Back to Top

31 March 2013

Alia dan Safi Rania Gold!

7:43:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Semalam penat sangat... Lansung tak update blog. Sampai je hotel mandikan Alia. Pastu makan dan sebagainya. Top-top dah tidur. Tak sedar pukul berapa dah jam. Pagi ni seawal jam 6 Alia dah bangun. Bangun-bangun bukan mintak susu. Tapi... Safi Rania Gold aku dikebasnya. Hehe... Anak mak yang sentiasa senyum bila bangun tido. 


Sekali jer menyusu semalam. Lansung tak bangun. Penat sangatlah tu. 7 jam perjalanan beb! Mana tak penat...


30 March 2013

Tempat Rehat pertama kami

1:21:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Cuti dah habis. Bermakna bermulalah perjalanan balik ke sekolah. Bertolak dari rumah agak lewat. Entah! Bateri kereta weak pulak. Tukar bateri kereta, RM145 melayang seawal pagi. Biasalah kan lumrah ada kereta. Sampai di Taman Sebangkoi, Sarikei 1.12 petang. First R&R kami bertiga menuju ke Bintulu. Ramai gak berhenti rehat dan aku pun tak nak buang peluang snap gambar. Haha...



Tanda yang jelas menunjukkan kehamilan

1:39:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Walaupun pertama kali bergelar ibu. Belajar daripada pengalaman menjadikan kita lebih dewasa untuk menghadapi hari yang mendatang. Contohnya tentang kehamilan. Kiranya entri kali ni mengimbau kembali saat-saat kehamilanku setahun yang lepas.

Bercakap tentang kehamilan. Setiap wanita pasti akan melaluinya dengan izin Allah. Bagaimana mengetahui diri kita hamil? Pasti ada tanda yang jelas.  Yang pasti tanda itu sama tapi tak serupa pada setiap orang wanita.

Kalau aku dulu... Tanda pertama... Datang bulan lewat 2 minggu. Haiseh! tak pernah lewat begini... Monolog dalamanku berlaku. Tapi aku tak ambik kisah pun dan terus menunggu period tak kunjung tiba. Hati mulai berdebar dan firasatku mengatakan diriku hamil. Namun, aku cuba tidak mengharap.

Lepas tu. Emosi mulai berubah secara drastik. Itu kalau akulah. Terlebih sensitif dan mudah betul nak marah. Ada je yang tak kena. Aku mulai ragu-ragu. But still ignore! tak nak mengharap sebenarnya.

Dalam masa yang sama... Aku asyik nak makan buah mangga je kerjanya. haisey! Mengidam ke? Sah! memang hamil bentak hatiku. Tapi...  Alah! Biasa tu kekadang nafsu nak makan sesuatu tu tetiba datang tanpa diduga.

Sehinggalah aku mulai pening dan loya. Apalagi! asyik nak baring je kerjanya. Lepas tu pulak. Semakin parah. Morning sickness pulak wujud. Fuh! Muntah yang amat seksa bagiku. Apa taknya. Makan je... Mesti muntah. Macam mana berat badan tak turun right....

Disebabkan tanda-tanda jelas lagi nyata itulah aku dan hubby sepakat untuk test kehamilan menggunakan alat pengesan kehamilan. Double line. Mean... Aku pregnant! Macam tak percaya je... Tapi. Itulah hakikat yang seharusnya aku terima bahawa aku sah hamil.

So, untuk mendapatkan kepastian. Akhirnya hubby temankan aku untuk berjumpa dengan doktor dan setelah melalui ujian air kencing. Ternyata! Sah dalam perutku ada baby. Gembiranya hati hanya Allah yang tahu.

Begitulah antara tanda kehamilan yang aku kongsikan berdasarkan apa yang pernah aku lalui. Semoga ia memberi sedikit semangat untuk para wanita yang bakal bergelar ibu. InsyaAllah!

Sekian. Wassalam...


Nelydia Senrose lah!

12:11:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...

Tengok tajuk seperti ada perbezaan pendapat. Itulah berlaku di antara aku dan kakak ipar semasa menonton slot Zehra tv3 terbaru, Sebenarnya saya isteri dia yang ditayangkan setiap jumaat jam 9.00 malam.

pelakon zehra, uqasha senrose, tiz zaqyah,
Sumber gambar adalah daripada laman engkumuzahadin.blogspot.com

Haha... Mati-mati kakak iparku mengatakan pelakon membawa watak Rania adalah Nelydia Senrose. Tetapi aku tetap kata bukan. Untuk membuktikan kebenaran kata-kata aku. Seperti biasa dasar tetap nak menang aku search internet untuk menyatakan bahawa pelakon yang membawa watak Rania adalah kakak kepada Nelydia Senrose... Iaitu Uqasha Senrose. Ni babak permulaan cerita beb... Dah! Berdebat. Baru episod pertama untuk sebenarnya saya isteri dia!. Belum lagi episod seterusnya. Akhirnya kakak iparku akur dengan jawapanku bila melihat senarai pelakon di akhir cerita. Memang Uqasha Senrose lah. Bukannya Nelydia Senrose.

Alang-alang dah bercakap pasal Uqasha Senrose. Menurut biodata penuh Uqasha Senrose di beberapa laman web... Nama sebenar Uqasha Senrose adalah Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 21 tahun dan merupakan kacukan siam dan kelantan. Cantikkan orangnya. Tu pasal Uqasha Senrose iaitu kakak kepada Nelydia Senrose.

Sekali imbas macam kembarkan... Sumber gambar daripada laman hey-rara.blogspot.com

Untuk episod satu citer ni. Ia dimulakan dengan zaman kanak-kanak sehinggalah peralihan zaman dewasa. Dibarisi para pelakon seperti Tiz Zaqyah yang memegang watak shaf dan merupakan tunang kepada Farish (Fezrul Khan). Watak Raimy yang didukung oleh Azlee Khairi dan watak ibu Farish yang dipegang oleh Wilma. Pada aku watak Wilma agak biasa-biasa jer. Mungkin permulaan je kot.... Dan keseluruhan episod satu masih Lagi samar... Satu konflik telah berlaku di mana Farish telah melihat tunangnya tidur dengan adiknya sendiri, Firash... Menyebabkan Farish kecewa. Satu permulaan yang baik aku rasa... Itu pendapat aku la. Apakah kesudahan sebenarnya saya isteri dia... Sama-samalah kita tunggu dan lihat ok! Adakah sehebat drama Adam dan Hawa di siaran 104 atau Setia hujung nyawa tv3 suatu ketika dulu.?

Hurmmm. Belum ada jawapan untuk itu ok! Hehe...


29 March 2013

Gambar anak Irma Hasmie

2:16:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Beberapa bulan yang lepas dunia artis diwarnai dengan berita gembira apabila kisah Irma Hasmie mengandung disiarkan di mstar online.

Hari ni pulak tanggal 29 Mac 2013... Hari yang ditunggu. Hadir jua. Sana-sini dok bercerita pasal anak Irma Hasmie dan Reza. Menurut tweet reza di twitter. Anaknya lahir pada 8.15 pagi. Tapi tak tau bila. Semalam or hari ni... Dengan berat 3.93kg. 

Tahniah! buat mereka berdua. 

anak pertama irma hasmie, gambar terkini anak irma hasmie,

Ni tweet Reza yang sempat aku capture. Dari gaya kata-kata. Nampaknya anak Reza lelaki.  Mesti seronokkan. Terkenang daku saat hari pertama Alia dilahirkan. Gembira bukan kepalang wei...




Ni pulak gambar anak lelaki Irma Hasmie yang aku capture dari instagram Reza, suami Irma Hasmie. Sangat comel kan.

Tahniah buat mereka. Sesungguhnya anak pengikat cinta suami dan isteri.

Sekian. Wassalam...


Tanda-tanda Lelaki kecewa

1:27:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Setelah sekian lama stop membeli majalah mingguan wanita dan beralih arah kepada majalah Pa&Ma... Semalam teringin pulak nak baca majalah wanita. Apalagi... Request ler dengan hubby yang kebetulannya nak beli news.

Sumber gambar adalah daripada laman terbaik.my

Alhamdulillah. Tercapai gak hajat. So, entri kali ni pun dipetik daripada majalah mingguan wanita bertarikh 22 until 28 Mac 2013. Tajuknya, tanda-tanda lelaki kecewa. Mesti ramai kan yang nak tahu macam mana keadaan lelaki putus cinta. Kalau perempuan, seperti yang kita ketahui... Tangisan adalah senjata utama apabila kecewa. Kalau lelaki. Susah kita nak jangka. Sebab lelaki kan susah untuk tunjukkan perasaan mereka... Tapi mingguan wanita kali ini ada jawapannya... Di mana berikut adalah tanda-tanda lelaki kecewa dek kerana kehilangan sang kekasih :-

1. Si dia lebih pesimis apabila bercakap pasal perempuan. Mean, di mata dia pompuan dianggap sama.

2. Deria lelaki lebih cekap mengesan sebarang perubahan pada perempuan.

3. Lebih kebal apabila berdepan dengan air mata perempuan. Lelaki tidak lagi mudah cair apabila melihat perempuan menangis.

4. Lebih memahami diri sendiri dan lebih suka untuk hidup membujang.

5. Sukar dan lebih berhati-hati untuk menjalinkan hubungan semula dengan mana-mana perempuan.

Tu lah antara tanda kekecewaan pada lelaki apabila putus cinta. Diharap ia berguna buat semua.

Entri pendek dari aku yang masih dalam mood cuti di kampung.

Sekian. Wassalam...


Hospital yang menggunakan Electronic Guarantee Letter (eGL)

3:34:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Entri kali ni... Aku nak share tentang eGL. Berdasarkan apa yang aku baca dan tahu... Penggunaan surat pengesahan diri dan pengakuan pegawai / Guarantee Letter secara online ini telah dilaksanakan di peringkat permulaan mulai 1 Ogos 2007 di hospital-hospital sekitar Lembah Klang sahaja. Pada masa ini penggunaan eGL telahpun diperluas ke semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mean... Kita tak perlu lagi bawak Guarantee Letter lagi ke hospital. Senang! Pihak hospital just rujuk eGL kita pada aplikasi HRMIS. Tinggal tugas kita untuk update info diri di aplikasi HRMIS.

Ok! clear right?

Before mengakhiri entri ni. Berikut adalah Senarai hospital menggunakan eGL yang aku perolehi daripada laman JPA.


PERLIS
1. HOSPITAL TUANKU FAUZIAH

KEDAH
1. HOSPITAL ALOR SETAR
2. HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM
3. HOSPITAL KULIM
4. HOSPITAL LANGKAWI
5. HOSPITAL BALING
6. HOSPITAL JITRA
7. HOSPITAL DAERAH SIK
8. HOSPITAL YAN
9. HOSPITAL KUALA NERANG

PULAU PINANG
1. HOSPITAL PULAU PINANG
2. HOSPITAL BUKIT MERTAJAM
3. HOSPITAL SUNGAI BAKAP
4. HOSPITAL SEBERANG JAYA
5. HOSPITAL KEPALA BATAS
6. HOSPITAL BALIK PULAU

PERAK
1. HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG
2. HOSPITAL SERI MANJUNG
3. HOSPITAL TELUK INTAN
4. HOSPITAL SLIM RIVER
5. HOSPITAL TAPAH
6. HOSPITAL KAMPAR
7. HOSPITAL SUNGAI SIPUT
8. HOSPITAL KUALA KANGSAR
9. HOSPITAL GERIK
10. HOSPITAL SELAMA
11. HOSPITAL TAIPING
12. HOSPITAL PARIT BUNTAR
13. HOSPITAL IPOH
14. HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA
15. HOSPITAL BATU GAJAH

SELANGOR
1. HOSPITAL TENGKU AMPUAN JEMAAH, SABAK BERNAM
2. HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH
3. HOSPITAL KUALA KUBU BHARU
4. HOSPITAL TANJUNG KARANG
5. HOSPITAL BANTING
6. HOSPITAL KAJANG
7. HOSPITAL SUNGAI BULOH
8. HOSPITAL SELAYANG
9. HOSPITAL SERDANG
10. HOSPITAL AMPANG

MELAKA
1. HOSPITAL MELAKA
2. HOSPITAL ALOR GAJAH
3. HOSPITAL JASIN

NEGERI SEMBILAN
1. HOSPITAL TUANKU JAA'FAR
2. HOSPITAL JEMPOL
3. HOSPITAL PORT DICKSON
4. HOSPITAL JELEBU
5. HOSPITAL TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH
6. HOSPITAL TAMPIN

JOHOR
1. HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JB
2. HOSPITAL PERMAI, JB
3. HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JB
4. HOSPITAL KULAI
5. HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR
6. HOSPITAL BATU PAHAT
7. HOSPITAL SEGAMAT
8. HOSPITAL KLUANG
9. HOSPITAL TANGKAK
10. HOSPITAL PONTIAN
11. HOSPITAL KOTA TINGGI
12. HOSPITAL MERSING

KELANTAN
1. HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II
2. HOSPITAL MACHANG
3. HOSPITAL TANAH MERAH
4. HOSPITAL TUMPAT
5. HOSPITAL KUALA KRAI
6. HOSPITAL PASIR MAS
7. HOSPITAL TENGKU ANIS
8. HOSPITAL JELI
9. HOSPITAL GUA MUSANG

TERENGGANU
1. HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH
2. HOSPITAL BESUT
3. HOSPITAL SETIU
4. HOSPITAL DUNGUN
5. HOSPITAL KEMAMAN
6. HOSPITAL HULU TERENGGANU

PAHANG
1. HOSPITAL MUADZAM SHAH
2. HOSPITAL RAUB
3. HOSPITAL KUALA LIPIS
4. HOSPITAL BENTONG
5. HOSPITAL JERANTUT
6. HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN
7. HOSPITAL SULTAN HJ AHMAD SHAH, TEMERLOH
8. HOSPITAL PEKAN
9. HOSPITAL JENGKA
10. HOSPITAL CAMERON HIGHLAND

SABAH
1. HOSPITAL QUEEN ELIZABETH
2. HOSPITAL DUCHESS OF KENT
3. HOSPITAL KENINGAU
4. HOSPITAL LAHAD DATU
5. HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG, KK
6. HOSPITAL TAWAU
7. HOSPITAL KOTA MARUDU
8. HOSPITAL RANAU
9. HOSPITAL BEAUFORT
10. HOSPITAL SIPITANG
11. HOSPITAL TENOM
12. HOSPITAL TAMBUNAN
13. HOSPITAL KINABATANGAN
14. HOSPITAL BELURAN
15. HOSPITAL LIKAS
16. HOSPITAL KUDAT
17. HOSPITAL KOTA BELUD
18. HOSPITAL TUARAN
19. HOSPITAL PAPAR
20. HOSPITAL SEMPORNA
21. HOSPITAL KUALA PENYU
22. HOSPITAL KUNAK
23HOSPITAL PITAS

SARAWAK
1. HOSPITAL BINTULU
2. HOSPITAL UMUM SARAWAK
3. HOSPITAL SIBU
4. HOSPITAL MIRI
5. HOSPITAL SRI AMAN
6. HOSPITAL LIMBANG
7. HOSPITAL SARIKEI
8. HOSPITAL KAPIT
9. HOSPITAL MUKAH
10. HOSPITAL MARUDI
11. HOSPITAL LAWAS
12. HOSPITAL KANOWIT
13. HOSPITAL DARO
14. HOSPITAL BETONG
15. HOSPITAL SARATOK
16. HOSPITAL LUNDU
17. HOSPITAL SERIAN
18. HOSPITAL SIMUNJAN
19. HOSPITAL BAU
20. HOSPITAL SENTOSA
21. HOSPITAL RCBM (KUSTA)
22. HOSPITAL DALAT

W. PERSEKUTUAN
1. HOSPITAL KUALA LUMPUR
2. HOSPITAL PUTRAJAYA
3. HOSPITAL LABUAN

Semoga info sedikit ini berguna kepada bakal ibu yang akan melahirkan anak dan tak tau hospital mana ada eGL


28 March 2013

Terror sudah!

2:49:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah. Sekarang Alia dah tak merangkak lagi. Sebaliknya semakin ligat berlatih berjalan. Jarang dah jatuh atau terduduk. Nampaknya Alia boleh berjalan pada usia setahun sebulan. Lepas ni... Tak sabar pulak nak tengok dia pandai bercakap. Sekarang ni pun... Dah banyak gak words yang dia reti sebut macam car, fish, ayam... Apalagi ek! ayah... Rasanya banyak gak lah. Tak yah la nak senarai semuanya. Haha... 

bayi berjalan, bilakah bayi boleh berjalan, bayi berjalan pada usia setahun sebulan,
Rumah nek wan kat kampung ni haaa...

Semoga Alia teruskan usaha belajar berjalan. Ingat nak belikan Alia kasut Sabtu ni... Balik Bintulu. InsyaAllah...

Sekian. Wassalam...


Diharam menggunakan Facebook?

1:49:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Apalah nak jadikan... Macam-macam. Bila ada kemudahan, disalahgunakan. Tu lah gelagat manusia sekarang. Advance!!!!.

salahguna facebook,
Sumber info adalah daripada Harian Metro 28 Mac 2013


27 March 2013

Petua elak bayi kembung perut

9:31:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum...

Bila dah ada anak. Macam-macam ilmu dituntut... Walaupun kinek tok (sekarang) dah moden. Petua orang lama pun jangan dilupakan. Contohnya cara ubati selsema bayi. Mujarab tau petua orang lama. Itu pasal selsema.

Bercakap pasal petua. Entri yang aku share kali ni pun pasal petua orang lama gak. Petua elak kembung perut pada bayi. Petua ni aku dapat masa berkampung di hospital time Alia joundice dulu. Nurse yang share kat aku. Tu pun gara-gara ada baby sebelah aku tak henti-henti nangis.Baru sekarang teringat nak share. Teringat tadi lepas bagi Alia mandi. Tu yang laju-laju update. Caranya senang jer. Sapu minyak pada perut bayi pusing ikut arah jam sebanyak 7 kali. Minyak tu... Terpulanglah. Kalau Alia dari lahir sampai sekarang guna vick vaporub. Alhamdulillah! Alia takde pun kembung perut sejak guna petua ni. Tapi... Fiza tambah dengan bacaan selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali gak.

Mungkin cara ni dapat membantu para ibu hendaknya. InsyaAllah.

Selamat mencuba!

Wassalam...


26 March 2013

Biskut Bangkit

10:39:00 PM 6 Comments


Assalamu'alaikum...
Entri kali ni... Aku bukan nak bercerita pasal resepi biskut bangkit. Tapi nak taip sikit pasal Alia as a kenangan di masa hadapan. 


Sekarang ni Alia dah makan macam-macam makanan dah. Janji takde alahan. Apalagi aku... Seronok bagi Alia makan. Namun aku still elak monosodium glutamate (*** betul ke ejaan ni. Haha... lantak ler)... Kerana tak baik untuk perkembangan bayi.

Antara makanan yang Alia suka makan ialah biskut bangkit. Fuh! Sampai monyeng mulutnya. Haha. Monyeng tu comot ( Bahasa Sarawak ). Kalau kita try ambik biskut kat tangan dia. Confirm! mengamuk. Mengada-ngada betul.

Tapi mak tetap sayang Alia dunia akhirat.

Sekian. Short entry from me.

Wassalam...


Bayi lahir dengan berat sebanyak 6.8Kg

2:59:00 PM 3 Comments


Assalamu'alaikum...
Tadi aku terbaca satu artikel di borakkosong.com mengenai lahirnya seorang bayi pada 15 Februari 2013 di Inggeris dengan berat yang mencapai 6.8kg dan ketinggian 65cm.... Yang aku rasa boleh pakai pakaian bayi berusia 6 bulan.


bayi berat, bayi kedua terberat, bayi kedua terbesar,
Sumber gambar adalah daripada infospesial.net

George, merupakan bayi kedua terbesar di dunia yang lahir secara normal merupakan anak kepada Ryan King dan Jade Packer. Manakala bayi terbesar adalah Guy Carr yang lahir di Cumbria pada 1992 dengan berat 6.9kg. Sekilo jer bezanya.

Huhu... 16 jam waktu yang diambil oleh ibu george waktu melahirkan adalah suatu jangkamasa yang lama bagi aku. Aku dulu... Sakit sikit tu pun dah bagai nak terputus urut belakang haihh. Inikan pulak 16 jam.

Apa-apa pun George tetap kelihatan comel bersama orang tuanya.

Sekian. Quick update dari aku. Mood bercutilah katakan. Sabtu ni baru kami bertiga balik ke Bintulu semula.

Bye... Tengah layan korean movie... Jangguem!


Takut dengan mainan

1:06:00 PM 6 Comments


Assalamu'alaikum...

Kali ni... Buat sekian kalinya. Aku ingin abadikan satu lagi kisah tentang anak dara kami. Siapa lagi. Kalau tak pasal Alia.

mainan untuk bayi,

Citer kali ni berkaitan dengan mainan dia. Dalam banyak-banyak mainan yang dia miliki, Alia cukup takut dengan ulat bergerak ni. Aku baru perasan petang tadi. Tapi... Takut dia taklah sampai menangis. Cuma bila dia tengok ulat tu berjalan ke arah dia. Confirm! Ditepis dan dibaling. Lepas tu... Cepat-cepat pergi ke arah kita.

Lucu pulak aku rasa. Dan ada gak benda yang buatkan dia takut. I love u so much sayang...


25 March 2013

Tip elak ruam lampin

11:24:00 PM 3 Comments


Assalamu'alaikum...

Aouchhh! Satu-satunya keadaan aku paling tak suka bila tengok bayi mengalami ruam lampin.

Kalau kulit punggung merah, berbintik dan mengelupas. Bayi tak selesa dan kerap menangis apabila terkena air time mandi. Tu tandanya bayi mengalami ruam lampin.

Namun... Aku bersyukur. Kerana dengan mengamalkan petua elak ruam dan produk vaseline. Alia langsung tak menghadapi ruam lampin. Bukan nak riak atau menunjuk-nunjuk. Tapi niat ingin berkongsi info. Mana tau ada yang nak try. Haha... Ada ke yang nak baca blog picisan seperti aku ni. Takpelah! Catatan ni pun akan berguna nanti untuk anak seterusnya. Mana tau. Kita kan mudah lupa. Boleh rujuk blog sendiri untuk rujukan. Tak gitu?

ubat berkesan untuk ruam lampin, cara elak ruam, tip cegah ruam lampin, cara atasi ruam lampin,

Ok! Antara tip elak ruam lampin aku maksudkan ialah :-

「1」 Kerap menukar lampin setiap kali bayi kencing atau buang air besar.

「2」 Sapukan antiseptik pada punggung setiap kali menukar lampin. Part ni... Aku biasa gunakan veseline. Memang terbaik! Just my opinion ok.

「3」 Elak gunakan bedak talkum. Apakah kesan penggunaan bedak talkum?

「4」 Pastikan lampin selesa dan longgar. Aku suka produk Huggies dry pants. Memang terbaik.

Tulah 4 tip mudah hindari ruam lampin yang aku selalu amalkan. Alhamdulillah! Dah setahun sebulan dah usia Alia. Belum pernah lagi hadapi ruam lampin.

Semoga info sedikit ini berguna untuk semua.

Selamat mencuba!

Sekian. Wassalam...


Lampin seluar!

3:28:00 PM 4 Comments


Assalamu'alaikum...
Hakikatnya... Apabila memiliki anak. Sudah pasti kita ingin sediakan yang terbaik right. Dari segi persekitaran, keperluan mahupun makanan.

pandangan terhadap huggies dry pants, kebaikan huggies dry pants, lampin paling sesuai untuk bayi, lampin terbaik,

Contohnya... Dalam memilih pampers terbaik untuk bayi kita. Walaupun sekarang dah wujud CD bagai. Tapi aku masih belum berminat untuk mencubanya. Lagi-lagi Alia sekarang dah selesa menggunakan Huggies dry pants... Alhamdulillah! Sampai sekarang Alia tak pernah ada ruam lampin. Ada tip lain jugak sebenarnya... Cara untuk elak ruam lampin. Tapi... Entri kali ini bukan tentang itu. Tang tu. Lain masa aku share ok. Kalau aku ingatlah kan... InsyaAllah!

Berbalik pasal huggies dry pants. Memang bagus. Senang nak pakaikan dan mudah untuk dibukak. Just koyak belah tepi jer. Sekarang lagi lah. Alia bukan main payah untuk dipakaikan pampers. Ambik masa kalau guna yang biasa. Maksud aku yang bukan jenis seluar. Kalau guna huggies dry pants... Bayi nak duduk ke. Berdiri ke. Ia fleksibel untuk dipakaikan. Huggies dry pants memang terbaik!

Namun... Itu hanyalah pendapat aku sebagai pengguna yang menggunakannya. Setiap orang punyai pendapatnya yang tersendiri. Malah, bebas untuk memilih yang terbaik untuk anak-anak kan.

Sekian. Quick update dari aku pasal Kebaikan huggies dry pants.

Wassalam...


24 March 2013

Minggu pertama kumpulan A

11:03:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah... Berkesempatan gak aku menonton pertandingan minggu pertama untuk bintang mencari bintang.

Acey, biodata Acey,
Sumber gambar adalah daripada tv3.com.my

Pada aku malam ni takde yang best sangat pun. Cuma Acey jer yang terserlah. Tahniah! buat Acey atau nama sebenar Acey ialah Mohd Nasir bin Hamzah. Muda lagi orangnya. Yelah! menurut laman tv3 Acey lahir 17 Ogos 1986. Kan muda tu... Haha. Semoga anak didik sifu Harun salim bachik terus maju yer ^_^.

Siapakah juara bintang mencari bintang yer?

Nak tahu... Kenalah tonton every weeks. InsyaAllah. Tu pun kalau takde gangguan atau masalah. Selalu dah jauh berlayar. Haha...

Selamat malam semua.

Mata tak nak tido lagi. Almaklum cuti sekolah. Nak continue layan citer omputeh tv2 pulak... G.I.Joe : The Rise of Cobra.


Gelagat bayi dalam kereta

8:04:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum...
Jauh perjalanan, luas pengalaman. Tapi... Berlainan pulak dengan Alia. Semakin lama dalam kereta, semakin banyak karenahnya. Tapi still under control lagi. Aku bersyukur... Walaupun jauh perjalanan. Dia tak meragam pun. Suka adalah. Cerita semalam menjadi catatan buat tatapan di masa hadapan. Chewah!

Kekadang... Perjalanan jauh gak membuatkan kita boring. Aku dan Alia duduk belakang jadi mem besar. Ayah pulak jadi driver tak bergaji. Sian ayah. Sekali-sekala tiada bahan untuk berbicara. Aku layan karenah si Alia. Sempat pulak ambik gambar syok sendiri. Haha... Nampak gigi empat batang Alia haihh... 

cuti bersama bayi, bayi dalam kereta,

Budak kecik yang sungguh menghiburkan hati. I love u so much sayang.


Pahitnya buah peria

1:59:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Mood nak update blog ke laut wei... Bila dah sampai kat kampung. Biasalah kan... Musim cuti sekolah. Pasti ramai yang ambik peluang untuk balik kampung.

Alhamdulillah... Semalam sampai umah dalam pukul 7.05 petang. Penat sangat... Rasa tak larat nak makan. Nasib baik sebelum sampai singgah di kedai makan Sarikei. Ingat nak makan sayur peria. So, ambiklah sayur peria. Ya Allah... Pahitnya kemain lagi. Aku makan sikit jer. Aku ingat tak pahit... Sebab biasanya kalau makan kat luar... Tiap kali order ok jer. Tak pahit sangat pun. Tapi... Tidak untuk kali ni.


Aku ni taklah pandai sangat memasak. Tapi cerewet lah jugak kalau part memasak. Nak dijadikan cerita... Entri kali ini aku ingin berkongsi petua paling mudah untuk hilangkan pahit peria di mana setelah dipotong, rendam jer dalam air yang ditambah  dengan garam...  Lepas lebih kurang 10 minit. Masaklah ikut resepi yang kita nak.ok!

Baiklah aku rasa cukup dulu entri untuk kali ini. 

Sekian. Wassalam


23 March 2013

Cuba unlock handphone ayah

9:56:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum...

bayi dan handphone,

Semakin hari semakin bertambah skill Alia termasuklah cubaan untuk unlock handphone ayahnya. Now, Alia dah terror dah. Sebab tu kami suami isteri mesti letak handphone di tempat yang tinggi melainkan nak ajar dia mewarna, menyebut dan menulis. Kalau tak... Nanti terpadam pulak benda-benda dalam handphone. Alia gak dah pandai slide handphone kiri dan kanan. Tajam betul pemerhatian bayi kan!

Semoga Alia menjadi anak yang bijak sayang...


Hari ni Earth Hour

7:54:00 AM 3 Comments


Assalamu'alaikum...

Aku terlupa tentang Earth Hour sebenarnya. Nasib baik terbaca dari blog Fiza Rahman, tu yang teringat dan cuba untuk sebarkannya semula sebelum earth hour 2013 menjelang tiba malam nanti. Nak tak nak... Sibuk ke tak sibuk... Cepat ke tak cepat. Terhasillah entri yang aku kira lebih daripada 100 patah perkataan. Haha... Ada ku kesah!

earth hour 2013, maksud earth hour, pengenalan kepada earth hour, sejarah earth hour, tujuan earth hour, kebaikan earth hour,
Sumber gambar adalah daripada dateandtime.com

Apa itu Earth Hour? Pada aku lah Ek! Pengertian Earth Hour adalah Satu global event day yang dibuat oleh WWF. Haha...

Apa itu WWF? WWF adalah merupakan singkatan kepada World Wildlife Fund. Kenapa Earth Hour diwujudkan? Ia diwujudkan adalah disebabkan fenomena perubahan iklim dunia yang drastik.

Apa yang aku tahu berdasarkan apa yang aku baca Earth hour bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana seramai 2.2 juta penduduk Sydney menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.

Kemudian... Tahun 2008 pula Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai event ni dan menutup lampu dari pukul 8-9 malam. 

Sehingga tahun ini.... Banyak negara yang telah turut serta dalam event ini termasuklah Malaysia sendiri. Sebenarnya ada kebaikan earth hour ni sebenarnya. Pertama, menginsafkan kita tentang nenek moyang kita dulu-dulu yang hidup tanpa elektrik. Betapa susah dan sabarnya mereka. Kalau kita... Mak aiii blackout kejap pun dah manas ( maksud marah dalam bahasa Sarawak adalah manas.)

Selain tu jugak... Ia boleh jimatkan elektrik dan sekaligus mengingatkan kita bahawa bumi ini perlukan jagaan daripada kita as a human. So, Sokonglah earth hour. Tak lama pun sejam jer.

Jangan lupa earth hour 23 Mac 2013, 8.30 sehingga 9.30 malam. Apa ek nak buat dalam gelap dalam masa sejam? ~_~.

Kejap lagi bermulalah perjalanan balik kampung kami 3 beranak  setelah semalaman tidur di Hotel AAA.

Sekian. Wassalam...

Selamat bergelap selama sejam...


22 March 2013

Alhamdulillah! Sampai jua akhirnya

8:16:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...

Habis jer waktu kelas . Kami tiga beranak pun gerak dari rumah. Lebih kurang jam 12:30 tengahari macam tu lah masanya. Nasib baik semalam dah siap packing barang dan kemas rumah. Kalau tak kelam kabut dibuatnya. Tapi tak risau sangat nak tinggalkan rumah... Sebab ada jiran tak balik. Mereka dah balik time chinese new year hari tu... Tu yang tak balik tu.

Dalam pukul 3:40 petang barulah sampai di bandar Bintulu. Penat aaa... Alia bukan reti nak duduk. Nak berdiri memanjang. Tengok kereta laju-laju tegur... Sepanjang jalan tak habis-habis sebut car. Kecik besar semuanya car. Sekali-sekala kedengaran suara ayahnya mencelah membetulkan Alia.

En. Hussien terus hantar kami ke hotel AAA... Dah booking dah last months. Bilik sama 103. Sebab dia ada urusan di LHDN. So, malam kot kami keluar... Lepas bagi Alia mandi.

Nilah antara suasana dalam hotel AAA

Oh! Yup.... Hotel AAA adalah antara hotel murah dan selesa di bandar Bintulu. Ramai para cikgu yang bermalam di sini. RM60 jer sehari semalam. Oklah kan. 

Sampai di hotel Alia asyik sebut nak mamam jer. Hai... Bagi pulak budak kecik ni makan. Tapi nak kena panaskan bubur yang aku bekalkan dulu. Nanti aku update pasal macam mana nak panaskan bubur ok.

Rasanya sampai sini dulu entri aku kali ni... Nak pergi jenjalan kejap.

Sekian. Wassalam...


21 March 2013

Mangkuk berusia 1000 Tahun

3:29:00 PM 3 Comments


Assalamu'alaikum...
Betapa bernilainya mangkuk berusia 1000 tahun apabila dijual dengan harga RM7 juta setelah bidaan dibuat. Fuh! Kaya dibuatnya.

mangkuk 1000 tahun, ding,

Mangkuk kecil China yang diberi nama 'Ding' merupakan mangkuk yang dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari tahun 960-1279. Akhirnya, satu-satu insan yang mampu memilikinya ialah peniaga seni terkenal di London iaitu Giuseppe Eshenazi.

Huhu... Betapa bernilainya kan. Sehingga ada yang sanggup membelinya dengan harga yang sangat mahal aku kira jika nak dibandingkan dengan rekabentuknya. Begitulah bernilainya sesuatu barang tu tau...

Haha... Kalau macam tu boleh aku simpan mangkuk pinggan mulai sekarang. Mana tau suatu ketika nanti ada orang nak beli. (***Haha.... Just joking).

Begitulah antara cerita menarik daripada Harian metro hari ni yang membuatkan aku tertarik nak baca.

Ok. Wassalam...


Seksi girl makan buah Lai

12:38:00 PM 3 Comments


Assalamu'alaikum...
Haha.... Gelak dulu. Alia selalu seksi macam dalam gambar tu. Kat sini cuaca panas sangat kalau hari panas. Ni lah gambar kat rumah kerajaan untuk guru di SK Long gang. Walaupun  jauh dari Bandar Bintulu. Kehidupan di sini pun ok gak. Cuma sunyi jelah... Jauh dari keluarga. Tapi... Esok kami balik kampung. Kan cuti sekolah seminggu. (*** Hei... apa aku citer ni. Macam lari tajuk jer). Ada ku kesah... 

buah untuk bayi, buah sesuai untuk bayi, kesan bayi makan buah, jenis buah untuk bayi,

Berbalik pada citer asal aku. Saja je nak update pasal Alia. Alhamdulillah! Selepas 4 hari cuba makan buah Lai tanpa alahan. Nampak gayanya Alia dah boleh makan buah Lai. Mean, bertambah satu lagi variasi makanan untuk bayi setahun sebulan ni yang semakin petah bercakap entah apa-apa. Haha...

Ingat sabtu ni nak try lagi buat bubur nasi plus ikan kat dia. Haha... Nanti aku update pasal tu pulak yer. Bukan apa... Aku nampak macam boleh jer Alia makan ikan. Yelah! time aku ngan en. Hussien makan... Kalau part makan ikan. Ada gak aku suapkan kat Alia. Takde pun terberak. Harap-harap lah yer dia boleh terima ikan.

Orait! Sekian... Cerita pendek pasal anak dara aku.

Wassalam...


Semak keputusan SPM 2013

11:27:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada hari ni Khamis, 21 Mac 2013.

Kemudian... Calon yang menduduki SPM 2012 bolehlah menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10:00 pagi. Mean, sekarang mereka dah boleh semak dah. Mesti berdebar-debarkan.... Huhu... Teringat aku masa ambik keputusan SPM dulu.

Oh! ya, Bagi calon persendirian SPM 2012 pula, mereka akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.... Iaitu tempat mereka mendaftar dulu.

Tapi.... Nak senang tanpa pergi mana-mana... Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.

Tahniah buat adik-adik semua. Selamat maju jaya.


20 March 2013

Makanan khas untuk anak kurang berat badan

5:10:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...

Aku bukanlah doktor untuk memperkatakan makanan yang terbaik untuk anak. Namun, entri kali ini... Aku ingin kongsikan sedikit info hasil daripada pembacaanku. Mungkin ianya memberi sedikit solusi kepada kita yang ada anak kurang berat badan. Antara makanan khas yang aku maksudkan adalah seperti berikut :-

「1」 Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan sedikit minyak.

「2」 Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu atau mentega

「3」 Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.

「4」 Roti mestilah dihidangkan bersama mentega.

「5」 Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.

That it's antara 5 jenis hidangan yang membantu untuk tambahkan berat badan anak kita yang aku tahu. Info ni aku pernah baca dalam majalah Pa&Ma.

Walaupun berat badan Alia ok. Tapi... Aku juga turut bagi hidangan seperti di atas seperti kentang lenyek, roti, biskut kraker dan bubur plus daging or ayam.

makanan untuk bayi kurus, bayi kurus,

Cuma, telur Jer aku tak bagi sangat kat dia. Sebab tiap kali lepas makan telur rebus. Alia mesti terberak. Macam makan julap... Sampai 4 kali terberak.

Moga info ni menjadi panduan buat aku pada masa akan datang... Dan pada yang sudi singgah di blog aku.

Orait! Rasanya cukup kot sampai sini.

Wassalam...

Menghilangkan bau pada kuali

1:12:00 PM 3 Comments


Assalamu'alaikum...
Entri kali ni aku ingin berkongsi tentang petua di dapur iaitu tip bagaimana untuk menghilangkan bau pada kuali setiap kali lepas memasak. Caranya mudah jer...

petua di dapur, hilangkan bau kuali, cara buang bau kuali, petua hilangkan bau,

Selamat mencuba. Semoga ia dapat membantu. InsyaAllah!


Hari Kebahagian sedunia, Ada berita baik buat semua

11:17:00 AM 4 Comments


Assalamu'alaikum...
Rupanya hari ni merupakan hari kebahagian sedunia. Aku tahu pun bila baca news ABNS. Menurut artikel tu lagi ada perkhidmatan teksi percuma tau untuk pengguna Lembah Klang. Bukan tu jer. Siap! dapat menikmati coklat cadbury lagi. Syiokkk... La! terutamanya kepada mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Perkhidmatan teksi percuma akan bermula pada 20 Mac 2013 dan akan berlegar di sekitar KL mulai 8.30 pagi sampaila 8.30 malam. Dan laluan 8.30 pagi -11 pagi ialah antara stesen LRtT Bangsar-Mid Valley Megamall-Kl Sentral dan kembali ke Stesen LRT Bangsar. Dari 12 tengah hari hingga 8 malam melalui laluan Stesen LRT KLCC-Pavillion KL-Farenheit88 (Jalan Bukit Bintang)-Jalan Sultan Ismail-Jalan Ampang dan Stesen LRT KLCC. Menurut kenyataan Cadbury, perkhidmatan itu bertujuan menimbulkan rasa kebahagian dan positif kepada rakyat sempena sambutan hari tersebut.Teksi Cadbury adalah berwarna ungu dan berjalur putih.

cadbury, hari kebahagian sedunia, tarikh hari kebahagian sedunia,

Syiok la dapat makan coklat cadbury percuma ^_^.


Peringatan buat isteri

9:38:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Sedih gak baca kisah isteri ni...

isteri kena tumbuk, isteri kena terajang,
Sumber info adalah daripada harian metro bertarikh 20 Mac 2013

Simbolik cerita :  Sebagai seorang isteri jangan asyik sangat berbual di laman sosial. Banyak keburukannya tau. Tengok jelah apa yang berlaku. Buat sesuatu tu biarlah berpada-pada dan pandai-pandailah bagi masa jangan sampai suami pun tak dilayan dek kerana terlalu asyik berbual di laman sosial.

Walaupun kita tak tahu perkara yang sebenar.

Just sebagai peringatan buat diri sendiri gak. Sang suami seharusnya menegur isteri secara berhemah dan bawak berbincang dan bukannya dipukul atau disepak terajang. Sekadar pendapat aku tentang apa yang dah berlaku.

Semoga ia menjadi ikhtibar buat kita semua. 

Sekian. Wassalam...


Berjalan seperti robot

8:59:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...

Entri sebelum ni. Aku pernah bercerita tentang mula-mula Alia melangkahkan kaki. Selangkah demi selangkah...


Dua hari lepas, genaplah usia Alia setahun sebulan. Alhamdulillah! Alia dah reti berjalan walaupun masih seperti robot dan sekali-sekala jatuh ke lantai. Kemudian, bangun dan berjalan semula. 

Begitu... Gigihnya dia berusaha. Seronok! Tengok gelagat Alia belajar berjalan. Teruja tengok. Lepas ni senanglah nak pergi shopping.

Haha... Beranganlah nak shopping dengan aman. Lepas ni mesti wujud pulak kisah tarik-tarik barang sepertimana pernah aku tengok time shopping. Gelagat para ibu dengan anak yang dah reti berjalan. Macam-macam gelagat ado haihh... Hurmmm... Betapa besarnya dugaan bergelar sang ibu kan. Susah kan... Tapi... Bak kata mak aku. Kalau tak nak susah, jangan beranak.

Haha... Aku suka dengan kata-kata itu. Betul apa...

Apa-apa pun. Tu je cerita terkini tentang Alia yang aku nak update. Sedikit cerita mengenai perkembangan bayi setahun lebih.

Nota kaki : Abaikan mainan berterabur tu yer... Biasalah Alia. Selagi belum tido. Selagi tu dia nak main.




19 March 2013

Aku benci mama

11:45:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum...

Wah! Semakin murah rezeki Hanis Zalikha yer. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia... Tiada siapa yang tahu.

Alhamdulillah! Tadi nampak Hanis dalam promo cerekarama untuk 23 Mac 2013, Aku benci mama. Macam best jer nampak promo dia. Hurmmm... Semakin banyak citer Hanis berlakon yer... Selain daripada Gangster celup. Murah rezeki Hanis. Semoga Hanis Zalikha terus berjaya. 

Bagi yang nak tau sinopsis cerekarama aku benci mama... Try google ek! Rasanya banyak dah kot sinopsisnya di google. Aku bukan apa. Malas nak cari sinopsis. Kang takde feel bila nak tengok. Tengoklah sangat. Huhu... Biasanya dah jauh belayar dibuai mimpi habis jer berita.

Bhaha... Entri teruja melihat blogger terkenal berlakon sebenarnya ni. Tiada apa yang menarik pun. Just luahan rasa sorang mama. InsyaAllah! Kalau ada kesempatan nak gak tengok citer ni. Kalau... Berkesempatan lah yer.

Sekian. Wassalam...


Ketinggian ibu penting untuk kehamilan

7:10:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah! Sekali lagi aku berpeluang untuk sambung cerita aku minggu lepas berkenaan dengan pemeriksaan ibu hamil. Walaupun dah setahun berlalu... Ia tetap segar di ingatanku... 


Berbalik kepada cerita aku. Selain daripada urine test dan ukuran berat badan. Ketinggian ibu juga akan turut diuji. Tapi... Hanya akan dilakukan pada kali pertama pemeriksaan kehamilan jer. Checkup seterusnya takde lagi dah. Tak seperti berat badan. Setiap kali checkup... Mesti diukur. Mulanya dulu aku tak tau sebenarnya pasal kenapa perlu periksa ketinggian semasa hamil. Tapi... Lepas baca majalah Pa&Ma, baru aku tahu. Rupa-rupanya amatlah penting sebagai panduan dan gambaran awal kepada saiz pelvik. Saiz pelvik yang kecil kadangkala bermakna kelahiran yang sukar semasa proses kelahiran. Maka pembedahan ceaserean mungkin akan dilakukan. That it's... Berkenaan ujian ketinggian semasa pemeriksaan kehamilan.

Bukan tu jer... Ada lagi ujian yang akan dilakukan seperti ujian imbasan untuk bayi. Ini bertujuan untuk melihat keadaan uri, kedudukan bayi, kesihatan bayi dan sebagainya. Kebiasaannya ia akan dilakukan bila kandungan mencecah 4 bulan. Tu... Klinik kerajaan lah. Kalau aku dulu... buat kat hospital swasta pun ada gak. Hehe.... Selepas tu. Tiap kali checkup. Kita gak akan diambik sedikit darah untuk menilai Hemoglobin dalam darah (HB).  Yang ni mesti kena tinggi dan melepasi nilai 11. Bahaya kalau Hb rendah. Maunya tumpah darah masa melahirkan bayi. Nauzubillah....

Apa lagi ek! Oh ya tekanan darah jugak turut diuji setiap kali buat pemeriksaan. Aku rasa tu jer kot kalau tak silap. Kalau ada pun.... InsyaAllah! Nanti akan aku kongsikan lagi ek!

Sekian. Wassalam...


Legakan ulser mulut

9:36:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...

Kali ni entri aku tentang ulser mulut. Alhamdulillah! Setakat ni aku tak pernah lagi terkena ulser. Bukan nak riak atau nak menunjuk... Just nak berkongsi di alam maya. Sharing is caring... Right!

Aku ada terbaca dalam majalah iSIHAT tentang cara nak melegakan ulser mulut. Caranya mudah jer... Pada saat mengalami ulser... Cuba makan buah betik. Sebab!... Menurut artikel di majalah iSIHAT... Rasa sakit yang dialami akan hilang selepas memakan buah betik. Sejauh mana kebenarannya... Wallahualam!

Tapi... Selagi tak memudaratkan apa salahnya kita mencuba. Bukannya ubat kan... Sekadar buah... Yang boleh kita makan setiap hari. Lagipun betik baik untuk kesihatan kita.

Aku sebenarnya suka kumpul info-info menarik terutamanya tentang kesihatan dan sekarang ni pulak tentang bayi. Salah satu cara untuk aku ingat that data. Aku share kat blog. InsyaAllah!... Nanti Alia boleh baca bila dah besar.

Diharap info yang sikit ini menjadi pemudah cara dalam menjaga kesihatan kita.

Sekian. Info ringkas dari aku.

Wassalam...


18 March 2013

Popia berinti Sardin

4:27:00 PM 0 Comments


Assalamu'alaikum...


Disebabkan mata tak ngantuk dan boring membuat keronsang. (***lepas dapat hasil 5 keronsang boringlah pulak) pagi tadi. Jam 12 pagi beb. Aku buat popia berinti sardin. Resepi permintaan En. Hussien. Ingat esok nak buat. Alih-alih aku terbuat. Tengah malam buta lagi tu...

Selepas siap inti. Aku start lah menggulung popia. Dalam 20 biji jer aku buat. 2 orang jer kan makan. Dan hasilnya lepas siap aku simpan dalam freezer. Seawal jam 5 aku bangun untuk menggoreng popia dan sediakan sarapan lain iaitu nasi goreng... 

En. Hussien makan 2 biji jer... Aku ingat tak sedap. Rupanya dia nak bawak bekal popia tu. Sedap katanya. lagipun dah kenyang makan nasik goreng tu yang makan sikit. Haha... Biasalah En. Hussien... Sedap ke, tak sedap ke aku masak tetap dia puji kata sedap. 

Betapa hebatnya air tangan isteri kan. Begitulah cerita aku seawal pagi yang baru sekarang aku kecoh nak cerita. (***ke nak tayang popia berinti sardin). Hehe...

Orait! Sekian. Wassalam...




Eva Puzzle Mats

3:34:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...

uji minda bayi, mainan untuk uji bayi,
Eva puzzle mats. Satu lagi mainan menguji minda... Aku belikan untuk Alia. Murah jer. One set huruf harganya mampu milik. RM4.90. Tapi... Kalau yang besar, harga one set RM28. Aku tak nak beli yang besar bukan apa. Satu, besar sangat. Macam tak best jer nak susun. Kedua. Susah untuk Alia nak pegang walaupun ringan. Selepas timbang tara. Aku decide beli yang kecik jer walaupun murah. Hurmmm... Mesti ada yang kata... Kenapa beli eva puzzle mats sedangkan Alia bukan kenal pun dengan huruf.

Bagi aku... That reason. Not practical. Why? Eva puzzle mats ni. Berwarna-warni. Sekurang-kurangnya. Alia tertarik dengan warna. Lagipun aku tak menaruh harapan yang tinggi agar dia kenal huruf tersebut. Yang penting. Dia cuba untuk cantumkan huruf tersebut... Pun dah syukur bagi aku. Kalau nak bagi dia kenal huruf tersebut. Ambik masa... Aku tak nak push dia. Yang penting dia seronok main. Tapi sekarang Alia dah kenal huruf A. Hehe... How powerful this game!

Bagi aku murah ke. Mahal ke mainan tetap sama. Ada yang beranggapan mainan murah memudaratkan kesihatan baby kalau dimasukkan ke dalam mulut. Tapi... Masing-masing ada pendapat. Takde yang salah dan takde yang betul. Yang penting kita harus pilih mana yang terbaik.

Bagi aku. Kalau dengan Alia. Aku akan bagi mainan seperti eva puzzle mats ni time aku ada bermain bersama dengannya. Takut kalau nanti digigitnya eva puzzle tu. Haha.

That it's cerita aku tentang mainan baru Alia. InsyaAllah! Nanti aku akan update lagi if ada cerita baru.

Sekian. Wassalam...


:: Keronsang buatan sendiri ::

12:08:00 AM 2 Comments


Assalamu'alaikum...

Takde keja buat keja. Mata tak nak tido. Alia dan ayahnya bukan main lagi tido. Tetiba nak  try buat keronsang sendiri. Konon-konon untuk Alia kancingkan baju kurungnya. Hehe... Lama dah beli bahan dan nak try buat. Baru sekarang ada masa... Dan hasilnya. Taraaa!!! Comel tak?


Baru siap dua... Kecoh! Nak snap bagai... Bhaha...

Rupanya menjadi jugak yer. Hehe.

Nota kaki : Bila nak tido ni. Mata tak ngantuk lagi. Adakah disebabkan aku minum secawan kopi petang tadi?...

16 March 2013

:: Hobi pelik seorang wanita ::

4:39:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum...
Sekali lagi entri dari aku. Biasalah kan... Pantang ada masa terluang sikit dan ada isu. Memang ke blog lah jawabnya. Bak kata en. Hussien... Gambar biskut kering pun nak letak kat blog. Apa boleh buatkan. Hobi yang kita suka.

Bercakap pasal hobi. Aku tertarik dengan satu artikel di blog borakkosong.com, pasal hobi pelik sorang wanita yang suka minum darah. How come ek! Dia seberani itu.

hobi pelik, minum darah, hobi terpelik,
Sumber gambar adalah daripada borakkosong.com

Menurut artikel tersebut mengikut fahaman aku. Michelle, 29 tahun mengatakan bahawa dia mulai minum darah pada usia 14 tahun. Mean, 15 tahun dah! Fuhhh... Satu jangka masa yang lama tu.

Kemudian, Michelle juga turut mengakui dia mesti minum darah setiap hari sebanyak seliter untuk lebih bertenaga dan memperolehi mood yang baik. Selain itu, menurutnya lagi... Dia lebih suka minum darah babi ketimbang sapi. Seperti menikmati wine katanya.

Hurmmm... Macam-macam hobi ada kan. Tapi... Serius! Macam manalah dia boleh minumdarah ek!. Kalau aku... Cium bau darah daging pun nak termuntah...

Apa-apa pun... Itulah misteri alam yang harus kita ketahui. Setiap manusia dijadikan dengan kelebihan dan kekurangan. Hanya kita yang kekadang lebih melihat kekurangan daripada kelebihan seseorang. Realiti kehidupan beb.

Sekian. Entri ringkas dari aku.

Wassalam...


Jadi mangsa gigitan

3:13:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum...
Masa untuk aku update blog. Alia tengah khusyuk bermain. Jadi... Curi masa sebelum dia berolah. Ni pun nak update pasal dia ni. Sejak umur setahun dan lagi sehari akan mencecah setahun sebulan ni. Perangai dia macam budak umur 5 tahun.

kebolehan bayi setahun, kemahiran bayi setahun,

Tengok tv kemain khusyuk... Macam faham apa yang ditengok. Kekadang telatah Alia membuatkan en. Hussien tersenyum dan gelengkan kepala.

Paling aku tak tahan... Kalau aku baring. Siap!... Confirm! dia akan naik badan aku. Kalau naik jer tak kisahla. Ni tak... Siap hentak-hentak punggung lagi. Fuhhh! Rasa nak terkencing dibuatnya. Bukan tu jer. Siap cari peluang lagi untuk gigit aku. Sakit wooo... 6 batang gigi dia membuatkan aku menangis. Pernah sekali tu dia gigit lengan aku sampai tak nak lepas. Percuma aku mengalirkan air mata tau.

Kalau ayah, tak nak pulak dia gigit. Tahu takut... Ayah dia selalu tawarkan diri untuk digigit. Sian katanya bila tengok aku selalu jadi mangsa gigit. Lepas tu... Dia ada teether... Tapi tak nak guna. Sebaliknya dibuat mainan. Hebat kan...

Macam-macam ragam...

Tapi... Serius! Anak adalah segala-galanya. Cukup terhibur walaupun selalu jadi mangsa gigitan. 

Ok! Aku rasa cukup kot kisah Alia untuk kali ni. InsyaAllah! Nanti ada masa aku update lagi.

Sekian... Wassalam...


6 sifat suami yang isteri sukai

11:39:00 AM 0 Comments


Assalamu'alaikum...

Hari cuti nan indah. Bila dah berumah tangga. Sang isteri sudah pasti di bawah kekuasaan suami... Dan kebahagiaan rumah tangga itu juga sudah pasti memerlukan pasangan yang toleransi. Namun, banyak institusi kekeluargaan hancur adalah disebabkan oleh tiadanya kesefahaman. Sebagai pemimpin rumahtangga seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut... Barulah isteri sayang. Hehe...(*** huraian yang bakal aku katakan adalah berdasarkan pemahaman aku sendiri ek!, Setelah membaca beberapa buah buku, majalah dan artikel di internet).

Pertama...Biarlah bersifat pemaaf. Berilah kemaafan sekiranya isteri melakukan kesilapan. Tak payahlah nak ungkit-ungkit kesalahan isteri dan tunjukkan rasa tak puas hati. Nanti mengundang padah. Al-maklumlah perempuan mudah nak moody. Kang tak pasal-pasal berpanjangan pulak salah fahamnya. Susah tu. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu. Tidakkah kamu suka Allah memberi keampunan kepada kamu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".(Surah al-Nur 24:22). Tu sifat pertama yang perlu ada pada suami.

Sifat kedua pulak... Janganlah bersikap cerewet. Kalau suami cerewet. Susah wooo. Ini tak kena. Itu tak kena. Alih-alih menyebabkan isteri tertekan terutamanya dalam hal makan minum dan pakaian. Mesti isteri dok fikir, adakah yang dilakukan olehnya menepati kehendak dan keperluan suami. Kan payah tu. Sian isteri. (***Nasib baik en. Hussien tak cerewet. Kalau tak hari-hari aku stress).

Seterusnya sifat yang ketiga biarlah jadi seorang yang pemurah. Mean, sekali-sekala tu berbelanjalah untuk isteri. Tapi amaran buat sang isteri. Bila suami pemurah jangan pulak naik kepala mintak itu dan ini. Sian suami. Mana nak cekau duit kalau dah hari-hari mintak dibelikan itu dan ini. Janganlah bersifat kedekut ek! Baru je nak suruh beli baju. Dah bising memanjang kata buat apa beli baju bebanyak. Jangan macam tu... Nanti isteri makan hati dibuatnya. Payah!.

Selain tu jugak isteri mendambakan seorang suami yang ringan tulang. Bantulah isteri dalam hal menguruskan rumahtangga. Jangan semua benda isteri kena buat. Suami pulak tau kerja dan balik baca news. Isteri bukan robot atau orang gaji ok. Apa salahnya sekali sekala tolonglah isteri. Just simple things pun tak apa. Tolong tengokkan anak ke time isteri memasak. Ringan gak kerja isteri. Isteri pun makin sayang tau. Boleh gak elak isteri moody. Bhaha....

Kemudian isteri juga sukakan suami yang bersikap memuliakan mertuanya . Janganlah terlalu bersikap kejam sehingga tak bagi isteri balik menziarahi kedua orang tuanya. Memanglah lepas kawin, isteri adalah tanggungjawab suami. Tapi janganlah sampai tak boleh balik sekali sekala. Pernah terjadi tau kat kampung aku. Sampai ayahnya meninggal pun dia tak balik dan dia memang jarang balik pun. Dengar citer suaminya panas baran dan tak izinkan dia balik. Benar atau tidak... Wallahualam! Tu gosip orang buat. Tapi andai betul... Kesianlah dengan si isteri yang terpaksa memendamkan rasa sedih tak dapat jumpa dengan orang tuanya. Kalau ada suami bersikap begini... Cubalah gembirakan hati isteri. Nescaya... Isteri pasti takkan melakukan kecurangan. Aku percaya!

Lastly, sikap suami yang isteri dambakan jugak ialah janganlah terlalu cemburu sampai mengundang pergaduhan hari-hari. Zaman moden ni isteri pun perlu keluar bekerja dan berjumpa ramai orang. Berilah kepercayaan kepada isteri. Andai sang suami bersikap toleransi... Pasti isteri sentiasa ingat akan sang suami. Confirm!... Tak caya! Tanyalah pada para isteri... Betul ke tidak.

That it's antara perkongsian aku tentang cerita rumah tangga. Kebahagiaan itu perlu kita cari... Aku percaya. Pasti ramai para isteri yang mendambakan sikap-sikap suami seperti itu kan...

Orait! Semoga perkongsian ini menjadi ingatan buat kita semua terutamanya bagi kaum adam.

"Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita dapati". Renung-renungkan lah...

Sekian. Wassalam...

Nota kaki : Alhamdulillah! Nasib baik en. Hussien tak cerewet. Malah ringan tulang. Sayang sesangat.

15 March 2013

Hukum merakam kelahiran anak

4:22:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum...

Entri berkisar agama ingin aku kongsikan. Namun... Entri ini bukanlah berdasarkan pendapat tulus dari diriku. Siapalah aku untuk memperkatakan tentang hukum agama. Sedangkan... Masih banyak yang perlu aku pelajari.

Namun... Apa yang aku ingin kongsikan di sini ialah jawapan Encik Hafiz Firdaus Abdullah, penulis buku agama berkaitan dengan apakah hukum merakam video kelahiran anak? dalam ruangan bimbingan rohani di dalam majalah Pa&Ma... Dan pendapat beliau adalah dibolehkan untuk membuat rakaman video, tetapi tidak digalakkan. Mengapa?

Ini kerana aurat isteri pasti terdedah di saat-saat hendak melahirkan dan semua ini sudah pasti dirakam bersama. Kita tidak tahu siapakah yang akan menonton rakaman tersebut pada masa akan datang. Boleh jadi ada rakan atau jiran yang secara tidak sengaja menontonnya dan mendedahkan aurat isteri kepada mereka adalah haram hukumnya... Ada faham! Hehe... Pendapat yang ringkas tapi padat kan...

Semoga info ini menjadi peringatan buat kita semua. InsyaAllah...

Sekian. Wassalam...


Banyakkah kelebihan pisang kepada bayi?

8:00:00 AM 4 Comments


Assalamu'alaikum...

buah bagus untuk perkemabangan otak bayi, gambar buah pisang,

Alia cukup suka makan buah pisang. Apa yang aku tahu pisang cukup baik untuk kesihatan. Malah, baru-baru ni aku ada terbaca dalam majalah iSIHAT bahawa pisang juga baik untuk perkembangan otak bayi. Kiranya bayi yang dah boleh makan makanan pejal dan ke atas. Hurmmm... Sejauh mana kebenarannya. Wallahualam! Cuma aku ingin kongsikan sebagai pengetahuan buat semua.

Sekian. Wassalam...

Episod 17 Rindu bertamu di Abu Dhabi

4:57:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Sambungan daripada episod 16.... kali ni... Ain menyatakan hasrat untuk menjemput Fariz makan malam di rumah bersama dan dia telah menggunakan baby dalam kandungan sebagai alasan. Akhirnya, Firdaus yang dianggap sentiasa menuruti kemahuan isterinya telah menjemput Abg Riduan dan Fariz untuk makan malam bersama. Wah! Ada peluang untuk Fariz memujuk abangnya.

Namun... Abg Riduan tidak dapat temankan Fariz. Akhirnya Fariz pergi soranglah jawabnya. Sampai jer di rumah... Firdaus masih menunjukkan reaksi yang hambar akan kehadiran adiknya. Menyedari hal itu. Mulalah Ain main peranan. Kononnya, baby dalam perut nak makan ikan masak lemak. Apalagi... Fariz yang merupakan pelajar dalam bidang kulinari mempelawakan diri untuk masakkan ikan masak lemak untuk Ain. Sampailah suatu ketika... Tusukan bau yang harum telah menggoda Mira adik Ain untuk terarah ke dapur.... Kerana dah 5 tahun beb dia tak hidu bau masakan orang Malaysia. Huhu... Satu jangkamasa yang lama tu... Dan maka terjadilah jejak kasih antara Mira dan Fariz. Kemudian.... Chewah! Boleh jadi panglipurlara ni. Hehe...

Ok! Citer masa makan pulak. Firdaus masih menunjukkan sikap hambarnya dengan hanya menjamah sedikit sahaja makanan di depan mata... Dan terus masuk bilik. Tinggal Ain dan Mira jer yang layan Fariz. Cuma... Waktu nak balik jer Firdaus keluar. Sampai di rumah Abg Riduan mulalah sesi hantar report dengan emaknya melalui skype... Teruja weii... Ibunya mendengar khabar tentang Firdaus. Ibu manakan yang tak sayangkan anak... Walaupun anak angkat. Itu satu kisah.

Firdaus pulak tetiba curi-curi makan. Maklumlah 5 tahun dah tak merasa masakan masak lemak. Dalam pada masa yang sama, timbul pulak kisah Faiz (***antara watak yang aku tak suka. Biasalah watak jahat kan) yang kebosanan dan seperti biasa keluar pergi kelab malam dan telah melihat bakal isterinya Fifi yang tengah mabuk bersama dengan seorang lelaki. Bukan main mesra lagi... Slurppp! Tetiba habis. So, next episode akan aku update okehhh!

Bye...

Sekian. Wassalam...


Softlan Spring Fresh

3:35:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum...

pewangi baju murah dan jimat,

Sekali-sekala review sesuatu yang kita guna apa salahnya kan. Untuk mencuci pakaian... Aku telah memilih pewangi softlan spring fresh sebagai pilihan utama. Pek economi yang mana hanya perlu tambah 2 liter air. Baunya sungguh lembut dan wangi. 

Untuk cuci pakaian kami 3 beranak. Cukup 2 pek untuk sebulan. Mula-mula dulu guna yang color purple. Bau... Macam tak best jer. Then, try tukar yang color biru ni. Macam best jer bau. Jadi, sampai sekarang guna yang ni jelah. Kesimpulannya, apa yang dapat aku kata pada produk ni murah, jimat dan berbaloi. Hehe...

Nota kaki : Suka bau baju Alia. Wangi jer...


14 March 2013

Lawatan pemeriksaan mama hamil

12:38:00 PM 1 Comments


Assalamu'alaikum...
Flashback again! Setelah setahun berlalu... Kalau entri sebelum ni aku bercerita tentang bagaimana tali pusat Alia tertanggal selepas 5 hari. Entri kali ni pulak aku ingin kongsikan kisah pengalaman pertama aku disahkan mengandung selepas membuat pemeriksaan di Klinik kerajaan.

Lebih kurang 6 minggu usia kandunganku barulah pergi klinik. Tu pun sebab period aku tak datang. Biasanya every months akan ada. Dah agak sebenarnya aku pregnant. Sebab banyak sangat perubahan pada diriku. Demam, tak lalu nak makan, asyik moody dan loya.

Alkisah... Biasalah, pertama kali pergi pemeriksaan mana tau prosedurnya. Jadi, bawak diri jelah kan. Sekali... Nurse tanya... " Bawak tak air kencing?". Sudah! Apahal pulak nak kena bawak air kencing. Tulah! Dah tau dah berumahtangga... Tuntutlah ilmu. Nak buat macam mana. Tak terfikir pun nak cari info pasal pemeriksaan untuk ibu mengandung. Apa yang perlu.

Nak dijadikan cerita. Aku dan en. Hussien terpaksa balik semula ke rumah sebab aku tak dapat kencing. Balik rumah minum air kosong bebanyak dan pergi ke klinik semula. Kan... Dah kena ulang-alik. Air kencing sebenarnya untuk menguji dan sahkan kehamilan kita.  Jadi, berita gembira buat aku... Aku disahkan positif hamil.

Sambung citer...

Jadi, sebagai pengalaman dan pengetahuan... Kali ini aku ingin berkongsi info tentang pemeriksaan ibu hamil pulak.

Pertama, kekerapan pemeriksaan ibu hamil kebiasaannya bergantung kepada jadual klinik antenatal dan sebaiknya mulakan pemeriksaan antenatal lebih awal iaitu pada minggu ke-8 kehamilan. Tu... Berdasarkan dengan apa yang nurse bagitau aku masa buat pemeriksaan dululah. Kemudian, di sini jugak aku ingin kongsikan info lain tentang pemeriksaan pertama kali kehamilan... Antaranya ialah:-

Ujian air kencing
Ni bukan setakat pertama kali pemeriksaan. Tapi everytime checkup kena buat. Why? Kerana untuk mengesan pelbagai penyakit yang melibatkan kandungan gula, protien, darah dan sebagainya. Kalau aku. Siap bawak dari rumah lagi. Aku malas nak queue kencing kat klinik. Sonang citer. Tu pasal ujian air kencing.

Ukur berat badan
Juga akan dilakukan rutin setiap kali pemeriksaannya. Ia bertujuan untuk memastikan ibu dan bayi dalam kandungan sihat. Untuk makluman... Based on penerangan nurse kepadaku. Jika ibu mengalami alahan dan muntah teruk di awal kehamilan, penurunan berat badan semasa tiga bulan pertama adalah perkara biasa. Harus diingatkan jugak... Pertambahan berat badan normal adalah antara 10-20kg sepanjang tempoh kehamilan. Aku dulu lebih kurang 16kg berat badanku bertambah. Tapi... Alhamdulillah! Sekarang back to normal, 50kg. Satu lagi. Ibu tak boleh tau kurang berat badan kerana ia petunjuk bayi kurang mendapat nutrien yang cukup. Tapi... Bertambah secara mendadak pun tak boleh gak. Kerana ia merupakan tanda-tanda awal tekanan darah tinggi atau diabetes. Take note ok!

Hurmmm... Apalagi ek! panjang ni kalau nak cerita. Apa kata aku stop kat sini dulu. Kita rehat dulu. Nanti lain entri aku sambung ek. Ada something nak buat. Ok!

Sekian. Wassalam.