Assalamu'alaikum... Seingat aku. Aku mula berjinak dengan dunia blog pada Januari 2011. Tu pun... Pada mulanya atas dasar suka-su...

Blog?

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...
Seingat aku. Aku mula berjinak dengan dunia blog pada Januari 2011. Tu pun... Pada mulanya atas dasar suka-suka dan ingin tahu. Sehinggalah sekarang... Ia Menjadi satu keseronokkanlah pulak. Bertambah hobi aku. Bhaha!...

Pada mulanya, aku memang tak tahu apa itu blog?. 

Aku mengenali blog pun apabila mencari info di internet dan terarah kepada beberapa blog seperti blog kepunyaan Ben Ashaari. Macam best! Aku mulalah menyimpan angan-angan untuk ada blog sendiri. Maka wujudlah blog Fizalinolie.

Pada aku... Blog adalah jurnal maya yang kerap dikemaskini dan seterusnya disebarkan untuk wadah bacaan umum. Andai baik yang kita tulis... Maka baiklah impaknya. Andainya buruk yang kita sampaikan... Maka negatiflah kesannya.

Blog juga pada pandangan aku bersifat tidak formal kerana ia ditulis dengan gayanya tersendiri bergantung pada penulisnya. Contohnya blog aku sendiri. Bersifat peribadi dan lebih santai. Macam-macam cerita ada.

That it's pandangan aku terhadap makna apa itu blog. 

Hakikatnya, aku amat seronok bila berkongsi cerita di blog. Hilang jugak tekanan tau. Hehe... Tak banyak, sikit... Kan!

Orait! Sekian...

Wassalam...




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: