Assalamu'alaikum... Aku terlupa tentang Earth Hour sebenarnya. Nasib baik terbaca dari blog  Fiza Rahman , tu yang teringat dan...

Hari ni Earth Hour

/
3 Comments


Assalamu'alaikum...

Aku terlupa tentang Earth Hour sebenarnya. Nasib baik terbaca dari blog Fiza Rahman, tu yang teringat dan cuba untuk sebarkannya semula sebelum earth hour 2013 menjelang tiba malam nanti. Nak tak nak... Sibuk ke tak sibuk... Cepat ke tak cepat. Terhasillah entri yang aku kira lebih daripada 100 patah perkataan. Haha... Ada ku kesah!

earth hour 2013, maksud earth hour, pengenalan kepada earth hour, sejarah earth hour, tujuan earth hour, kebaikan earth hour,
Sumber gambar adalah daripada dateandtime.com

Apa itu Earth Hour? Pada aku lah Ek! Pengertian Earth Hour adalah Satu global event day yang dibuat oleh WWF. Haha...

Apa itu WWF? WWF adalah merupakan singkatan kepada World Wildlife Fund. Kenapa Earth Hour diwujudkan? Ia diwujudkan adalah disebabkan fenomena perubahan iklim dunia yang drastik.

Apa yang aku tahu berdasarkan apa yang aku baca Earth hour bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana seramai 2.2 juta penduduk Sydney menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.

Kemudian... Tahun 2008 pula Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai event ni dan menutup lampu dari pukul 8-9 malam. 

Sehingga tahun ini.... Banyak negara yang telah turut serta dalam event ini termasuklah Malaysia sendiri. Sebenarnya ada kebaikan earth hour ni sebenarnya. Pertama, menginsafkan kita tentang nenek moyang kita dulu-dulu yang hidup tanpa elektrik. Betapa susah dan sabarnya mereka. Kalau kita... Mak aiii blackout kejap pun dah manas ( maksud marah dalam bahasa Sarawak adalah manas.)

Selain tu jugak... Ia boleh jimatkan elektrik dan sekaligus mengingatkan kita bahawa bumi ini perlukan jagaan daripada kita as a human. So, Sokonglah earth hour. Tak lama pun sejam jer.

Jangan lupa earth hour 23 Mac 2013, 8.30 sehingga 9.30 malam. Apa ek nak buat dalam gelap dalam masa sejam? ~_~.

Kejap lagi bermulalah perjalanan balik kampung kami 3 beranak  setelah semalaman tidur di Hotel AAA.

Sekian. Wassalam...

Selamat bergelap selama sejam...




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. tak sabarnya nak bergelap :) hihi..
    bagus jugak kalau ada earth hour ni.. boleh jimat letrik.. :)

    ReplyDelete
  2. @Puteri AfiqahYup! Betul tu. Marilah kita bersama-sama sokong earth hour :)

    ReplyDelete
  3. igtkan dh terlepas..ok sokong earth hour!

    ReplyDelete