Assalamu'alaikum... Disebabkan mata tak ngantuk dan boring  membuat keronsang . (***lepas dapat hasil 5 keronsang boringlah...

Popia berinti Sardin

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...


Disebabkan mata tak ngantuk dan boring membuat keronsang. (***lepas dapat hasil 5 keronsang boringlah pulak) pagi tadi. Jam 12 pagi beb. Aku buat popia berinti sardin. Resepi permintaan En. Hussien. Ingat esok nak buat. Alih-alih aku terbuat. Tengah malam buta lagi tu...

Selepas siap inti. Aku start lah menggulung popia. Dalam 20 biji jer aku buat. 2 orang jer kan makan. Dan hasilnya lepas siap aku simpan dalam freezer. Seawal jam 5 aku bangun untuk menggoreng popia dan sediakan sarapan lain iaitu nasi goreng... 

En. Hussien makan 2 biji jer... Aku ingat tak sedap. Rupanya dia nak bawak bekal popia tu. Sedap katanya. lagipun dah kenyang makan nasik goreng tu yang makan sikit. Haha... Biasalah En. Hussien... Sedap ke, tak sedap ke aku masak tetap dia puji kata sedap. 

Betapa hebatnya air tangan isteri kan. Begitulah cerita aku seawal pagi yang baru sekarang aku kecoh nak cerita. (***ke nak tayang popia berinti sardin). Hehe...

Orait! Sekian. Wassalam...






ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: