Assalamu'alaikum... Entri berkisar agama ingin aku kongsikan. Namun... Entri ini bukanlah berdasarkan pendapat tulus dari dirik...

Hukum merakam kelahiran anak

/
2 Comments


Assalamu'alaikum...

Entri berkisar agama ingin aku kongsikan. Namun... Entri ini bukanlah berdasarkan pendapat tulus dari diriku. Siapalah aku untuk memperkatakan tentang hukum agama. Sedangkan... Masih banyak yang perlu aku pelajari.

Namun... Apa yang aku ingin kongsikan di sini ialah jawapan Encik Hafiz Firdaus Abdullah, penulis buku agama berkaitan dengan apakah hukum merakam video kelahiran anak? dalam ruangan bimbingan rohani di dalam majalah Pa&Ma... Dan pendapat beliau adalah dibolehkan untuk membuat rakaman video, tetapi tidak digalakkan. Mengapa?

Ini kerana aurat isteri pasti terdedah di saat-saat hendak melahirkan dan semua ini sudah pasti dirakam bersama. Kita tidak tahu siapakah yang akan menonton rakaman tersebut pada masa akan datang. Boleh jadi ada rakan atau jiran yang secara tidak sengaja menontonnya dan mendedahkan aurat isteri kepada mereka adalah haram hukumnya... Ada faham! Hehe... Pendapat yang ringkas tapi padat kan...

Semoga info ini menjadi peringatan buat kita semua. InsyaAllah...

Sekian. Wassalam...




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. terima kasih kongsikan info mcm ni... tp kalau sy pun tak mahu dirakam.. biarlah dia jadi satu memori buat diri sy sendiri jer...

    ReplyDelete
  2. ohh begitu..klu nak rakam kena pandai handle aurat isteri la nmpknya.hehe

    ReplyDelete