Assalamu'alaikum... Flashback again! Setelah setahun berlalu... Kalau entri sebelum ni aku bercerita tentang bagaimana tali pusat...

Lawatan pemeriksaan mama hamil

/
1 Comments


Assalamu'alaikum...
Flashback again! Setelah setahun berlalu... Kalau entri sebelum ni aku bercerita tentang bagaimana tali pusat Alia tertanggal selepas 5 hari. Entri kali ni pulak aku ingin kongsikan kisah pengalaman pertama aku disahkan mengandung selepas membuat pemeriksaan di Klinik kerajaan.

Lebih kurang 6 minggu usia kandunganku barulah pergi klinik. Tu pun sebab period aku tak datang. Biasanya every months akan ada. Dah agak sebenarnya aku pregnant. Sebab banyak sangat perubahan pada diriku. Demam, tak lalu nak makan, asyik moody dan loya.

Alkisah... Biasalah, pertama kali pergi pemeriksaan mana tau prosedurnya. Jadi, bawak diri jelah kan. Sekali... Nurse tanya... " Bawak tak air kencing?". Sudah! Apahal pulak nak kena bawak air kencing. Tulah! Dah tau dah berumahtangga... Tuntutlah ilmu. Nak buat macam mana. Tak terfikir pun nak cari info pasal pemeriksaan untuk ibu mengandung. Apa yang perlu.

Nak dijadikan cerita. Aku dan en. Hussien terpaksa balik semula ke rumah sebab aku tak dapat kencing. Balik rumah minum air kosong bebanyak dan pergi ke klinik semula. Kan... Dah kena ulang-alik. Air kencing sebenarnya untuk menguji dan sahkan kehamilan kita.  Jadi, berita gembira buat aku... Aku disahkan positif hamil.

Sambung citer...

Jadi, sebagai pengalaman dan pengetahuan... Kali ini aku ingin berkongsi info tentang pemeriksaan ibu hamil pulak.

Pertama, kekerapan pemeriksaan ibu hamil kebiasaannya bergantung kepada jadual klinik antenatal dan sebaiknya mulakan pemeriksaan antenatal lebih awal iaitu pada minggu ke-8 kehamilan. Tu... Berdasarkan dengan apa yang nurse bagitau aku masa buat pemeriksaan dululah. Kemudian, di sini jugak aku ingin kongsikan info lain tentang pemeriksaan pertama kali kehamilan... Antaranya ialah:-

Ujian air kencing
Ni bukan setakat pertama kali pemeriksaan. Tapi everytime checkup kena buat. Why? Kerana untuk mengesan pelbagai penyakit yang melibatkan kandungan gula, protien, darah dan sebagainya. Kalau aku. Siap bawak dari rumah lagi. Aku malas nak queue kencing kat klinik. Sonang citer. Tu pasal ujian air kencing.

Ukur berat badan
Juga akan dilakukan rutin setiap kali pemeriksaannya. Ia bertujuan untuk memastikan ibu dan bayi dalam kandungan sihat. Untuk makluman... Based on penerangan nurse kepadaku. Jika ibu mengalami alahan dan muntah teruk di awal kehamilan, penurunan berat badan semasa tiga bulan pertama adalah perkara biasa. Harus diingatkan jugak... Pertambahan berat badan normal adalah antara 10-20kg sepanjang tempoh kehamilan. Aku dulu lebih kurang 16kg berat badanku bertambah. Tapi... Alhamdulillah! Sekarang back to normal, 50kg. Satu lagi. Ibu tak boleh tau kurang berat badan kerana ia petunjuk bayi kurang mendapat nutrien yang cukup. Tapi... Bertambah secara mendadak pun tak boleh gak. Kerana ia merupakan tanda-tanda awal tekanan darah tinggi atau diabetes. Take note ok!

Hurmmm... Apalagi ek! panjang ni kalau nak cerita. Apa kata aku stop kat sini dulu. Kita rehat dulu. Nanti lain entri aku sambung ek. Ada something nak buat. Ok!

Sekian. Wassalam.




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. pastu check bp,scan perut setiap kali checkup kena buat.klu amik darah utk hb normally sebulan sekali je..ye2 je kan tambah..:)

    ReplyDelete