Assalamu'alaikum...
Firstly... Selamat harijadi buat yang lahir pada bulan Mac. Entri aku kali ni juga berkaitan bulan Mac iaitu rahsia lahir bulan Mac.

lahir bulan tiga, March, rahsia bulan mac, kebaikan bulan mac, lahir bulan mac, rahsia kelahiran bulan mac,

Sebenarnya, aku suka baca berkaitan dengan rahsia setiap bulan kelahiran tapi tidak 100%mempercayainya. Apa yang pasti. Aku lebih mudah ambik sesuatu yang positif sebagai guideline untuk memperbaiki diri dan yang negatif jarang sekali aku ambik pusing. Yelah kan... Takde manusia yang sempurna di dunia ni.

Daripada apa yang aku tahu berdasarkan beberapa buah artikel dan buku... Personaliti mereka yang lahir pada bulan Mac ialah berpesonaliti yang menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka kepada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong.Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan.Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalam bidang muzik.Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.

Banyak jugak sifat positif yang digambarkan pada insan yang lahir pada bulan ke-3 tau jika nak dibandingkan dengan yang negatif.

Namun, dalam banyak-banyak sifat yang digambarkan... Aku cukup tak suka dengan sifat pendendam. Bagi aku... Kalau tak dikawal, boleh membahayakan. Sebab tu... Ada orang sanggup bunuh orang tau! Ngeri bila difikirkan.

Apa-apa pun, itu tak penting. Bagi aku, apa yang penting kita kenalah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi seorang insan yang lebih baik dan disenangi oleh masyarakat.

Selamat hari lahir buat insan yang lahir pada bulan Mac.

Sekian... Entri ringkas dari aku.

Wassalam...