Assalamu'alaikum...
Sambungan daripada episod 16.... kali ni... Ain menyatakan hasrat untuk menjemput Fariz makan malam di rumah bersama dan dia telah menggunakan baby dalam kandungan sebagai alasan. Akhirnya, Firdaus yang dianggap sentiasa menuruti kemahuan isterinya telah menjemput Abg Riduan dan Fariz untuk makan malam bersama. Wah! Ada peluang untuk Fariz memujuk abangnya.

Namun... Abg Riduan tidak dapat temankan Fariz. Akhirnya Fariz pergi soranglah jawabnya. Sampai jer di rumah... Firdaus masih menunjukkan reaksi yang hambar akan kehadiran adiknya. Menyedari hal itu. Mulalah Ain main peranan. Kononnya, baby dalam perut nak makan ikan masak lemak. Apalagi... Fariz yang merupakan pelajar dalam bidang kulinari mempelawakan diri untuk masakkan ikan masak lemak untuk Ain. Sampailah suatu ketika... Tusukan bau yang harum telah menggoda Mira adik Ain untuk terarah ke dapur.... Kerana dah 5 tahun beb dia tak hidu bau masakan orang Malaysia. Huhu... Satu jangkamasa yang lama tu... Dan maka terjadilah jejak kasih antara Mira dan Fariz. Kemudian.... Chewah! Boleh jadi panglipurlara ni. Hehe...

Ok! Citer masa makan pulak. Firdaus masih menunjukkan sikap hambarnya dengan hanya menjamah sedikit sahaja makanan di depan mata... Dan terus masuk bilik. Tinggal Ain dan Mira jer yang layan Fariz. Cuma... Waktu nak balik jer Firdaus keluar. Sampai di rumah Abg Riduan mulalah sesi hantar report dengan emaknya melalui skype... Teruja weii... Ibunya mendengar khabar tentang Firdaus. Ibu manakan yang tak sayangkan anak... Walaupun anak angkat. Itu satu kisah.

Firdaus pulak tetiba curi-curi makan. Maklumlah 5 tahun dah tak merasa masakan masak lemak. Dalam pada masa yang sama, timbul pulak kisah Faiz (***antara watak yang aku tak suka. Biasalah watak jahat kan) yang kebosanan dan seperti biasa keluar pergi kelab malam dan telah melihat bakal isterinya Fifi yang tengah mabuk bersama dengan seorang lelaki. Bukan main mesra lagi... Slurppp! Tetiba habis. So, next episode akan aku update okehhh!

Bye...

Sekian. Wassalam...