Assalamu'alaikum... Walaupun pertama kali bergelar ibu. Belajar daripada pengalaman menjadikan kita lebih dewasa untuk menghadapi...

Tanda yang jelas menunjukkan kehamilan

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...
Walaupun pertama kali bergelar ibu. Belajar daripada pengalaman menjadikan kita lebih dewasa untuk menghadapi hari yang mendatang. Contohnya tentang kehamilan. Kiranya entri kali ni mengimbau kembali saat-saat kehamilanku setahun yang lepas.

Bercakap tentang kehamilan. Setiap wanita pasti akan melaluinya dengan izin Allah. Bagaimana mengetahui diri kita hamil? Pasti ada tanda yang jelas.  Yang pasti tanda itu sama tapi tak serupa pada setiap orang wanita.

Kalau aku dulu... Tanda pertama... Datang bulan lewat 2 minggu. Haiseh! tak pernah lewat begini... Monolog dalamanku berlaku. Tapi aku tak ambik kisah pun dan terus menunggu period tak kunjung tiba. Hati mulai berdebar dan firasatku mengatakan diriku hamil. Namun, aku cuba tidak mengharap.

Lepas tu. Emosi mulai berubah secara drastik. Itu kalau akulah. Terlebih sensitif dan mudah betul nak marah. Ada je yang tak kena. Aku mulai ragu-ragu. But still ignore! tak nak mengharap sebenarnya.

Dalam masa yang sama... Aku asyik nak makan buah mangga je kerjanya. haisey! Mengidam ke? Sah! memang hamil bentak hatiku. Tapi...  Alah! Biasa tu kekadang nafsu nak makan sesuatu tu tetiba datang tanpa diduga.

Sehinggalah aku mulai pening dan loya. Apalagi! asyik nak baring je kerjanya. Lepas tu pulak. Semakin parah. Morning sickness pulak wujud. Fuh! Muntah yang amat seksa bagiku. Apa taknya. Makan je... Mesti muntah. Macam mana berat badan tak turun right....

Disebabkan tanda-tanda jelas lagi nyata itulah aku dan hubby sepakat untuk test kehamilan menggunakan alat pengesan kehamilan. Double line. Mean... Aku pregnant! Macam tak percaya je... Tapi. Itulah hakikat yang seharusnya aku terima bahawa aku sah hamil.

So, untuk mendapatkan kepastian. Akhirnya hubby temankan aku untuk berjumpa dengan doktor dan setelah melalui ujian air kencing. Ternyata! Sah dalam perutku ada baby. Gembiranya hati hanya Allah yang tahu.

Begitulah antara tanda kehamilan yang aku kongsikan berdasarkan apa yang pernah aku lalui. Semoga ia memberi sedikit semangat untuk para wanita yang bakal bergelar ibu. InsyaAllah!

Sekian. Wassalam...




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: