25 March 2013

Tip elak ruam lampin



Assalamu'alaikum...

Aouchhh! Satu-satunya keadaan aku paling tak suka bila tengok bayi mengalami ruam lampin.

Kalau kulit punggung merah, berbintik dan mengelupas. Bayi tak selesa dan kerap menangis apabila terkena air time mandi. Tu tandanya bayi mengalami ruam lampin.

Namun... Aku bersyukur. Kerana dengan mengamalkan petua elak ruam dan produk vaseline. Alia langsung tak menghadapi ruam lampin. Bukan nak riak atau menunjuk-nunjuk. Tapi niat ingin berkongsi info. Mana tau ada yang nak try. Haha... Ada ke yang nak baca blog picisan seperti aku ni. Takpelah! Catatan ni pun akan berguna nanti untuk anak seterusnya. Mana tau. Kita kan mudah lupa. Boleh rujuk blog sendiri untuk rujukan. Tak gitu?

ubat berkesan untuk ruam lampin, cara elak ruam, tip cegah ruam lampin, cara atasi ruam lampin,

Ok! Antara tip elak ruam lampin aku maksudkan ialah :-

「1」 Kerap menukar lampin setiap kali bayi kencing atau buang air besar.

「2」 Sapukan antiseptik pada punggung setiap kali menukar lampin. Part ni... Aku biasa gunakan veseline. Memang terbaik! Just my opinion ok.

「3」 Elak gunakan bedak talkum. Apakah kesan penggunaan bedak talkum?

「4」 Pastikan lampin selesa dan longgar. Aku suka produk Huggies dry pants. Memang terbaik.

Tulah 4 tip mudah hindari ruam lampin yang aku selalu amalkan. Alhamdulillah! Dah setahun sebulan dah usia Alia. Belum pernah lagi hadapi ruam lampin.

Semoga info sedikit ini berguna untuk semua.

Selamat mencuba!

Sekian. Wassalam...


3 comments: