Assalamualaikum ♥, Ma... Mamam... Itulah words yang sering keluar dari mulut Alia, setiap kali nak menyusu atau lapar nak makan... Terut...

Mamam... Roti potong satu!

/
4 Comments


Assalamualaikum ♥,
Ma... Mamam... Itulah words yang sering keluar dari mulut Alia, setiap kali nak menyusu atau lapar nak makan... Terutamanya tiba waktu makan dan minum. Dari awal lagi aku dah didik dia makan dan minum secara konsisten. Mean, ada masa untuk makan snek, ada masa untuk makan nasi, minum susu dan air suam. Sangat aktif dan kuat makan... Tak padan dengan kecik. Tak pernah tolak apa yang kita suapkan...

Mamam... Roti potong satu! Hehe... Bak kata encik suami bila tiba minum petang. Mesti cepat punya dia pergi ke arah kita. Budak kecik cenonet yang pantang tengok orang makan. Dah ler mulut bising... Macam murai... Entah apa-apa yang dicakapnya aku pun tak tau. Hahaha...

Right now, Alia dah start makan makanan jejari seperti roti... Seronok tengok Alia dah reti pegang dan makan sendiri. Alhamdulillah...


******************************

Orait! Bercakap pasal roti potong dan makanan. Sebelum ni, aku pernah kongsikan satu entri mengenai makanan untuk bayi berusia 8 bulan. So, Alang-alang memyeluk pekasam... Biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah bercakap pasal makanan... Entri kali ni pun, sekali lagi aku ingin berkongsi info mengenai pemakanan bayi... Pemakanan bayi 9 bulan hingga setahun. Sonang citer...

******************************

Menurut Doktor Carol Cooper dalam bukunya yang berjudul "Soal jawab bayi dan kanak-kanak", berikut adalah pemakanan untuk bayi berusia 9 bulan hingga setahun yang disarankan :~

Makanan yang boleh diberi
¤ Kekacang (pis dan kacang)
¤ Telur (rebus keras bermaksud masak sepenuhnya)
¤ Pengambilan mentega dan marjerin yang sederhana
¤ Snek (roti, buah-buahan dan sayuran hijau)

Cara memberikan makanan
¤ Makanan jejari seperti roti sangat penting
¤ 3 hidangan sehari termasuk snek dan minuman
¤ Tekstur boleh seperti makanan orang dewasa tetapi tambah sedikit garam

Itulah antara serba sedikit mengenai info pemakanan bayi. Moga-moga ia menjadi panduan buat wanita yang baru bergelar ibu seperti aku.




ARTIKEL LAIN DI SINI

4 comments:

  1. x tercekik ke budak klu bg kacang??

    ReplyDelete
  2. byk sungguh info dr dr carol yg fiza jadikan panduan.mmg doc peberet fiza ke nie?hehe..

    ReplyDelete
  3. @soooooour ~ 1st sekali thanks yer kerana sudi singgah. Ada byk cara nak bagi kekacang pada bayi. Tumbuk bagi hancur ke atau tak pun masak bersama dgn bubur.

    ReplyDelete
  4. @Puan Kutu ~ Ha'ah Muni... Ni antara buku yang Fiza suka baca :)

    ReplyDelete