Back to Top

16 March 2013

Jadi mangsa gigitan



Assalamu'alaikum...
Masa untuk aku update blog. Alia tengah khusyuk bermain. Jadi... Curi masa sebelum dia berolah. Ni pun nak update pasal dia ni. Sejak umur setahun dan lagi sehari akan mencecah setahun sebulan ni. Perangai dia macam budak umur 5 tahun.

kebolehan bayi setahun, kemahiran bayi setahun,

Tengok tv kemain khusyuk... Macam faham apa yang ditengok. Kekadang telatah Alia membuatkan en. Hussien tersenyum dan gelengkan kepala.

Paling aku tak tahan... Kalau aku baring. Siap!... Confirm! dia akan naik badan aku. Kalau naik jer tak kisahla. Ni tak... Siap hentak-hentak punggung lagi. Fuhhh! Rasa nak terkencing dibuatnya. Bukan tu jer. Siap cari peluang lagi untuk gigit aku. Sakit wooo... 6 batang gigi dia membuatkan aku menangis. Pernah sekali tu dia gigit lengan aku sampai tak nak lepas. Percuma aku mengalirkan air mata tau.

Kalau ayah, tak nak pulak dia gigit. Tahu takut... Ayah dia selalu tawarkan diri untuk digigit. Sian katanya bila tengok aku selalu jadi mangsa gigit. Lepas tu... Dia ada teether... Tapi tak nak guna. Sebaliknya dibuat mainan. Hebat kan...

Macam-macam ragam...

Tapi... Serius! Anak adalah segala-galanya. Cukup terhibur walaupun selalu jadi mangsa gigitan. 

Ok! Aku rasa cukup kot kisah Alia untuk kali ni. InsyaAllah! Nanti ada masa aku update lagi.

Sekian... Wassalam...


2 comments:

  1. agaknya dia geram kat mama dia jer..hihi

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum fiza....comelnya geram tengok...:)

    jom join...
    http://maszull.blogspot.com/2013/03/segmen-sabtu-by-emas-putih.html

    ReplyDelete