Assalamu'alaikum... Satu sikap yang lelaki tak suka pada pasangan terutamanya ketika bercinta. Belum ada apa-apa hubungan lagi ...

Materialistik Sungguh!

/
0 Comments


Assalamu'alaikum...


Satu sikap yang lelaki tak suka pada pasangan terutamanya ketika bercinta. Belum ada apa-apa hubungan lagi dah mintak macam-macam (*** Maksud aku hubungan suami isteri) suruh beli ini dan itu. Kalau tak dibelikan... Merajuklah jawabnya. Sian! Lelaki nak kena pujuk.

Masa aku bercintan-cinton dulu, mak selalu pesan jangan mintak sesuatu daripada lelaki. Kang dah tak suka macam mana. Nak bayar dengan apa... Kalau jenis lelaki yang berfikiran terbuka. Ok lagi... Boleh terima jodoh di tangan tuhan dan tak kisah dengan duit ringgit yang habis.

Tapi... Macam mana pulak lelaki jenis yang berkira dan pendendam. Mahunya mintak macam-macam kat kita sebagai balasan. Bahaya tu!

Pada aku... Tak perlu mintak pun. Kalau jenis lelaki yang baik. Macam-macam hadiah kita akan dapat. percayalah... Bhaha! Pengalaman tu... En. Hussien selalu hadiahkan aku barang. Dia tahu aku jenis orang yang tak suka meminta-minta. Sampai sekarang pun aku masih lagi dapat hadiah daripada dia termasuklah handphone galaxy note baru-baru ni (***kalau rajin, carilah entri pasal hadiah yang aku maksudkan).

Bercintalah dengan ikhlas dan jujur. Kalau tak... takde lelaki pun nak pandang kita kalau mereka tahu kita perempuan bersifat materialistik. Percaya... Lah!

Sekian...

p/s : Cantik tak lukisan aku? Aku guna aplikasi picsart kat handphone...




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: