degupan jantung baby pun ok.
Pagi 17 Feb 2012... Aku sekali lagi diseluk... Still 1cm. Macam takde bukaan kata Dr. Naseem. Satu-satunya doktor dari luar negara di situ. Speaking london haishhh... Then, datang pulak Dr. Lee. Doktor pakar check aku. Rasa malu pun ada. Nasib baik check bahagian perut saja. Kemudian, Doktor Naseem bagitau yang aku still ok... Sebab air ketuban macam kurang keluar. So, still kena pantau. Kalau tak berhenti gak esoknya. Mean aku kena induce. Masa tu... Aku lansung tak rasa takut sebaliknya bersemangat sebab Dr. Naseem dan Dr. Lee tak putus-putus bagi semangat kat aku.

Pagi 18hb... Air ketuban still keluar. Sekali lagi aku kena seluk. Allah! Still 1cm. Nampaknya aku kena induce. Lebih kurang 10 pagi... Aku disumbatkan ubat dibahagian vagina untuk hasilkan kontraksi dan bukaan. Jam 1 petang. Aku kena seluk lagi. Alhamdulillah! 3cm bukaan. Mungkin ada peluang untuk beranak tanpa drip kata doktor. Tapi... Malangnya jam 6 petang. Still 3cm. Dr. Naseem kata aku mesti beranak jugak before jam 8 malam. Takut risikonya tinggi. Subhanallah! Dengan badan yang lemah... Aku dimasukkan ke bilik bersalin. Aku kena drip!!!!.... Ya Allah... Sakitnya, Tuhan saja yang tahu. Masa tu... Aku hanya mampu berserah.

Namun... Aku bersyukur. Dengan satu hembusan tak sampai 5 minit aku di bilik bersalin... Alia selamat dilahirkan. Aku bersyukur pada Allah. Alhamdulillah.

Tapi... 4 hari tau aku tak boleh angkat sendiri kesan dari drip. Sakitnya badan tak dapat aku bayangkan. Mungkin faktor aku kurang makan. Macam mana nak makan... Kalau hati risau...

Bila mengingatkannya kembali. Tetiba rasa takut. Namun, aku percaya... Allah lebih berhak mengatur segalanya. Yang penting jangan putus berdoa. Walaupun dengan cara apa sekalipun baby lahir. Ia adalah amanah dari Allah... Janganlah takut. Kejap jer tu rasa sakit. Hehe... Ayat saja nak sedapkan hati yer ^_^.

Buku untuk Kanak-Kanak 3 Tahun

3:53:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Weekend baru-baru ni... Biasa minggu gaji. Perkara utama akan kami tiga beranak buat adalah shopping.

Alhamdulillah... Rezeki Alia bulan ni memang murah. Bukan setakat baju dan kasut hubby belikan... Tapi, buku pun turut hubby belikan.

Buku ke-12 dan 13 untuk Alia. Saya seekor anak Dinosaur dan saya seorang ahli Bomba. Buku saya seorang ahli Bomba sebenarnya siri cita-cita saya. So, banyaklah koleksi berkaitan cita-cita. Kalau nak beli one set... Mahal jugak harganya. Tapi... Kalau beli satu-satu... Murah jer. RM9.90.

Actually, buku ni tak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun ^_*. Itulah amaran terdapat di belakang buku yang harus diketahui. Sebab ada alatan kecik ( bahagian mata yang ada biji berupa mainan ) yang boleh menyebabkan tercekik.

Tapi... Aku dan hubby memang dah tahu before membeli. Tapi tetap jugak nak beli. Tak kisah ler... Yang penting, kami sentiasa ada kalau Alia nak pegang atau main buku tersebut. Hehe... Boleh pulak berfikiran begitu ek!


Bagi aku... Buku ni memang bagus untuk menarik minat anak agar sukakan buku. Bukan setakat gambarnya je yang menarik... Tapi isi kandungannya pun menarik dengan suku kata yang di'highlight'kan. Lagi memudahkan anak-anak untuk membacanya.

That it... Pendapat aku tentang buku terbaru hubby belikan untuk Alia.

Pada yang sudi singgah baca cerita aku yang entah apa-apa... Jutaan terima kasih aku ucapkan. Kalau ada masa singgahlah lagi ^_^.

Sekian. Wassalam...

Minuman Terbaik Ketika Dalam Pantang Selepas Bersalin

9:42:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk update belog. Kali ini cerita aku tentang dalam pantang selepas bersalin dan fokus utamanya adalah minuman terbaik untuk diminum ketika berpantang. Pada aku... Tiada istilah yang terbaik. Selagi tak memudaratkan selagi tu boleh jer di minum. Yang penting bukan coc atau air ais. Tapi lebih kepada air kosong atau susu atau kopi atau milo...

Tadi bukak fb, ada rakan facebook yang tengah berpantang. Minum milo membuatkan perutnya berangin. Tapi... Kalau aku, ok jer minum milo. Mungkin... Lain orang, lain kesannya kan. Tak dapat ler kita nak kata. Oh! Minum ni bagus... Minuman ni tak bagus. Yang penting kita sendiri yang tahu mana yang terbaik buat diri kita. Kalau yang tu tak bagus... Try yang lain pulak. Ye tak?

Teringat aku dengan kata-kata doktor pakar yang handle aku time beranak dulu, Dr. Lee. Semuanya bergantung kepada diri kita, kita yang lebih kenal tentang tubuh badan kita ^_^. Tak dapat ler 100% dengar pendapat orang saja.

Tak gitu?...


29 April 2013

Royale Baby Shoes

3:08:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Bila anak mula pandai berjalan, first thing yang akan kita beli adalah kasut atau selipar. Right!

kasut untuk kanak-kanak setahun dua bulan,

Alhamdulillah... Rezeki Alia. Walaupun takde dalam list barang yang hendak dibeli. Tetiba hubby ajak pergi kedai kasut. Belikan Alia kasut katanya. Hurmmm... Apalagi! Pucuk dicita, ulam mendatang. Aku on jer. Orang belanja. Tak payah aku keluarkan duit walaupun hakikatnya memang aku dah pasang niat nak belikan Alia kasut ^_^.

Dapat ler sepasang kasut jenama Royale Baby. Kasut pertama untuk Alia. Murah jer... RM35.00.

Yeahhh! Boleh pakai pergi jalan-jalan. Thanks ayah...


28 April 2013

Menariknya Gwiyomi di Kalangan Artis

10:24:00 AM 4 Comments


Assalamu'alaikum...

maksud gwiyomi, gwiyomi daripada artis, gwiyomi by artis, artis buat gwiyomi, hari gwiyomi,
Sumber snapping info adalah daripada www.hmetro.com.my

Betapa hebatnya kan seni gerak jari atau gwiyomi.

Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel. Kini... Ia bagai satu fenomena baru selepas gangnam style.

Bukan setakat artis saja buat gwiyomi. Blogger pun ada. Malah, ada gwiyomi islamic lagi. Haha...

Hanya gerak jari. Tapi sungguh ramai peminatnya ^_^.


Super Asia Showcase 2013 di Malaysia

10:01:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Tadi klik iklan di belog kawan pasal iklan Super Asia Showcase in Malaysia 2013... Sebab selalu sangat tengok iklan tu muncul di mana-mana belog. Teringin gak nak tahu info mengenainya terutama tempat di mana Asia showcase 2013 akan diadakan, bila dan apa aktiviti yang disediakan. 

harga tiket, di mana dan bila super asia showcase 2013 di malaysia,

Perlu tiket ke kalau nak tengok. Kalau perlu... Berapakah harganya. Bagi aku semua tu penting kalau nak pergi sesuatu event... Betul tak?

Boleh rancang bajet ^_^.

Note : Siap ada promo Win Exclusive Passes and Backstage tour tu... Dari pihak Digi.


Buah Pilihan untuk Kanak-Kanak

8:19:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Hari ni dah Ahad. Esok Isnin... Cepatnya masa berlalu. Hurmmm... Itulah kenyataan yang harus kita percayai. Begitu jugak dengan perkembangan anak-anak kan... Bila tengok muka Alia. Macam tak percaya jer dah setahun 2 bulan. Sekarang ni... Alia dah makan macam-macam dah... Cek mu... Cek dam... Ya temu, Ya entam. Bak kata mak aku. Mean... Apa saja yang dilihat. Semua nak dimakan. Tapi still under control lagi. Kang obesiti pulak. Haha... Alia obes! Jangan eh...

gambar kismis, buah terbaik untuk otak anak,

Bercakap pasal makan. Semalam ayah dia belikan Alia buah kismis. Kemain suka makan sampai nangis-nangis bila ayah tak bagi. Tu lah dia. Kalau dah suka... Macam nak makan semua. Kalau tak suka, tangan kita ditepisnya...

Macam-macam! ^_^.


Jakel?

2:59:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Alia bangun nak menyusu. Lepas menyusu tido balik. Kemain nyenyak lagi Alia tido. Aku pulak, bila dah terjaga... Ambik masa nak tido balik. Hubby pulak lansung tak terbangun. Letihlah tu. Banyak urusan membeli barang sekolah kena dia buat... Sian pulak aku tengok ^_^.

Well... Memandangkan mata tak mengantuk. Apalagi! Ni lah masa untuk aku update belog. Cerita kali ni pasal Jakel. Mesti ramai yang tahu pasal Jakel... Ingat kain, ingat Jakel. Tradmark yang mudah melekat di kepala. Tadi aku ada tengok promosi terkini di Jakel bersempena dengan hari pekerja 1 Mei 2013 ni. Bukan tu jer... Siap dah ada stok kain baru untuk hari raya. Hebat tak hebat ?


Bagi aku... Time promosi atau jualan murah nilah kita kena rebut peluang jika ada masa terluang. Kerana... Dapat jimatkan duit. Tak kisah ler kain tu kena simpan dulu... Yang penting dah ada.

Hurmmm... Pada yang suka tukar-tukar langsir setiap hari raya. Masa promosi nilah masanya untuk membeli. Jimat jugak duit. Lagipun... Kain langsir bukan 1 atau dua meter jer. Tapi berpuluh-puluh meter panjangnya...

Raya ni... Rumah aku nak tukar langsir ke tak ek?


27 April 2013

Waktu Paling Tepat Publish Entry di Blog

4:35:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...


Entri sekadar pendapat berdasarkan pengamatan dan try and error. Pada aku dan jugak apa yang aku tahu berdasarkan entri-entri popular dengan tip berblogging yang telah dikongsikan blogger otai... Waktu paling sesuai untuk update blog adalah pada waktu kemuncak di mana iklan nuffang pun muncul pada masa tu, iaitu :-

  1. Jam 8 pagi sampai 1 petang
  2. 4 petang sampai 8 malam dan
  3. 12 malam sampai 8 pagi

Kalau aku... Biasa update antara jam 8 sampai 1 petang. Kekadang ada gak belah petang. sudah semestinya entri autopublish sangat membantu ^_^.


Kisah Terkini Lahirnya 2 Pasang Bayi Kembar ( 4 Orang )

11:54:00 AM 3 Comments


Assalamu'alaikum...
Sementara tunggu Alia bangun... Aku sempat ler blogwalking jiran bloglist aku. Ternampak satu tajuk menarik di www.borakkosong.com pasal wanita inggeris lahirkan 2 pasang bayi kembar.

2 pasang kembar terbaru,
Sumber snapping info adalah daripada www.borakkosong.com

Wah! Teruja aku. Apakah petua untuk dapatkan anak kembar yang dia amalkan ek? Hehe... Nak gak tahu.

Mesti happy sesangat pasangan ni kan... Bertuah betul. Cemburu aku haishh... Apa-apa pun rezeki dia sapa tahu kan. Semuanya Allah telah aturkan... Kun fa ya kun... Jadi maka jadilah ^_^.


Tak Guna Katil Walaupun Di Hotel

11:30:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Dah siap... Ingat nak keluar shopping. Sekali... Orang dara tok maok tido. Adoi! Nampak gayanya. Terpaksa tunggu dia bangun dulu.

Siap bawak bantal dari rumah lagi. Bantal hotel besar sangat

Nampak gaya...Hubby terpaksa keluar hotel kejap beli bubur Mc'D untuk Alia. Perut dah berdendang dah ni. Nasib baik ada Munchy's Cracker penyelamat keadaan. Kalau tak mulalah pening datang ^_*.

Abaikan yer... Tempat Alia tido. Hotel dah macam rumah sendiri kami buat. Tilam diturunkan dari katil. Haha... Bila ada anak kecik ni. Mana boleh dah guna katil. Kang ada pulak jatuh katil. Alia kalau dah tido. Mahunya pusing sampai 360° darjah.

Hai... Terpaksa ler tunggu dia bangun. Nampaknya lepas zuhur ler keluar shopping ni. Dah ada anak tak sama dengan dulu, masa belum ada anak.... Boleh ler sesuka hati keluar. Tapi. Dah ada anak. Anak is first. Kena tidurkan dia dulu dan bagi makan, menyusu sampai kenyang. Baru happy jenjalan. Tak gitu?

4 BE/CPUV Campaign Sekaligus

9:52:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Tadi check Nuffnang. Happynya... Tak sangka dapat lagi 4 CPUV dari Nuffnang. Tak sangka sangat. Rezeki Alia ^_^.


Terima kasih Nuffnang dan rakan-rakan blogger yang sokong belog aku. Sayang korang sangat-sangat.

Bye... Nak pergi shopping dah ni.

Note : Aku pelik... 3 kempen terbawah tu baru sekarang dipaparkan di akaun nuffnang aku. What happen?... Apa-apa jelah. Janji aku happy berbelog.


Kisah Terkini Anne Ngasri dan Suaminya

9:30:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Tadi baca mstar online. Lama dah tak terjah. Lama ke? padahal baru 2 hari tak jengok ^_^. Terbaca ler kisah terbaru Anne Ngasri. Alhamdulillah! Dah mengandung 3 bulan dah. Bila tengok wajah Anne. Teringat aku dengan citer-citer yang dia lakonkan masa kecik-kecik. Contohnya citer kecil-kecil cili padi tak silap aku. Comel kan!

Sumber Snapping info adalah daripada laman www.mstar.gov.my



Apa-apa pun tahniah buat Anne Ngasri dan Suami. Berseri-seri wajah Anne ^_^. Biasa... Muka orang mengandung.



Bila Kanak-Kanak Bersenam

8:35:00 AM 3 Comments


Assalamu'alaikum...


Before pergi jenjalan. Nak jugak update belog. Kali ni kisah si cinta hati. Nur Qalesya Alia. Budak ni kalau dah bangun tido macam-macam gaya senaman ler konon di buat... Paling aku geli dan takut tengok bila dia lipat kaki sampai kepala. Serius! Kalau orang dewasa buat macam tu. Confirm! Krepppp.... Patah tulang ^_^.


Cute Ke?

1:24:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
On the way ke Bintulu tadi. Aku dengar radio catFM... Bercerita pulak penyampai radionya pasal gwiyomi. Almaklum ler isu terbaru time ni. So, aku bergurau dengan hubby. Apa kata ajar Alia gwiyomi nanti upload video kat youtube. 


Sekali hubby kata apa... Tak yah! gwiyomi. Alia dah cukup comel. Tergelak aku dengar jawapannya. Dah ler tu. Muka selamba badak. Pastu dia sambung lagi kata-kata... Bukan dia yang kata. Tapi... kawan dia cakap Alia comel. Haha...

26 April 2013

Samsung Terbaru 2013 | Samsung Galaxy S4 di Pasaran Malaysia esok

10:18:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah. Sekali lagi aku berpeluang untuk update belog. Kalau petang tadi aku bercerita mengenai handphone BlackBerry... Dalam...


Dan entri kali ini jugak berkaitan dengan handphone. Petang tadi, hubby beli news utusan Malaysia. Tajuk utama jadi tumpuan mata aku ialah Samsung galaxy s4 kini di pasaran. Wah! Mesti ramai yang tak sabar nak tengokkan apakah kelebihan Samsung Galaxy S4 dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note II. Nak tau... Esok dah start berada di pasaran.

samsung Galaxy s4, harga galaxy s4, kelebihan samsung galaxy s4, kebaikan samsung galaxy s4, spesifikasi samsung galaxy s4, apa kelebihan galaxy s4,
Sumber info adalah daripada utusan malaysia

Menurut artikel yang aku baca, berikut adalah spesifikasi Samsung Galaxy S4 yang cuba digambarkan :-
  1. Menawarkan skrin berdefinisi tinggi (HD) Super AMOLED bersaiz 5 inci, cip pemprosesan 1.6Hz Octa Core (Exynos51.6GHz Quad Core + 1.2GHz Quad Core), 2 gigabit RAM dan sistem operasi Android Jellybean 4.2.2.
  2. Sistem Kamera yang lebih canggih dimana menggunakan kamera belakang 13 Megapiksel flash automatik, kamera ke-2 megapiksel, rakaman video HD berkembar dengan sistem pengesan muka serta senyuman.
  3. Menggunakan bateri Li-Ion 2600 mAh, mampu bertahan sehingga 370 jam dalam mod sedia dan 17 jam dalam mod berbual. Manakala 62 jam bagi mod muzik.
  4. Didatangkan dalam pilihan 16,32 dan 64 gigabit memori terbina dalam dan slot memori tambahan dengan kapasiti sehingga 64 gigabit serta menyokong 4G LTE.
  5. Aplikasi Air View yang mengesan pergerakan jari pengguna tanpa perlu menyentuh skrin.
  6. Melalui plan celcom, Galaxy S4 ditawarkan pada harga promosi terhad serendah RM588 Semasa pelancaran.
Tu antara 6 Fakta mengenai Galaxy S4 yang perlu kita ketahui sebelum memasang angan-angan untuk membelinya. Hehe...

Semoga info yang ringkas ini memberi manfaat kepada para pengunjung belog aku yang ingin mengetahui mengenai kebaikan Samsung Galaxy S4. Kepada yang sudi berkunjung, jutaan terima kasih aku ucapkan. Kalau ada masa, jemputlah singgah kembali ^_^.

Sekian. Wassalam...


Awas! Jangan Tonton dan Download Sembarangan

4:24:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah! Sampai jugak ke bandar Bintulu. Alia tengah tido. En. Hubby pulak keluar ada urusan belian barang sekolah. Malam kot baru kami bertiga cadang nak keluar. Lagipun, Ahad baru balik sekolah semula. So, aku dan Alia ambik kesempatan berehat di hotel.

Alia tido. So, peluang aku untuk update belog. Entri kali ini berkisar tentang satu isu yang aku baca dari laman www.hmetro.com.my. Berkaitan tonton video lucah guna BlackBerry. Bahaya akibatnya tau...

tonton video lucah, tonton video lucah guna handphone, tonton video lucah guna blackberry, keburukan tonton video lucah guna telefon,
Sumber snapping info adalah daripada laman www.hmetro.com.my

Tapi... Aku sokong kalau ada perisian sebegini. Takdelah sewenang-wenangnya orang nak tonton video lucah Betul tak?


Cara Atasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin

8:01:00 AM 7 Comments


Assala'mualaikum...
Flasback again!
Kali ni berkaitan rambut aku gugur selepas bersalin. Berlaku setahun sebulan yang lepas. Pada mulanya, aku tak kisah sangat pun... Kerana beranggapan mungkin disebabkan jarang bersyampu dalam berpantang, masa mandi kot yang menyebabkan rambut gugur.

Namun... Dah habis pantang pun still lagi gugur malah semakin banyak. Naik risau aku dibuatnya. Sakitkah aku?. Apalagi... Aku pun tanyalah dengan mak before aku carik kat internet. Mak kata... Biasa tu... Rambut gugur lepas bersalin. Mak dulu pun macam tu jugak. 9 kali beranak, 9 kali mengalami keguguran rambut selepas bersalin. Oh! Ye?... Tapi... Hati aku still lagi ragu-ragu dengan jawapan emak.

So, untuk memuaskan hati. Apalagi mulalah cari kat internet dengan hot keyword rambut gugur selepas bersalin. Banyak laman yang menawarkan jawapan kepada persoalan aku. Rata-rata mengatakan ia adalah perkara normal yang dihadapi wanita selepas bersalin. Mungkin disebabkan berlakunya berubahan hormon. Lega hati bila dapat tahu kenapa rambut gugur selepas bersalin. Ada gak yang kata... Rambut akan kembali ke normal bila anak berumur setahun. Lamanya tu. Huhu...

Selain itu, ada jugak laman yang menawarkan produk untuk atasi rambut gugur. Tapi... Aku tidak bertindak melulu untuk terus memilih produk sebagai cara untuk mengatasi rambut gugur yang aku alami. Maklumlah... Aku ni jenis susah makan ubat, sepertimana pernah aku bagitau dalam...


Apa-apa pun... First step aku ambik untuk atasi keguguran rambut yang aku alami before berjumpa dengan doktor adalah dengan memotong rambutku sedikit selain membuat urutan kepala secara tradisional. Itu adalah saranan emak aku untuk atasinya. Alhamdulillah! Tak silap aku... Umur Alia masuk 5 bulan. Rambutaku kembali ke normal. Rambut semakin kurang gugur dan sekarang... Jarang... Jaaaarang sekali rambut nak gugur.

Begitulah cerita basi setahun yang lepas... Yang masih segar dalam ingatan. First baby ler katakan. Haha... Baru sekarang nak kecoh bercerita. Nak buat macammana. First baby takde pengalaman. sudahnya belog dibiarkan berkubur buat sementara. Banyak masa dihabiskan untuk melayan si Alia.

But... Now, aku ada masa. So, boleh ler bercerita balik. Walaupun cerita dah basi. Oklah! Setakat ni jer kot cerita aku. InsyaAllah! Nanti sambung dengan cerita lain pulak. Okeh!

Pada yang sudi singgah, jutaan terima kasih aku ucapkan. Kalau sudi, singgahlah lagi ^_^.

Sekian. Wassalam...


Gwiyomi Pencetus Fenomena Terkini

5:36:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Semalam. Aku sempat ler draf entri untuk update belog. Sempat search lagi step tarian gwiyomi Pencetus fenomena terkini di Malaysia. Malah... Melambak video gwiyomi kat youtube tau.

Kenapa aku carik cara menari gwiyomi?

Sumber gambar adalah daripada laman www.mohamadfareez.com

Hehe... Suka tengok sekadar untuk bersuka-suka. Bajet nak Ajar Alia buat gwiyomi. Entah dapat ke tidak. Gwiyomi sekarang macam gangnam style aku tengok. Sana-sini bercakap pasal gwiyomi.

Lepas ni apa pulak lah ye?


25 April 2013

Rahsia Aku Mendapat BE/CPUV Campaign dari Nuffnang

3:04:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Atas kesempatan yang aku ada untuk sekali lagi update belog. Kalau tadi, aku berkongsi cerita mengenai Artikel Kacang Rebus RM1,000 Laku Semalam.

Kali ni pulak, aku nak berkongsi info bagaimana aku mendapat BE/CPUV pertama dari Nuffnang... Seperti pernah aku kongsikan di dalam... Entri | CPUV Pertama dari Nuffnang. . ( Baru dapat 1 Cpuv dah kecoh... Right ). Sekadar berkongsi as a guideline di masa hadapan sebenarnya. Mana tau. Terlupa! Boleh rujuk balik. Tak perlulah aku nak search kat google satu-satu dengan hot keywords. BE/CPUV campaign from Nuffnangs...  

Ok! Berikut adalah beberapa step yang telah aku try and error selama 2 minggu then terus dapat Cpuv Nuffnang. ( Selama ni tak pernah nak ambik kisah pasal BE nuffnang. Sebab berblog atas dasar suka-suka konon. Entah! Last 3 weeks before aku tergoda untuk cari tau pasal Buffered Earning dari Nuffnang ). Top-top aku berjaya dapat sebijik campaign. Haha... Kecoh betol   Ok! Ok! Berbalik step yang aku maksudkan... Berikut adalah langkah-langkah aku ambik untuk dapatkan BE/CPUV dari Nuffnang:-  

① Update setiap hari. 1 entri cukup arr. Tapi kalau banyak lagi bagus sebab time BE/CPUV campaign muncul di belog tak sama. Bilakah BE campaign muncul di belog... Kenalah study. Baru dapat tingkatkan duit BE/CPUV.

② Kedua pulak. Kena ikhlas semasa update biodata di Nuffnang. Kalau boleh update selalu ok ^_^.

③ Ketiga. Apa yang aku buat seperti saranan pihak Nuffnang. Kena update Survey Nuffnang jugak. Kalau tak pihak Nuffnang tak tahu tentang kewujudan belog kita.

④ Keempat, apa yang aku buat. Kekadang aku buat entri pasal cpc campaign yang terdapat di belog sebagai sokongan aku terhadap pihak Nuffnang. Dan... Iklan Nuffnang kenalah diletakkan ditempat yang mereka sarankan.

⑤ Last... Apa yang aku buat. Kenalah rajin hantar tiket kat pihak Nuffnang. Itu berdasarkan apa yang aku baca dari belog yang dah dapat banyak BE. Tapi... Aku baru je 2 kali hantar tiket kat pihak Nuffnang. Apa citer?  

Tu lah antara 5 benda yang dah aku try untuk dapatkan BE/CPUV campaign dari Nuffnang. Ternyata berjaya.   Satu lagi sebelum aku lupa. Status glitteri adalah diutamakan dalam memperolehi BE. Selebihnya bergantunglah kepada rezeki. Rezeki kekadang tak dapat kita nak duga.

Wallahu'alam...


Durian Runtuh Musim Pilihan Raya

11:03:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Sempat gak aku nak update belog. Tadi aku terjah Kosmo Online. Biasa arr, before dapat yang hardcopy. Online duluan aku terjah.

Huhu... Sana-sini cerita pasal isu panas PRU-13. Ada yang meninggal kena serangan jantung lah. Ada yang cedera kena letupan sampah lah. Dan tak kurang gak yang kena pecat kerana bertanding atas tiket bebas. Sapa tu?... Tang tu, aku tak nak bidas. Aku bukan pro part politik ok!

rezeki pru13, isu panas terkini pru-13,
Sumber snapping info adalah daripada laman www.kosmo.com.my

Tapi satu citer ni best pasal kacang rebus laku RM1,000 semalam. Wah! Murah rezeki. Nak-nak musim pilihan raya. Time ceramah. Confirm! Ramai yang keluar dengar ceramah. Masa nilah ramai para peniaga ambik kesempatan jual barang. Macam pesta aku tengok.

Bila baca cerita ni aku teringat PRU-12... Di tempat aku weiii. Sana-sini penjaja jual makanan. Memang kena serang. Seperti semut tengok gula... Betapa lakunya makanan menjelang pilihan raya.

Tulah meriahnya pilihan raya kan... Mengalahkan hari raya kemeriahannya.


Tak Pernah Tukar Syampu

7:41:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Entri kali ini bukan aku nak bercerita pasal syampu yang Alia pakai. Tapi... Entri kali ini tentang aku sendiri. Asyik citer pasal Alia jer kan... Mana pulak citer si emaknya.

Ketahuilah... Aku jenis sorang yang setia ( Angkat bakul sendiri nampak ). Namun... Kesetiaan aku juga ada batasnya. Terutamanya pada sesuatu produk. Kalau setia dengan suami... Itu takde galang ganti. Setia hingga hujung nyawa tau.


Part produk... Kalau sesuatu produk tu bagus setelah menggunakannya dalam beberapa bulan. Confirm! Tak tukar punya. Contohnya, salah satu produk aku tak tukar dari zaman anak dara sampai sekarang adalah syampu jenama pantene. ( Bukan nak bodek pihak pantene or mana-mana pihak tau ). Ini adalah sekadar pendapat aku as a user.

Pada aku... Pantene memang bagus. Kalau tak mana mungkin en. Hussien turut memakai syampu pantene jugak. Syampu pantene pada aku bukan je membuatkan kepala berasa ringan. Ia juga membuatkan rambut kelihatan bersinar dan kuat. Jaranglah nampak rambut gugur... Kecuali selepas bersalin dulu. Tapi itu cerita lain. Bukan tu je... Kelemumur pun tiada bah!. Sungguh selesa! Itulah kesimpulannya. Dan... Satu lagi, sebelum pakai pentene dan mengamalkan petua kurangkan rambut gugur. Memang ada gak rambut gugur. Tapi tidak lagi sekarang. Alhamdulillah ^_^.


Setakat ni... Belum terfikir lagi nak tukar syampu... Walaupun macam-macam syampu berada di pasaran ketika ini.... Sebab dah selesa guna syampu pantene ^_^

Pantene memang terbaik!


24 April 2013

Bila Anak Mula Belajar Nak Menulis

8:53:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...


Pada usia begini... Alia mula belajar nak pegang pensil malah tahu kegunaannya. Mungkin kerana pemerhatian... Selalu tengok aku atau ayahnya menulis ^_^.

Tapi satu jelah. Kanak-kanak Seusia Alia perlukan pemerhatian lebih. Terutamanya bab keselamatan. Pensil! Nampak je kecik tapi boleh mendatangkan bahaya.

Teringat aku dengan satu kisah tak silap aku berlaku tahun lepas di negara China ke Omputeh... Di mana seorang kanak-kanak tercucuk matanya dengan pen. Menyebabkan matanya tercedera.

Nauzu'billah! Benda macam nilah kita mesti elakkan daripada berlaku. Kena alert... Peringatan buat sendiri gak sebenarnya.

Siapa tak sayang anak kan... Cuma kekadang. Malang tak berbau ·_·.


Kolagen Dalam Buah Kiwi?

12:42:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Sapa nak sihat dan cantik mesti makan buah banyak. Tu... Bukan aku yang kata. Tapi nurse yang kata... Time bawak Alia checkup umur setahun. Nurse sarankan bagi Alia makan buah-buahan. Haha... Macam ler kita tak tau ek!

Bercakap pasal buah. Kali ni aku nak share tentang khasiat buah kiwi. Info ni aku baca dari majalah iSIHAT last week. Terfikir nak share. So, terhasillah entri ini.

rahsia buah kiwi, kebaikan kiwi, khasiat buah kiwi, buah baik untuk wanita, bagus untuk kulit wajah,

Aku tak tau rasa buah kiwi... Sebab tak pernah rasa. Kenapa tak pernah rasa? Tak suka. Haha... Abaikan ok! Tapi seriously aku memang tak berminat nak makan buah kiwi... Tak tau kenapa.

Tapi menurut artikel yang aku baca buah kiwi rasanya manis. Manis ek? Rasanya yang manis itu dikatakan sebenarnya mengandungi sejumlah vitamin C dan antioksidan yang membawa kepada pembentukan kolagen, mencegah kedut pada wajah serta cegah proses penuaan berlaku sebelum waktunya.

Tu dia betapa hebatnya buah kiwi kan. Untunglah pada siapa yang suka makan buah kiwi ^_^. Khasiatnya sungguh bagus!



23 April 2013

Cara Betul Bancuh Susu

8:37:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang diberikan untuk aku terus berkongsi cerita di alam maya.

Kali ini. Aku nak share tentang bagaimana nak bancuh susu dengan betul Alah! Senang je tu. Bancuh susu or whatever jenis minuman pun memang senang right. Tapi pernah tak alami susu berketul-ketul bila dibancuh.


Di sini aku nak ambik kesempatanlah nak kongsi info yang hubby dapat dari kawan dia, MA... Sebab hubby suka minum susu omega dan sebab selalu alami susu berketul-ketul hubby pun tanya. Tapi, boleh je search carik kat google sebenarnya. Namun, hubby kata lebih baik tanya kawan yang arif..Katanya... Untuk kekalkan khasiat susu dan agar susu tidak berketul-ketul. Kena bancuh air susu dengan air suam-suam kuku dan bukannya air panas.

Hehe... Aku dulu kalau bancuh susu hubby memang guna air panas. Tapi memang betul la ada ketul-ketul susu akan timbul. Tapi sekarang dah tau. No problemo.

Tulah. Kekadang benda simple pun kita tak tahu kan.


Anak Sapa La Nie?

12:50:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Hehe... Gambar Alia. Dah reti nak pakai cermin mata dah. Hari tu ayah dia yang belikan. Lupa dah berapa harganya. Tapi... Seriously, murah je bah re'ganyamakna atau sebutan harga dalam Bahasa Sarawak ). Bawah 20. Ambik kau! Cuba teka berapa harganya. Kahkahkah...


Masa ambik gambar ni. Alia siap try pakaikan cermin mata tu sendiri. Walaupun serong sana... Serong sini. Dia tetap lucu dengan cermin matanya. Sebagai ingatan... Secebis catatan aku coretkan untuk puteriku Nur Qalesya Alia ^_^.

Mesti rindu dengan this moment nanti kan... Bila baca semua ni. Aku harap belog ni still wujud sampai bila-bila. Namun, aku still ada hardcopy as a backup. Hehe...

Simple note dari aku. Takde yang menarik sangat pun. Namun, pada yang sudi singgah... Jutaan terima kasih aku ucapkan. Nanti kalau ada masa singgah ler lagi ^_^.

Sekian. Wassalam...



22 April 2013

Susu Pilihan Ketika Mengandung

4:59:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Flasback Again!

Last year... Aku jarang update pasal mengandung mahupun pasal Alia. Al-maklumlah. First baby... So, tumpuan sepenuhnya diberikan kepada Alia dan suami. Dunia belog aku lupakan buat sementara... Lagi-lagi masa tu digunakan untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru. Dunia sorang ibu... Rasa tak percaya dah ada anak.

Jadi... Sekarang aku try nak refresh balik that moment. Rindu haihh! Entri kali ni pun akibat terpengaruh dengan fikiran melayang ingatkan saat-saat mengandungkan Alia.

Di saat aku disahkan mengandung. Ayah Alia kemain happy lagi. Yelah! Dah setahun menunggu. Akhirnya penantian itu berakhir. Apalagi first thing en. Hussien beli after balik dari klinik ialah susu untuk ibu mengandung. Kami tak decide pun nak beli susu apa. Main bantai je. Beli yang pack kecik susu anmum materna tanpa berperisa. Yang biasalah kiranya. Setiap hari aku akan minum 2 gelas iaitu pagi dan malam sampaila Alia lahir. Non stop. Entah! Masa tu... Terus ok je dengan anmum materna tanpa sebarang penolakan walaupun time morning sickness. Still boleh minum.


Tapi... Aku ada gak try yang perisa coklat. Hampeh! Tak menepati selera anak tekak aku. Setiap kali minum. Mesti muntahkan balik. So, beli jelah yang biasa.

Tapi kan... Sekarang aku tengok promo kat tv. Siap ada anmum materna perisa mangga lagi. Tak silap aku sesuai untuk yang rasa mual-mual. Baguslah. Nanti second baby, InsyaAllah aku nak try. Hehe... Bilalah nak dapat second baby yer.

Pada aku. Susu anmum materna bagus untuk ibu mengandung. Mengikut kepada pengalaman berhasilnya seorang bayi bernama Alia. Aku yakin, susu Anmum Materna adalah sangat bagus. Tengok saja masa Alia lahir dan juga proses dia membesar, tulang dia sangat kuat. So aku sangat yakin dengan Anmum Materna, dan mengharapkan baby akan datang pun akan berbadan kuat, bijak dan sihat seperti Alia.

Selain tu berikut juga adalah alasan kukuh kenapa aku akan terus pilih anmum materna...

1. Dia juga provides ganglosides and DHA untuk development baby di dalam perut. Sebab sel-sel otak yang penting ini mula terbentuk seawal 27 hari selepas persenyawaan.

2. 100% keperluan harian folat untuk memastikan tulang belakang baby berkembang dengan baik dan kuat.

3. Besi untuk pembentukan sel darah merah diperlukan untuk membawa oksigen kepada baby.

4. Kalsium untuk tulang yang kuat dan mempunyai banyak nutrien yang penting.

InsyaAllah! Anmum materna tetap menjadi pilihan nombor satu aku di masa-masa akan datang... Jika dipanjangkan usia hendaknya.

Sekian. Cerita pendek aku tentang susu pilihan semasa mengandungkan Alia.
Wassalam...

Persembahan Ala-ala Kiyomi Gitu!

2:22:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Semalam layan bintang mencari bintang. First persembahan daripada group xoxo dan sifu mereka En. Harun salim Bacik. Mereka bawak persembahan ala-ala kiyomi gitu... Tu yang tak tahan tu. Walaupun kecomelan mereka tak terserlah. Hehe... Namun, persembahan mereka not bad lah... Nampak comel dengan handphone baru ciptaan mereka konon-kononnya lah... Harap-harap mereka terus naik walaupun two week before group mereka terbawah dengan hanya 28 markah.

Kemudian... Group Bocik dan Afdlin Shauki. Memang terbaik! Aku suka tengok persembahan diorang semalam. Best giler ^_^.

Group Raja Azura dan Awok pulak... Kelaut. Lansung tak lawak. Itu sekadar pendapat aku jelah. Pastu... Group Titan dan Sabri Yunus pulak. Ok je... Antara group yang lawak jugak lah. Not bad.

Faizal Ismail dan Ajo pun hebat jugak. Kelakar. Tak sangka FBI banyak idea jugak untuk buat lawak. Good job!

Last sekali kumpulan senario dan gegau. Kurang menyerlah jugak aku tengok. Lagu best... Cuma sketsa je hambar.

Hehe... Kalau part mengkritik. Nombor satu. Tak mau kalah. Macam hebat sangatkan. Tapi... Kita boleh tengok dan rasa ape. Yang mana best atau tidak. Betul tak?

Aku rasa group B lagi ramai yang mampu buat lawak jika nak dibandingkan dengan group A last week. Juara kumpulan B untuk minggu ni... Ialah Bocik.

Huhu... Tengok tv jer keja aku untuk hujung minggu ni. Malas nak keluar dan takde yang menarik sangat pun... Sekadar sedikit pendapat aku tentang bintang mencari bintang kumpulan B.

Sekian. Wassalam...



Tanda-tanda Bayi ingin tidur

10:21:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Menyempat jugak aku taip entri. Lepas subuh en. Hussien tido balik. Alia lagilah sedang lena dibuai mimpi. Lagi-lagi kat luar hujan. Memang best tidur.

Bercakap pasal tidur. Entri aku kali ni pun berkaitan dengan tidur... Iaitu bagaimana nak tahu seseorang bayi tu hendak tidur?...

Sebagai pengalaman pertama mengandung... Itu antara first info aku cari di internet. Bagi aku ia memang mudah. Tapi tidak untuk semua bayi sepertimana pernah diperkatakan oleh Dr. Carol Cooper dalam bukunya bertajuk " soal jawab bayi dan kanak-kanak"
Salah satu buku rujukan aku untuk menjaga dan mendidik Alia. Perkembangan bayi berbeza-beza. Ada yang susah nak tidur dan yang senang nak tidur.

Jadi... Di sini aku ingin kongsikan Beberapa tanda yang menunjukkan bayi ingin tidur, iaitu :-

1. Mula merengek tak sudah walaupun dah tukar pampers or bagi susu.
2. Tarik-tarik telinga
3. Tarik-tarik rambut
4. Asyik gosok mata dan
5. Asyik menguap

Itu tanda-tanda ingin tidur bayi yang aku perasan sepanjang setahun 2 bulan aku menjaga Alia... Dan ada benarnya jugak info-info yang aku baca dari buku mahupun internet.


Cuma tu jelah... sejam pertama. Confirm! Alia bangun balik dan nangis. setelah didodoi... barulah lena tidur sampai pagi. cuma bangun untuk menyusu. Then sambung tido tanpa sebarang masalah. Aku bersyukur. Setakat ni tak pernah lagi berjaga dalam jangkamasa yang lama. Alhamdulillah!

That it antara tanda-tanda bayi ingin tido yang ingin aku kongsikan. Pada yang sudi singgah. Jutaan terima kasih aku ucapkan. Kalau ada masa, singgahlah lagi ^_^.

Sekian. Wassalam...


21 April 2013

Nyaman Sik Alia?

3:09:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Pagi tadi... Kami 3 beranak pergi pasar Sungai Asap. Hajat di hati nak carik sayur... Pakcik Jerman 3 hari dah tak jual sayur. Dapatlah sayur kucai, kacang dan bayam. Alhamdulillah!

Kemudian... Singgah pulak kedai aunty. Kedai selalu kami pergi. Kiranya pelanggan tetaplah. Tempat sumber kami membeli air mineral 12 kotak setiap bulan beb. Takde pun nak beli apa sebenarnya. Cuma en. Hussien je berhajat nak beli air milo kotak. Dah tau dah. Confirm!

produk minuman terbaik untuk kesihatan tubuh badan,
Musim hujan sekarang ni... Alia selsema lagi. Tu yang hidung kekuningan kena kunyit ^_^

Sampai dalam kereta. Mak aiii... Alia merengek mintak milo kotak bila tengok ayah dia sedang khusyuk minum guna straw. Apalagi... Ayah dia bagi arr. Tapi sikit je dalam kotak tu. Fuh! Kemain lagi dia hisap. En. Hussien saja ler tanya Alia "Nyaman sik Alia?" ( maksud sedap tak dalam Bahasa Sarawak ). Dengan kadar segera Alia mengangguk. Seperti memahami pertanyaan ayahnya. Aku dan en. Hussien sama-sama tergelak tengok gelagat Alia.

Sungguh menghiburkan hati. I love u so much sayang.

Nota Kaki : Milo adalah antara produk kegemaran kami. Mesti ada stok kat umah.


Tonton MasterChef Selebriti Musim 2

12:09:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Alia dan ayah dah tido. So, peluang aku untuk update belog. Hurmmm... Malam ni seperti dalam perancangan dan saat-saat yang ditunggu. Aku dan en. Hussien menonton ler rancangan MasterChef Selebriti Musim ke-2

senarai selebriti MasterChef musim 2,
Sumber gambar adalah daripada laman www.mstar.com.my

Tangkapan pertama en. Hussien... Mesti happening this program sebab ada Anot, Shani, Yassin, Cik Ta, Satyia, Kencana dan lagi-lagi Datuk Aznil. Memang meriah kawww kaww... Untuk warming up... Mereka di suruh memasak pada firasat mereka... Tentang apa pasangan dalam gambar ber'frame mereka dapat. Datuk Aznil dapat gambar Anot... Anot pulak dapat gambar Datuk Aznil. Hehe... Macam dah berjanji.

Tapi... Kesian Datuk Aznil terkena minyak time memasak. Mula-mula ingatkan teruk rupanya berlakon. Sikit jer...

Kemudian dalam cabaran pertama hanya 6 orang peserta sahaja dipilih untuk dirasai masakan mereka. Yang uniknya masakan kencana... Siap para juri komen lagi. First time tengok orang masak guna periuk tanah. Interesting right?

Tapi... Sayang seribu kali sayang... Aku terpaksa tunggu siaran ulangan MasterChef Selebriti 2 untuk hari pertama first week Hujan lebat... Apalagi Astro meragam ler jawabnya. Aku sempat tengok sampai juri komen masakan Kencana sahaja.

Hujan satu rahmat. Nak buat macam mana... Tido ler jawabnya.

Apa-apa pun selamat malam. Pada yang sudi singgah jutaan terima kasih aku ucapkan. Dan... Jangan malu, jangan segan. Kalau ada masa singgahlah lagi. ^_^.

Sekian. Wassalam...


20 April 2013

Juara Dai Pendakwah Milenia

8:35:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Berkesempatan jugak aku tengok peringkat akhir program dai tv3. Pesaingan sengit tu antara Azam, Adibah dan Hadari.

Semua teka-teki dahpun terjawab dan akhirnya Adibah dinobatkan sebagai pendakwah milenia pertama. Tak sangka aku... Sebab before ni aku selalu teka Azam yang akan juara. Rupanya tidak. Namun, Adibah tak kurang hebatnya jugak. Sungguh petah berhujah. No wonder dapat juaralah kan...

Hurmmm... Dai dah tamat. Moga ada dai seterusnya. Malam ni pulak start rancangan Masterchef selebriti musim ke-2. Tak sabar nak tengok ^_^.



Terbaru PD233 Untuk Telefon Pintar atau Tablet

2:51:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Entri ke-5 dari aku untuk hari ni. Entri yang ditaip sambil menonton cerita Hindi Pardes. Alia tengah tido. So, peluang aku untuk update belog.

Citer aku kali ni berkaitan dengan teknologi terkini iaitu pencetak mini PD233 untuk telefon pintar atau tablet. Bunyi macam hebat. Itulah yang diperkatakan di laman www.bharian.com.my yang sempat aku baca tadi... Masa nak tidurkan Alia.

PD233, spesifikasi Pencetak mini pd233, kelebihan pencetak mini pd233, kebaikan pencetak mini pd233,
Sumber snapping info adalah daripada laman www.bharian.com.my

Menurut sumber yang aku baca... Pencetak Poket mini ini diperkenalkan oleh LG Electronic (LG) dan berikut adalah kelebihan Pencetak Mini PD233, iaitu :-

1. Memudahkan penggunanya mencetak gambar secara terus selepas diambil melalui telefon pintar atau tablet.

2. PD233 adalah pencetak poket mini yang memberikan kualiti cetakan gambar terbaik dan pantas. Hanya perlu menyambungkan telefon pintar dengan pencetak melalui sambungan WiFi.

3. Pencetak poket mini ini boleh digunakan untuk pengguna telefon pintar Android dan iOS.

4. Pencetak yang kecil ini sangat menarik dan mempunyai bentuk luaran yang stylish.

5. Hasil cetakan dari pencetak ini akan berukuran 5.1 x 7.6 cm, saiz yang sangat praktikal untuk dikongsi atau dijadikan kenangan.Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi pencetak ini dan seterusnya hanya perlu menyambungkan telefon pintar dengan pencetak poket mini dan boleh terus mencetak dengan pantas.

Tulah antara 5 fakta mengenai pencetak mini terbaru untuk telefon pintar yang wajib kita ketahui sebelum berkira-kira untuk membelinya.

Cute kan PD233? Berapakah harganya yer? Mesti first edition mahal... Macam telefon bimbit gak. Hurmmm... Macam-macam gajet ada sekarang ni. Tak terkejar kita dibuatnya.

Begitulah antara spesifikasi pencetak mini terbaru untuk telefon pintar yang membuatkan aku teruja untuk berkongsi mengenainya.

Pada sudi singgah baca entri aku. Jutaan terima kasih aku ucapkan. Lain kali datanglah lagi. Hehe...

Sekian. Wassalam...


Duduk Rumah Jer!

11:23:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Hari ni penamaan calon. Malas nak kuar rumah. Mesti sesak. Cukup ler dengan menunaikan kewajipan mengundi. Layan tv je untuk ketahui berita terkini mengenai penamaan calon.

Apalagi... Lepas breakfast, hubby dan aku terpacak depan tv. Alia pulak kecoh sana-sini... Berjalan je kejanya. Mentang-mentang dah pandai berjalan.


Kat tv... Meriah sungguh suasana penamaan calon terutamanya pengumuman calon yang telah disahkan untuk PRU-13.

Selesai sudah penamaan calon. Bermula pulak musim berkempen... Pasti meriah!

Teringat aku time kecik-kecik dulu. Time mengundi nilah mak aku banyak dapat income cathering. Alhamdulillah! Sekarang pun. Masyukkk!

Huhu... Sana-sini citer pasal PRU-13 kan. Apa-apa pun selamat berhujung minggu aku ucapkan.


Senarai Calon PRU-13 Mengikut Parti

8:18:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Tarikh 20 April 2013 telah ditetapkan bagi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kesemua 222 pusat penamaan calon di seluruh negara akan dibuka pada pukul 9.00 pagi selama sejam sebelum ditutup pada pukul 10.00 pagi.

Berikut adalah antara senarai terkini calon bertanding PRU-13 mengikut parti :-

1. BN
2. PAS
3. PKR dan
4. DAP

Semoga info sikit ini memberi manfaat yer ^_^.

Pilih yang terbaik siapa calon untuk memimpin. Sumber info adalah daripada www.bharian.com.my.


Menariknya Jiroemon Kimura Individu Tertua di Dunia Terbaru

4:27:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Disebabkan mata still tak mengantuk. Aku try ler baca online news, kot-kot ada berita terkini untuk 20 April 2013. Sana-sini isu panas pasal politik. Yang bestnya pulak ada yang dah letak table untuk senaraikan keputusan rasmi PRU-13. Semangat tu ^_^. Tapi biarlah proses PRU kali ni berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tak diigini.

Selain tu gak, ada ni satu berita menarik individu tertua di dunia sambut harijadinya yang ke-116. Tuanya dah kan? Apalah petua atau rahsia dia yer ^_^.

Jiroemon Kimura, lelaki tertua di dunia sambut harijadi ke-116, individu tertua di dunia terkini, Dina Manfredini,
Sumber snapping info adalah daripada www.utusan.com.my

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Happy birthday Encik Jiroemon Kimura. 

Kalaulah aku masuk Rekod Dunia Guinness *_~.

Mesti bangga kan! Mimpi ler... Nak masuk.


Rahsia Memiliki Mata Yang Cantik

3:08:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Baru-baru ni aku terbaca satu artikel di Majalah Rapi keluaran April bertajuk "Miliki Mata Cantik Dengan 4 Cara"... Yang aku kira bagus untuk dipraktikkan kerana... Mahu cantik tanpa perlu berbelanja mahal cuba diterapkan. I like it ^_^. Amat murah dan mudah aku kira... Dan berikut adalah panduan paling mudah terdapat dalam artikel tersebut. Aku try terangkan guna bahasa kamek empun ok!

Kaedah pertama guna ketulan ais. Letak dalam kain dan lekap je kat mata. Senang kan. Cara tok (sebutan ini dalam bahasa Sarawak) bagus untuk legakan mata yang letih.

Kaedah kedua yang sudah semestinya diketahui umum. Minum banyak air. Sik (sebutan tak dalam bahasa Sarawak) mata kelihatan sembap selain bagus untuk tubuh badan.

Kaedah ketiga pulak... Guna uncang teh. Yang tok... Kamek belum coba gik. Caranya rendam sekejap dalam air kemudian lekap di mata.

Kaedah terakhir yang biasa orang guna ialah buah timun. Hiriskan dan letak dalam peti sejuk beberapa minit sebelum ditekapkan ke mata. 

Memang mudah! Tapi... Walaupun mudah. Seriously, aku jarang mempraktikkannya. Hurmmm... Nak kena rajin ni. Lingkaran hitam kat mata macam nampak je sekarang *_*.

Haha... Ada ke bagi Rahsia kecantikan seawal pagi jam 3. Nak buat macam mana. Tengah boring lepas menyusukan Alia. Apalagi... Publish entri ler jawabnya. Kahkahkah... Sapa nak baca entri time ni.

Saja je kan... Kejap lagi penamaan calon. Tak check lagi tempat penamaan calon, tempat 
kira undi. Kalau rajin try usha belog Izan Mama Mia, dia tahu tu kat mana.

Mesti meriah esokkan.


19 April 2013

CPUV/BE Pertama daripada Nuffnang

10:42:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah! Rezeki Alia... Sementara tunggu slot Zehra sebenarnya aku isteri dia episod 4. Tetiba rasa nak check akaun nuffnang aku. Lama dah tak check.

Wowww... Biar betul ada BE/CPUV campaign project breeze pop pop melekat di belog aku. Tak pernah berharap. Namun, tetap berusaha untuk mendapatkannya setelah try and error. Berhasil sihhh! Thanks a lot kepada pihak nuffnang kerana memberi kepercayaan kepada belog picisan Seperti belog aku yang hanya banyak merapu entah apa-apa. Haha...


Sikit je pun nilai... Tapi heboh nak share. Sebenarnya teruja yang lebih. Tu yang sampai nak share tu... First step telah berjaya....

Good Job ^_^.

Apa-apa pun... Aku tetap enjoy berbelog. Thanks Nuffnang. Ni buat nak terus sokong nuffnang ni... Yola tu. Bodek lebih!

Dan... Pada yang sudi berkunjung ke belog aku. Also thanks. Kalau sudi, jemputlah singgah lagi ^_^.

Sekian. Wassalam...


Syarat Kelayakan Memiliki Rumah Mampu Milik Bagi Penjawat Awam

1:34:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Banyaknya program 1 Malaysia dilancarkan sekarang ni. Yang terbaru Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Putrajaya. Nampak macam menarik. Kalau ikut artikel yang aku baca di Harian Metro, berikut adalah syarat kelayakan untuk memiliki rumah mampu milik bagi penjawat awam yang diutamakan :-

syarat kelayakan ppa1m, ppa1m,
Sumber snapping info adalah daripada www.hmetro.com.my

1. Berkhidmat dan bermastautin di Putrajaya dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan akan diberi keutamaan untuk memiliki kediaman itu.

2. Lebih istimewa mereka hanya perlu perlu membayar minimum RM2,000 (sebagai deposit), lepas itu tak payah bayar sehingga rumah siap maknanya bila rumah siap dan sudah masuk baru mula bayar.

Seronok ler yang tinggal di Putrajaya. Hehe...

Ikan Sardin Ayam Brand Pun Sedap!

11:56:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang aku cipta sendiri.... Untuk terus berkongsi cerita. Belog aku dah macam diari dah aku rasa. Apa jer aktiviti semua nak share kat belog. Nak buat macam mana. Itu yang aku minat.

Sebenarnya... Ini cerita semalam yang tak sempat nak aku share. Ada ke orang nak baca? Ada atau tidak itu bukan masalah bagi aku. Apa yang penting... Aku happy dengan apa yang aku buat ^_^.

Semalam... En. Hussien teringin nak makan sardin dalam tin. Dah lama tak makan katanya. So, balik dari bermain bola... Dia belikan ikan sardin ayam brand. Antara jenama sardin favourate kami.

So, aku masaklah sebagai hidangan dinner semalam bersama dengan fish ball goreng dan sayur kacang. Simple je lauk dinner kami. Dek lama dah tak merasa sardin dalam tin. Sampai 2 pinggan nasi aku makan. Tak padan dengan badan kecik.

sardin terbaru, ayam brand,

Bercakap pasal sardin ikan... Di sini aku jugak nak share cara memasak sardin tin paling mudah aku kira. Nanti Alia boleh rujuk. Tu pun kalau belog ni masih wujud lah yer. Ok! First...

Bahan:
Sardin ikan ayam brand
Sedikit kari ikan tak kisah jenama apa
Sedikit kicap. Agak-agak lah yer
2 ulas bawang putih dihiris halus
Hirisan halia sebesar ibu jari
Bawang Bakong ( makna bawang besar dalam Bahasa Sarawak ) dihiris.
Sedikit ajinomoto
Sedikit minyak

Kemudian, cara masak pulak...

Pertama... Tumis bawang putih, bawang bakong dan halia di dalam minyak yang telah dipanaskan.

Kemudian masukkan sardin dan sedikit kari. Dah sebati baru masuk kicap dan ajinomoto. Siap!

Mudah kan.

Ok! Aku rasa setakat tu je kot perkongsian aku untuk kali ni. Pada yang sudi singgah, terima kasih aku ucapkan. Kalau sudi... Singgahlah lagi.

Sekian. Wassalam...


Setahun 2 Bulan Dah

9:25:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Syukur pada Allah. Semalam genaplah usia Alia setahun 2 bulan.

Alia membesar dengan sihat. Alhamdulillah!. Sekarang ni Alia try nak pegang sudu dan pinggan. Tiap kali nak makan. Mesti akan kacau aku yang dok suap makanan kat mulut dia. Nak gak pegang sudu. Solution yang aku guna dengan kadar segera... Pasti ada gak bekas dan sudu untuk dia. Hehe... Padan muka. Lekalah dia bermain. Senang sikit nak bagi dia makan.


Bukan tu je. Dia pantang tengok tudung aku. Mesti diambiknya dan diletakkan di kepala. Tak kiralah gaya macam mana. Yang penting. Tudung di kepala. Bijak betul ^_^.

So, tengok Alia suka sangat dengan tudung. Aku pakaikan dia dengan inner. Senyum lebaq dia haihh! Macam-macam olah ( maksud gelagat dalam Bahasa Sarawak ) Alia ada... Tak terasa dah setahun 2 bulan. Sepertinya... Baru semalam Alia dilahirkan. Cepatkan... Masa berlalu!



18 April 2013

Tinggalkan Anak dalam Kereta?

4:51:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Tinggalkan anak dalam kereta? perkara biasa yang masyarakat kita lakukan. Terutama melibatkan urusan yang tak lama. Alah! Kejap jer. 5 minit pun tak sampai. Tapi... Kalau sesuatu perkara tu nak jadik... Dalam masa satu minit pun boleh. Contohnya apa yang berlaku dengan sorang kanak-kanak semalam yang dipaparkan di sinar harian. Gara-gara keseorangan dalam kereta... Akhirnya telah dilarikan oleh seorang pemuda. Kan bahaya tu!


Banyak sangat dah citer pasal bahayanya tinggalkan anak dalam kereta. Tapi masyarakat tak serik-serik lagi. Maklumlah belum terkena. Kalau dah terkena baru nak menyesal. 

Macam-macam kan. Sama-samalah kita beringat yer. Kalau yer pun nak tinggalkan anak dalam kereta. Saranan aku biarlah ada orang dewasa gak dalam tu. Jangan biarkan anak-anak sorang-sorang dalam kereta. Bahaya.

Nauzu'billah...


Koleksi Widget Related Post Bergambar yang Menarik

1:58:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Di ruang maya ciptaanku ini. Sekali lagi aku ingin berkongsi cerita. Secara umumnya, Cerita kali ini lebih berkisar tentang menghiasi blog. Dan secara spesifiknya lebih berkaitan dengan 3 jenis related post yang awesome iaitu sepertimana yang kita ketahui... Ia adalah salah satu widget yang mampu tingkatkan pageview sesuatu blog.

So, secara ringkasnya... Aku ingin kongsikan beberapa jenis widget related post yang menarik. Malah, ramai blogger menggunakannya. Berikut adalah senarai beberapa jenis widget related post paling popular yang aku maksudkan, iaitu :-

1. Linkwithin.com
Related post jenis ini memang popular. Rata-rata blogger menggunakannya. Just klik link ini | linkwithin.com untuk download dan install.


2. 2leep.com
Related post jenis ini pun tak kurang hebatnya. Menarik! Nak tahu lebih lanjut lawatilah laman ini | 2leep.com


Related post terkini yang mendapat sambutan terhebat sekarang ni. Ramai gak blogger yang tukar widget related post mereka gara-gara nrelate. Nak tahu kehebatan penangan widget nrelate ni... lawatilah laman ini | nrelate.com


Tu antara 3 jenis widget related post untuk blogspot paling menarik aku kira. Semoga info sedikit daripada aku memberi manfaat di masa hadapan. Mana tau nak tukar selera. Ye tak?

Sekian. Wassalam...

17 April 2013

Terbaru | Kisah Ibu Mengandung Bunuh Diri

5:52:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Kalau semalam... Kita disajikan dengan kisah kematian adik Amar Farhan di Banting... Ikuti kisahnya dalam entri aku sebelum ni | Budak maut dek kerana letupan sampah.

Kali ni pulak mengenai kisah tragis kematian seorang ibu yang mengandung dengan 3 orang anaknya.

Sungguh menyedihkan. 4 kematian dalam satu masa...

Sumber snapping info adalah daripada laman www.hmetro.com.my

Namun... Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Manusia... Bila aura negatif menguasai minda dan hati tak mampu mengawalnya. Maka jadilah perkara-perkara yang tak diingini berlaku dalam sekelip mata.

Tetapi kita seharusnya ambik ikhtibar daripada berita ini. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan di dunia ini. Tinggal... Kita jer. Pilihan di tangan kita. Negatif atau positif sesuatu keputusan itu. Hanya diri kita yang tentukan keputusannya. Betul tak?

Tepuk dada, tanyak dirik! Renung-renungkanlah.... Untuk diri aku jugak sebenarnya, yang kekadang terlalu cepat membuat keputusan.

Sama-samalah kita beringat okeh!



Apam Seri Muka Tak Banyak Bahan

5:11:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Haha... Tengok tajuk. Sah cokot! (maksud berkira dalam bahasa Sarawak). Sudah semestinya bagi aku yang kurang mahir dalam bab memasak. Resepi tak banyak bahan menjadi pilihan utama aku. Confirm!.Why? Mun sik menjadi pun... Taklah membazir kan... Tapi. Selagi ada resepi. Menjadi punya. Ye tak?

resepi sikit bahan, kuih apam seri muka,

Kali ni... Apam seri muka menjadi sajian petang buat kami suami isteri. Ni citer semalam punya ok! Senang je resepi aku ni.

Bahan :
250 gram tepung gandum
4 biji telur
75 gram gula pasir
160ml santan
1 sudu teh perisa pandan ( perisa kegemaran aku... Jangan tak tahu ) dan
1/2 biji kelapa tua okeh! Bukan muda... Diparut

Sikit kan bahan!...

Kemudian. Cara buatnya pulak :-

Pertama : Pukul telur dan gula pasir sampai kembang. Terpulang... Nak guna pengadun or cara lama...

Kedua : Hentikan dan masukkan tepung sikit demi sikit dan kacau. Kemudian... Tambahkan perisa pandan dan santan.... Adun hingga sebati okeh!

Ketiga : Panaskan bekas yang telah dioles dengan minyak dan diisi dengan kelapa parut. Tuang adunan. Dah settle. Mulalah sesi mengukus apam pulak. Kukus sehingga masak.

Kalau nak apam cantik dan gebu. Tip dari aku. Jangan bukak kukusan sebelum masak... Agak-agak lah yer!.... Untuk resepi aku ni bolehlah dapat hasil dalam 30 biji. Alhamdulillah!.

That it... Menu minum petang semalam. Citer basi baru nak share.

Terkini | Semakan Kemasukan ke Tingkatan 6 2013/2014

3:59:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah!... Pagi tadi aku check Laman web kementerian pelajaran Malaysia, kot-kot ada berita terkini.

semak tawaran masuk tingkatan 6 2013, semak kemasukan tingkatan 6 2013, semakan online tawaran kemasukan tingkatan 6 2013/2014,

Rupanya ada satu pemberitahuan terkini mengenai semakan status tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 2013/2014 yang mana boleh dilakukan pada 24 April 2013 (Rabu). Semakan online boleh dibuat melalui laman kementerian pelajaran malaysia | www.moe.gov.my.

Mesti ramai yang berdebar-debar tunggu result tawaran kan...


Alia dan Munchy's Crackers

10:02:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Hurmmm... Baca akhbar pagi ni. Macam-macam isu panas terbaru menjelang PRU-13. Sana-sini pasal politik. Tapi entri aku kali ini bukanlah nak mengulas pasal isu panas terkini PRU-13. Tapi...

Sekali lagi cerita tentang cinta hati. Kali ni berkisar tentang breakfast si budak kecik yang esok hari genaplah usianya setahun 2 bulan (18 April 2013). Semakin besa dah dia yer ^_^.

Alia cukup suka dengan crackers jenama Munchy's. Makan cicah dengan air susu... Memang habis 2 pack kecik yang jenama biasa dibuatnya. Nak-nak makan sambil tonton tv. Pagi ni... Alia breakfast sambil tengok kartun Eori. Hehe...

makanan bayi setahun,

Kalau yang perisa sayur pulak. Sampai 5 keping habis dimakannya. Sebab tu. Crackers Munchy's wajib ada dalam senarai belian setiap kali shopping barang dapur. Stok Munchy's mesti ada bak kata ayah... Crackers pilihan kami sekeluarga. Oh yeahhhh....

Aku dengan hubby pulak breakfast mee goreng dan juga semestinya vege crackers. Selamat bersarapan. Have a nice day ^_^.


Tawaran Terkini Daripada Hotlink

6:43:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...
Bestnya pengguna Maxis, sampai RM1 jer... Promosi ditawarkan Hotlink. Dulu aku pengguna Maxis dan Celcom. Biasa time study dulu. Sampai 2 number. Aku percaya ramai budak universiti gitu. Betul tak?

Tapi sekarang aku guna satu nombor saja iaitu celcom. Coverage celcom lah yang ok kat sini. Bercakap pasal promosi terkini dari Hotlink. Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. aku kliklah iklan color merah seperti di bawah di blog kawan aku. Aku rasa kat blog aku pun ada gak iklan ni muncul sekali-sekala dari pihak nuffnang.



Ceritanya begini .. MAXIS ada Produk terbaru  yang dipangggil MAXIS RM1 Jer ! Haaa ... RM1 jer pon... Tersangatlah murah. Apakah produk tu? Dengan mendail *100*2# di telefon bimbit kita , kita boleh memuat turun 4 jenis kategori paling popular.. Hanya dengan RM1 jer ! 4 kategori ditawarkan iaitu... Music / Ringtone, Berita, hiburan terkini dan Permainan. 

Kalau aku part berita paling best... Dengan RM1 jer dah dapat baca berita. Tak perlu susah dah.

Siapa pengguna maxis. rebutlah peluang. Nak tahu selanjutnya mengenai iklan tersebut... Bolehlah melawati laman Hotlink seperti berikut | Maxis